Skip to main content

catatan raya : 3 Syawal 1431H

3 Syawal bersamaan dengan hari ahad, seperti yang dirancang, kami akan pulang ke rumah parents aku di perak. kitorg bertolak dari kedah jam 11 pagi. sebelum tu melilau mencari klinik di area kulim. rugi nya diorg tak bukak klinik time raya ni sebab biasa festive season ni macam- macam jadi kan. amik masa jugak mencari. mujur ada klinik chong yang bukak. menengokkan rupa ubatnya tak meyakinkan. ater ubat demam je dia soh bagi 5 ml terus. selalu kalau nia ni 3ml je. mungkin ubat tak high dose kan. but something is better than nothing kan? terus bagi nia makan ubat bila masuk kete dan terus  bergerak ke perak.

dalam pukul 2 petang kitorg selamat sampai di perak. semua menanti dengan muka yang letih. rupanya tetamu datang tanpa henti since raya pertama menyebabkan family aku tak beraya ke mana. tak pe lah, tetamu yang datang tu kan membawa rezeki.

as requested sebelum ni, mak aku buatkan soto sebagai juadah utama raya ke-3. maka, sampai2 je, lepas settlekan budak- budak, makan soto dulu. tambah pulak dgn begedil dia. sgt la puas hati. tapi, tak boleh la nak rehat- rehat sebab ada orang lagi nak datang ke rumah. sampai la malam. penat tapi seronok sebab meriah!

nia yang demamnya masih on and off. so terus la kami ke klinik dulu.

adel pun dah bersiap nak beraya dengan atuk dan opah nya pulak.

sampai je rumah mak, lepas dah salam semua, makan soto dulu. terbaek!

memula budak2 ni dok nangis2 je. tukar tempat lain kan then muka uncle2 diorg kat sini menakutkan kan. belum part suara maximum volume tu lagi. then baru la  emosi diorg stabil.

aku dengan bangga dan berlagaknya tahun ni menyumbang kan kuih sampan yang sedap ini kepada mak aku. hasil belian dari mummy sofia a.k.a yani. kuih ni habis pada raya ke-6. :D

pagi tu, rumah dikunjungi dengan sepupu mak aku

petang dalam sejam lepas kitorg sampai tu, datang pulak adik ayah aku dari bandar tun hussein onn. ketika gambar diambil, semua penangan kes susilawati. tgk berita terkini langsung dari tanjung sepat. yg bersembang semua senyap focus ke t.v

dalam sibuk- sibuk melayan tetamu, bila time makan ubat kena la ingat. mujur la nia senang makan ubat. bagi ubat 10ml pun dia redha je telan.

dekat maghrib tu pulak, datang pulak maknyah kitorg, kakak mak aku. pekena teh tarik petang2 best kan?

malam pulak rombongan kawan- kawan adik kembar aku lak bertandang. diorg ni satu sekolah dulu. maka ini aktiviti tahunan diorg la.

muka- muka yang kepenatan. naik kecut tangan membasuh pinggan. tapi enjoy! nia pulak dalam keadaan yang terkawal. makan ubat je ok. tp kena bagi makan ubat ontime la. 

cerita 4 Syawal di entry seterusnya...

Comments

suhida said…
alya...syok2 raya sakan ni.
mmg meriah...mmg klu raya,mmg musim anak2 sakitler..tp aku terbalik..aku yg sakit dulu, pastu baru jangkit ke izt. :P
nia geng ngn razi ler..klu tang mkn ubat, rela aje. hihihi...
bila na dtg rumah baru aku?mehla dtg beraya.
LYaFRINA said…
wahhh..nmpaknya pnjang lg ni n3 raya alya.. mmg nmpak meriah sgt2.. cz xptus2 org btandang kt rmh.. walaupun penat, tp seronokkn..

sygnya.. lya xde snap pic masa mkn beramai-ramai.. smuanya da tlupa..

ok j nia mkn ubt.. asya ssh sgt2..kna bg time tdo.
nome said…
nampak sedap sgt soto mak ko beb...menyelerakan...kalaulah umah mak ko dekat sini, sure aku terjah....ekeke...

nia walaupun demam, tp ada gaya x cam demam...bagus tol...semangat raya namanya tuh...
eim said…
salam aidilfitri alya n family..wau meriah raya alya ... sedap je nampak soto mak alya tu eik..
Fieza said…
Meriah tul raya umah alyya ni..ramai tul orang datang kan..sedara mara ramai mmg best..mmg penat tapi puas hati yer x
Mrs. Simplicity said…
suhida : ko pun tak sihat ek raya hari tu? aku pun sama. aku nye kes lagi la macam2. raya kali ni la paling banyak kali gi klinik. huhu... razi macam nia ek. senang bagi makan ubat eh. tu la, nia tu, aku letak uabt adel pun dia nak makan. ha bila ye nak beraya rumah ko? aku kena cek dgn dak2 ni gak.

