Skip to main content

dah kautim, tapi...

hari isnin haritu, aku dgn wan sibuk- sibuk fikir camne cara nak ke sogo. samada nak MC, EL or AL. kitorg decide nak gi hari bekerja sebab kurang sesak, yeke? dan tak nak bawak nia dgn adel. dulu masa bawak nia pun, stroller nak menyelit celah org pun seksa. ni kan pulak dah ada 2, cmne tuh? style kitorg shopping pulak nak- nak papa diorg ni, suka tgk semua dulu then decide. mesti nak cari yg terbaik dari ladang.

then bincang punya bincang, pagi semalam masa hantar adel kat nursery, aku pun mengayat le kat nursery diorg ni :

aku : eh, sabtu ni akak nak gi sogo, korang nak join? 
cikgu ain : ish kak, sabtu kan nursery bukak. lagi pun kitorg dah shopping.
aku : oh, a'ah kan. (padahal dah tau diorg da gi shopping dgn diorg keje air sabtu) kalau macam tu, sebab akak dgn abg wan tak shopping lagi, kitorg tumpang nak tinggal nia dgn adel boleh ? sian nia dgn adel takde baju raya lagi.. (sambil sengih2 sumbing)
cikgu ain : laaa..cakap je la akak nak antar nia dgn adel sabtu ni. 
aku : hehehe.. kena la berbudi bahasa dulu. tapi mungkin akak amik lewat sikit la ek, dalam kul 4 ke ek?
cikgu ain : ok kak. tinggal je diorg kat sini, kang nak gi sogo tu bersesak- sesak lagi.
aku : ok cun, thanks!

mission accomplish! tapi........ malam tadi aku dah perasan something kat nia. mata dia kecik sebelah. aku dok tgk mata dia mcm nak merah. pagi td bangun sahur, dah mula nmpk merah kat urat2 mata dia tuh. alamak, kalau sakit mata kena kuarantin. 

terus bawak ke klinik pagi td nak cek. doktor cakap mmg nak jadi sakit mata tp belum sampai tahap berjangkit lagi. so dpt ubat drop. insyaAllah ok. harap- harap gitu la hendaknye, sebab weekend ni banyak program. lagi pun weekend ni je ade. next weekend dah ada program lain pulak.

ok, sape ke sogo sabtu ni? jumpa korang disana! sambil belaga bahu ye. sure pack!

preparation ke sogo. ni keje papa diorg la ni. amik ukuran kaki nia dgn adel. nak beli kasut nanti. nak dijadikan cerita dah beberapa kali kitorg beli kasut dgn crocs nia tapi semua besar. pergi w/out bawak nia. ingat raya muat dah. sekali longgar gak. maka, papa diorg pun buat la macam ni.

sian nia, sakit mata. tak nak sebut sakit mata la. nyaris kena sakit mata. eceh. sebab mata putih dia tak merah pun lagi. dalam kelopak mata dia je nmpk merah sikit.

note : adel is top 5 sweet cute baby smile contest. mama pun smile je ni bila tgk blog penganjur tadi. :) klik sini.

Comments

r|nA @ ja|j|na said…
selamat bershopping ye..hope nia tak jadi sakit mata tu, nnti mama takleh nak shopping dgn aman plak kan, hehehe..
Mrs. Simplicity said…
rina : bukan tak leh shopping dgn aman rina, tak leh shopping langsung, dah nak gi nursery pun tak leh. kena kuarantin. huhu..
Mag said…
huuu..tak larat nk meredah sogo...tapi kalo pegi best gak ni..
Iela Fazielah said…
rasa lom skt mata lg tu.. slagi xefek kat mata putih kira ok tuh...slamat bersoping ye... sib baik nursery bukak ari sabtu.. senang sikit..kalau bl baju jgn lupa amik ukuran badan skali.. tak pun bw selai bj anak2 utk diacukan.. lebih 2 bl bl bj kurung nnt.. kang rasa mcm besor.. rupanyer sendat.. payah le pulak
amai @ mai said…
alya, jgn ckap sakit mata.. org tua2 pesan kalo ada yg sakit mata, dlm hati sebut sakit bon**t.. huhuhu.. bestnyer nak g soping kat sogo, rasa cam nak g gak, sebab sale murah kan kan kan... tapi nanti xpasal2 laga2 perut ngan orang ramai.. hehehe.. suka tengok lukisan tapak kaki tu, kreatip betul suami alya, kalo mai ukur ngan tali rafia je kaki aleya.. tapi selalu beli kasut terbesar saiz jugak.. ;)
Mrs. Simplicity said…
farah : masa i sarat dulu i terjah gak sogo. tp banyak duduk dari shopping. hehe..

