Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2010

funfair for the first time

buntu la nak update blog lately. kadang tu, mengadap je kat create post ni, lepas tu close balik. tak tau nak tulis apa. gambar pun tersadai je dalam camera. tgh free- free tadi, baru la tegerak hati nak update sikit ni. weekend lepas masa balik ke kedah, ayah mertua aku ada dapat tiket free nak masuk funfair. sebab ayah mertua aku tak dapat bawak adik- adik ipar aku ke situ, dia suruh wan yang pergi. tambah pulak nia, adel mahupun mama diorg tak pernah pergi ke funfair. teruja la jugak. seronok dapat main beberapa permainan. untuk funfair yang bertaraf 'funfair' ni, aku boleh kata, persiapan dan equipment dia complete. game pun banyak. so rugi la kalau dah dok area situ tapi tak pegi. tambah pulak ada tiket kan. hujan yang on and off tak menghalang adik- adik ipar aku mahupun nia main. adel je tak dapat main apa sebab lena tido. ni masa baru sampai. bercahaya sana sini. orang pun ramai. meriah! nia dgn mama naik chuggington kata nia. 1 round je. gegar- gegar tapi ok la. bud...

hadapi dengan senyuman..

hadapi dengan senyuman semua yang terjadi biar terjadi hadapi dengan tenang jiwa semua... kan baik baik saja . bila ketetapan Tuhan sudah ditetapkan tetaplah sudah Tak ada yang biasa merubah dan takkan bisa berubah . Relakan saja ini bahwa semua yang terbaik terbaik untuk kita semua menyerahlah untuk menang .   mohon doakan yang terbaik untuk ibu mertua aku, semoga segala- gala nya dipermudahkan dan aku mesti kuat untuk wan...

my girls...

kalau dah kahwin ni, best friend kita semestinya suami kita. dengan dialah kita share everything. tapi dalam masa yang sama, kita perlukan kawan- kawan jugak. org lain aku tak pasti, tapi pada aku, aku perlukan kawan- kawan to have a girl talk. begitu jugak dengan wan. dia ada gang dia sendiri. aku ada ramai kawan baik. dari zaman sekolah sampai la ke gang tingkap. (u know who you are) untuk maintainkan persahabatan bukan senang. yang penting kena ada keserasian. ni pada aku la. org cakap 1 kepala. kalau dapat bersembang, tak sedar masa berlalu, tak sedar yang semua pun nak bercakap. how havoc is that kan? best ah. jumaat lepas, mencuri masa yang sibuk untuk lunch bersama gang aku masa kat ukm dulu. tak cukup rasa kalau bersembang. but having an hour to chit chat and catching up with them, feels relief and enjoy. thanks for always be there throughout the 11 years of our friendship! sessi lunch bertambah meriah bila anak ita join sekali. ita yang baru 55 hari bersalin dah makan ais!...

giant grand opening day

penduduk seri kembangan semalam begitu teruja dengan pembukaan giant. ye la, selama ni dok shopping kat jusco je. bila ada shopping mall lain yg bukak, wajib la excited. dah tu nanti banyak pulak pilihan. dari kawasan tu tanah rata, sampai la pembukaan dia semalam, aku menyaksikan pembinaan dia. sebab hari- hari mmg akan lalu sebelah giant tu. maka, untuk mejana ekonomi malaysia seperti yang disarankan, semalam lepas keje, terus saja ke Giant. sebab parking dalam tu da penuh, kena parking kat luar yg bole tahan jauh nya. tak amik nia dgn adel dulu. sebab kena jalan jauh + dah maghrib + susah nak angkat barang nanti. dah bagitau kat nursery diorg. ada selected item mmg harga sangat murah. maka, terus la amik penuh setroli. kedai kat luat giant pun banyak. tempat baru, semua pun sedap je mata memandang. adakah lepas ni jusco akan dilupakan? we will see. :) keterujaan penduduk seri kembangan. macam ada giant member card day je. semua tempat penuh kereta. troli pun habis masa ni. semua...