lya : tu la lya, panjang lagi. harap sudi la membaca nye. hehehe... tak sempat nak amik gmbr ye. nanti asya dah besar bole la jalan kan tugas. balik perak ni senang keje sikit. sebab ramai sgt photographer nya. hehe..

asya macam adel kot lya. mmg seksa nak bagi ubat. berperang!

nome : raya ni dapat la aku merasa soto. kalau tak, tak dpt. so sgt la puas hati. udah mcm ngidam pulak mie. heheh... so far nia kalau demam bole kawal lagi. tak tau la kemudian kan. nauzubillah...

iem : selamat hari raya utk iem sekeluarga gak :) alhamdulillah, terasa meriah tahun ni. tambah pulak cuti yg panjang. mmg sedap. sebab mak yg buat. kalau sendiri yg buat, tak tau la. hehhe..
Mrs. Simplicity said…
fieza : kalau org dtg rumah terasa meriah. rumah pun tak sunyi. time2 ni la nak menziarah kan. betul tu, penat tp seronok. :)
r|nA @ ja|j|na said…
wah, ramai yg datang beraya umah alya kan..kalau belah rina sampai aje terengganu mmg tak macam raya..kuih dihidang untuk makan anak beranak aje..

senang ye nia nak makan ubat..si echa kalau ubat yg pahit mmg hazabtau nak kasi..sampai nangis² nak makan ubat..hubby pegang kaki, rina pegang tangan..
Mrs. Simplicity said…
rina : tu la, sebab ramai sedara tu yg ramia yg berkunjung. 1st 3 days mmg gitu. tp lepas2 tu family je. masak pun utk makan family je.

nia mmg kategori suka makan ubat. tapi kalau adel, kena buat macam echa gak. kepung kaki tangan. punya la seksa. sampai sendiri fobia nak bagi adel makan ubat. huhu..
nmpk sedap dan menyelerakan soto tu!yum..yum..
cool je nia mkn ubat..bestnye kalo anak kite camtu gak..huhu
Mrs. Simplicity said…
kinna : soto is my fav. :D nia je cool, tapi adik dia, tak cool langsung. abis semua org kena tendang bila kena makan ubat. huhu..
Iela Fazielah said…
meriah beraya rmh mak... akak gak yg xbest... hubby akak jenis susah nak gi rmh org n xbape suke jln2... cantik rmh mak kamu ye..

er.. kamu ada adik kembar ea??? ni chances nak dpt anak kembar ni tinggi ni
Mrs. Simplicity said…
K.IELA : KEBETULAN KITORG BALIK TU TETAMU ADA LAGI DTG. TERASA KEMERIAHAN NYA KAK. O YEKE KAK? MCM WAN NI OK JE, TP WELL PLANNED LA. KALAU TAK, SENDIRI MAU INGAT LA. HEHEH...

ADA KAK, BAWAH SAYA. KEMBAR KE KAK? AMIN,... :D
shah-ila-ain said…
alyya> selamat hari raya ye...wahhh meriahh nyerr ramai org dtg kan...seruperr lerr..penat gilerr melayan tetamuu...hehe...kejernyerr duduk kat daporrr 24 jam haha...

tahun ni mesti nia lagi tahu n seronok beraya kan...mcm ain dah reti nyanyi laguu raya...hehe...
Mrs. Simplicity said…
mel : selamat hari raya mel! wah, terror ain nyanyi lagu selamat ari raya. hehehe... aku tak tau la nia paham ke tak erti raya ni tp time berjalan mmg dia suka!
Unknown said…
memang sentiasa meriah lah raya alyya...setakat ni tgk 1 syawal - 4 syawal...memang asyik ramai org jer kan...sampai kecut tangan basuh pinggan tu..

gambar last tu, adik alyya dah sejibik muka alyya...tertukar ayu mula2 tgk tadi...hehe
Mrs. Simplicity said…
ibu damia : 1st 3 raya mmg org dtg ramai. lepas tu kitorg2 je.

alamak ayu, tu bukak adik alya, tu kakak la. alamak tua dah muka ni. huhu...
mamashasha said…
alya | raya kedua je ko tak g klinik kan...hehe

pukul 11 gerak ke perak aku rasa traffic pun agak heavy ari tu...soto mak ko tuu mmg terbaekkk! dari rupa pun dah dpt feel oooo....

full house memanjang umah parents ko ni alya...mmg kalau mcmni nak keluar rumah pun timing lari...

baju nia & adel cun....eh yyg purple tu nia pakai ngan skirt ke?

bab makan ubat tu sama ngan shasha redha je bila nk diberi....
eiman's mummy said…
Along still kat uitm merbok ke?
ngan dia pun dh lama tak jumpa...

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber