ingat nak skip 5 Syawal tapi rugi pulak gmbr terperam dalam folder. nak cuci lagi la belum tentu. maka, aku share kat sini la ye. hari tu punya menu, mee kuah. kebetulan pulak ada orang datang rumah. anak murid mak aku merangkap kawan sekolah adik aku. jadi cikgu ni, ramai anak murid yang nak beraya ke rumah. jamu diorg makan tu je la.
lepas tu, kitorg lepak dapur. aku 1st time nak buat puding caramel. kakak aku lak 1st time nak buat kek batik. kami bertukar resepi. our 1st attempt? aku nye puding, terlebih esen vanilla. akak aku lak terkurang koko. maka, hasilnya, bole la...
petang tu, kami menziarah rumah makyong kami yang tak jauh je dari umah kami. mmg dekat sangat, pagar je memisahkan rumah mak aku dgn kakak dia tu. so sebelum nak menziarah saudara mara yang jauh esok nya, yang dekat jangan la dilupa. tu saja aktviti 5 Syawal...
adel yang ceria dipagi raya ke-5 lepas dimandikan..
biskut marrie yang dah dikepak 4...
resepi puding caramel turun termurun. 1st time aku nak buat. orang lain dah pro level 8 dah. aku baru nak try buat.
kalut sangat sampai tertuang 3 suku botol esen vanilla. tak reti nak alter. hasilnya, mcm rasa kuning telur tu kuat je. ish..
kek batik kakak aku lak jadi kering semacam. tapi rasa ada. cuma bila dah compress tu still rapuh. ok la, 1st timer. practice makes perfect!
tgh lepak2 dapur, dtg la segerombolan budak- budak ni..
bergambar dgn cikgu diorg sebelum balik. apa nia buat kat situ??
nia wakilkan atuk bagi duit raya kat yg entitle untuk dapat duit raya. jenuh nak bersalam
petang nya beraya rumah makyong kitorg kat sebelah rumah.
korang nak tau apa jadi kat aku masa ni? petang tu aku ada masalah nak pee. kencing tak lawas. sakit yang amat. sampai aku kena pegi klinik time tu jugak (masa tu dah maghrib) amik painkiller dgn antibiotik. ni la akibatnya bila banyak sangat minum air manis. kencing aku jadi kotor. so, aku dah diarahkan oleh doktor untuk minum air masak dengan air bali sahaja. ish, macam- macam aku ni bak kata wan. mujur la kat rumah mak. ramai orang bole tunggu anak- anak. masa tu nak b.f adel pun tak selesa. sebab sakit. tp lepas makan antibiotik tu baru rasa ok sikit. cuma kena keep on minum air masak sebanyak mungkin.
note : selain menziarah rumah orang, raya ni jugak paling banyak kali menziarah klinik!
6 Syawal : pulang ke Kajang beraya kat kampung ayah pulak!
Comments
cuti pnjang, blhla nk beraya sakankn..
alya.. resepi tu mmg btl antikla... turun temurun.. kt rmh ni pon ada.. sebuku tulisan jawi.. mcm2 resepi dr arwah tok wan lg n samb k mama lya.. n smpai k tngan lya time kecik dulu dh hilang sikit sbb kna koyak..
Rumah cikgu mmg faveret lah pada student2 dtg beraya
Mcm mak ayah ko dua2 cikgu harus la triple tetamu
Yg dtg kan..
Aku tak pernah try la puding caramel, kek batik biasa ler.
Ko tak henggat tuang esen tu nape? Sebab in action ke?
Ate tgh ambik gambo kan? Takpe le pas ni pro la kan..resepi
Mmg nampak turun tumurun cerr salin or tepek kat folder!
Umah mak yong sebelah aje eh? Bestla dok dekat2 gitu.meriah
Sikit..aku suka ler rambut nia kat atas tricycle tu..
Aku nk ckp ni ko dari sebelum raya smpi lepas raya beraya kat klinik
Ade aje ye..takpelah kan janji sihatkan..
ainal : tu la korang, lupa daratan, banyak sgt beraya rumah member je
lya : betul tu lya. mmg amik kesempatan cuti yg panjang ni raya habis2an.
wah tulisan jawi, lagi retro ni. mmg turun temurun kan?
bed : ye bed, udah 5 entry. aku paham kebusyan mu itu. cikgi gitu la. bukan anak murid je. cikgu sekolah pun dah sama banyak je dgn anak murid yg menziarah. ko tak pnh buat lg eh? bole la try. ater senang benau buatnye. cuma nak kena mahirkan je lagi.
tu la dia, tahun ni mmg banyak menziarah doktor kat klinik. pulun makan minum banyak sgt smpi menjejaskan kesihatan. aku la itu!
fieza : tu la dia fieza. best gak jadi cikgu ni. heheh... mmg2 betul tu, time ni la nak kena macam2. dah makan pun macam2 kan?
rina pon selalu kene kencing tak lawas, asek nak ngulang ke toilet aje tau..kalau time raya² ni manelah ade org hidanh air puith, semedang air kale male..
lama tak bt puding caremel..leh bt nanti.. :)
tu la pasal kan. tu yg skang ni kena bawak air sendiri. takut jadi lagi. huhuhu...
sricahay : sila2. saya budak baru belaja :)
amboi nia...wakilkan atok bagi duit raya ya..nia dpt duit raya x?
pttlah tgk kertas resipi tu cam lama..rupenyer resipi turun temurun...gigih ko wat...sure mantop nih!
izzah : part mana tu zah? time mood ok, ok je dia. :)
ainey : mmg sedap utk percubaan pertama. nia dah dpt dulu duit raya :)
nome : tu la dia mie. kadang mak aku bukan kenal pun. alamak, kantoi disitu! hehehe..
aku kena banyak practice baru improve rasa dia mie.