EOS bag

gambar kat entry sebelum ni, semua pakai DSLR sebab compact camera kaput masa tu. maka ke sunway haritu pun kua bawak DSLR. bebulu je wan tgk aku sebab nak kena bawak banyak barang. 1st time bawak keluar. selalu bila ada adik- adik aku je bawak, sebab ada tukang snap. hari ahad tu terpaksa bawak dah takde camera. hardcore weh! hahaha... payah jugak nak bawak banyak2 barang ni. ada extra baggage lak. ish, tak terhandle jugak. apa yg dan tu je la disnap. isnin lepas ke kedai camera nak tanya pasal compact camera aku yg ada problem. tak leh nak amik gambar. bila tekan je nak snap, kua folder error. tak best la kan, camera muda lagi. maka, ke kedai tanya. rupanya, memory card ada bawak virus dalam camera. maka kena reformat balik. mujur la gambar da trasnfer semua. then, mata ni terpandang kat satu bag ni. cun woo! rupanye tu new arrival untuk letak EOS canon. for ladies katanya. tu yg tertarik. dalam kepala dah fikir, nak kua lepas ni senang bawak bag ni je. tak la nak bawak banyak2 bag...

opah datang dan dah potong maxis broadband

last weekend hari jumaat malam nenek tiri kitorg berangkat ke tanah suci, mengerjakan haji. so mak ayah turun menghantar nenek kat kelana jaya. kitorg tak pegi sebab adel masa tu on off demam lagi. lagi pulak malam kat kelana jaya tuh. so, better don't take the risk. dalam pukul 2 pagi jugak mak ayah aku sampai kat umah kitorg. sembang gitu gini, kul 3 tido. sabtu pagi, lepas breakfast, mak ayah aku ke rumah paklang sebab paklang tak bape sihat dan melawat sepupu lain. kitorg masih tak ikut lagi sebab pagi tu ingat nak ke smart reader kid's open day. tapi sebab matahari sgt terik, risaukan adel tak jadi pegi. tapi kitorg keluar jugak ke sungai tangkas, bangi ada jamuan raya kawan ayah aku. rugi kalau tak dtg katanya sebab kawan ayah aku ni caterer. maka bila caterer buat jamuan raya, mmg la gempak. kambing tegolek- golek berekor2, menu sangat la banyak. kat sini la dapat merasa laksa johor. marvelous! gambar jamuan raya mmg takkan ada ye sebab tetibe lak compact camera buat h...

serah pada yang pakar

semalam, the whole day dok monitor suhu badan adel. dari pagi sampai ke malam, in fact sampai pagi ni adel masih demam. suhu badan tak tinggi, 37.6. suam- suam tapi tak kurang. yang membuatkan aku tak tido malam dan sangat risau.  maka, pagi tadi, terus text bosses dan assistant yang aku amik time-off kejap bawak adel ke pediatrician kat an-nur bangi. risau sebab ubat antibiotik yg baru dapat tu macam tak serasi dan tak efektif je dengan adel. setelah hampir satu setengah jam, baru la sampai turn adel. aku pun cerita dengan doktor camne adel demam and so on. so, doktor cakap, demam is not the problem. tapi, kahak yang banyak kat dada adel menyebabkan adel demam. dah infected. siap tunjuk ubat yang aku dapat lagi. nak tau samada bole teruskan or tukar ubat lain. memula doktor soh buat nebulizer dulu. tapi tak masuk ventolin gas macam yang selalu, up lagi dari ventolin. apa ke namanya aku kurang periksa. bila da setel, cek balik, much better. kalau kat klinik sebelum ni, doktor di...

17/2/2010-17/10/2010 adel dah 8 bulan

salam. harini genap lah adel 8 bulan. 8 bulan dah bole makan heinz pasta. bertambah la lagi solid food yg adel bole makan. gigi je takde lagi. kalau ada, macam2 kot bole bagi. mungkin sama rekod dgn kakak dia kot nanti. umur setahun, gigi baru 2 batang. dan genap adel 8 bulan harini, adel sedang... terbaring sambil badan dijeram dengan kain basah. masih lagi demam. huhu.. tu la org cakap, kalau jenis yg susah nak demam, sekali dia demam, bole drag berhari- hari. huhuhu... kalau nampak adel bebungkus gini, nia pun cakap 'mama, adel umam'... pandai pulak dia tak kacau adel time adel demam. pagi tadi, sekali lagi bawak ke klinik sebab nak cek nape drag demam adel. so tadi doktor bagi antibiotik nak bunuh kuman. batuk, selsema & kahak dia heavy, tu yg menyebabkan dia demam. alahai, all in, sekali sakit semua kena. bangun, minum susu then tido je. itu je dia buat harini. bila dah jadi cmani, nak keje esok terus takde mood. i wish tomorrow is still sunday. harap adel elok2 j...

mengatasi masalah kuat marah pada anak

ok, as requested kat komen previous entry, aku paste kan artikel yang menarik untuk sama- sama kita amik input dia untuk kita praktikkan. aku tak dapat nak cari penulis artikel ini, so kalau ada penulis atau kerabat penulis baca artikel dia kat sini, so, credit to you! so, here are the worth reading article for our guidance. Mengatasi masalah kuat marah pada anak Dipanjangkan oleh Sharifah Norbaizura Tuan Ahmad Kamil, Bank Negara Malaysia. Buat renungan kita bersama.. para ibu bapa sekalian..Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah. Anak kita adalah cermin diri kita……..  Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tida...

bila hati terdetik, mulut pulak bercakap, Allah mesti makbulkan

2 hari lepas, agent insurance ofis aku datang, sembang- sembang agak lama jugak. dari hal- hal kerja sampai ke personal. sambil- sambil tu cite pasal insurance anak- anak. dalam sembang- sembang tu, aku pun cite la, yang adel ni antibodi dia kuat sikit banding dengan nia. sebab dulu masa nia baby, bole kata every month dia demam atau batuk atau selsema. dan pernah sekali admitted due to bronchitis.  adel pulak, kalau diikutkan rekod, baru sekali je demam. tapi mulut ni tak bole nak bercakap, kalau bercakap benda tu la nak jadi. bila terdetik tu maknanya niat la tuh, Allah bole dengar. tu pasal kita kena cakap yang baik- baik dan yang positif je. tapi susah kan?  nak- nak kalau masa pegi haji. mak aku cite, kalau terdetik tu, Allah mesti bayar cash. masa tu mak aku tengah solat kat masjidilharam. nampak ada orang usung mayat dari jauh. mak aku ni jenis yang penakut sama la dgn anaknye sorg ni. sambil berkata dalam hati "yaAllah jangan la mayar- mayat tu dekat dgn aku" elok ...

macam ni rupanya kalau ramai officemate perempuan

jumaat lepas mendapat undangan dari banker ke jamuan raya diorg. lepas pukul 6 baru betolak sebab tak jauh mana pun dan lagipun bukan nya nak lama. makan- makan, sembang2 skit, tunjuk muka then balik. tapi tidak la seperti yang dirancang.  kalau nak tau, aku agak rapat dengan semua staff bank ni sebab muka aku je selalu kat situ kan. dari bujang sampai la sekarang. sebab ape eh? kalau nak tau lagi, office aku, dulunya aku sorang je staff perempuan. so mcm takde gang la nak sembang girl talk. tapi kalau dapat pegi bank, transaction yang bole settle 5 minit je, bole jadi sejam aku sangkut kat bank tu. bersembang punya pasal.  kadang lunch sama, masa aku nak kawen dgn baru kawen pun diorg la kaki usik. masa aku pregnant pun diorg la yang bagi aku macam- macam nasihat dan pengalaman. bila dah anak pun share pasal anak pulak. pasal susu la, sampai ke menu apa nak bagi anak makan harini. aku rasa, mcm aku lak keje dekat bank tu. so, masa pegi jamuan raya diorg dalam hati "oh, maca...