k. ila : ye ke kak? harap gitu la kak. jangan la betul2 sakit mata. amin..

kak, your point is highly noted. kena bawak sample baju ni. baju kurung budak ni dah tempah. cuma tak amik je lagi. gi sogo nak beli casual wear budak2 ni je.

mai : oh yeke? ok thanks. tak nak sebut dah. huhu.. sebab risau sgt nak2 bila yg berjangkit ni. al mai pegi better gi weekdays kot. sebab nanti sangkut kat perut tuh. heheh.. ha tu dia nye keje la mai. sebab kalau ukur pakai tangan ke, tak jalan gak. harap tak salah beli lagi la.
Iryani Noor said…
wahh nk bershopping sakan nampak..
tp better tinggal anak2..
skrg bnyk sgt penyakit berjangkit..
lg pon sesak2 tu mesti derang tak selesa..
alaalal comel nyer adl.. kalu tak senyum pon mmg dh manis =p.. bile senyum lagi2 la bertambah2 maniss...
suhida said…
alya,keke..lawak2.aku pn na g ahad ni.plan xnak bwk rzi izt.tp a.cha nak bwk.tgh nak bentangkan hujah ni.xkanlah xfaham sogo dn jaln tar tu cane,lg2 nak raya ni.idea wan ukur kaki tu ok gak tu.lehla aku wt cm2 gak.aku da experience bwk rzi izt ahad lepas g jaln tar,mmg kompem penat.dorg meraga xhengat,tu yg plan xleh bwk tu.huhu..a.cha xrasa lg cane.
Elyn Sani said…
nak ikut nak ikut... tapi sapa lak nak jaga wafiq?? adehhhh.

camni gaya aku pun nak cari alasan cam ko lah!!
amal_fc1303 said…
haah nmpk la mata nia kecik sblh.

weyh ko menang pe contest tu??
Unknown said…
hahaha...lucu betul tang wan gunting manila kad ikut siza budak2 tu....tak terpk pun nak buat cam tu....ekekeke..

ah ah lah..nampak mata nia sepet sebelah...

congrats adel sebab dapat top 5...mungin ader rezeki jadi winner
ch@ said…
bagus sangat idea tu, kreatif. tak terfikir pun nak buat macam tu.
Unknown said…
sian nia dgn adel kene tinggal x dpt folow skali pi shoping, bhgia r mama n papa nye beshoping weekend ni, pi becouple je!

saiz tapak kaki ainal xnk amik ke??? hahah..
mamashasha said…
wahhh planning ko baekkk punya! hehe selamat bershopping alya...dah ke sogo lajak sekali ke jalan tar kan...wei cemana wan buat ukuran tu...stokin eh?

baeekk punya ayat cikgu2 diorang eh, pesanan aku keluar seawal mungkin sabtu ni ye almaklumla org dah gaji harus la sesak sogo tu....
Mrs. Simplicity said…
yani : betul sgt tu yani. ingat lagi last yr masuk sogo pakai mask. nia pun kitorg tutup. org sgt2 la ramai. so kali ni decide gi ber2 je. thanks yani.. :)

suhida : fuh, baik ko bentangkan hujah2 bernas kat abg cha ko tu su. kang nak shopping pun tak leh focus. penat je lebih. selalu gitu la kan. ko ahad ye, kalau sabtu bole la kita jumpa :D

elyn : sila la cari alasan bernas beb. tp kalau nak bawak sorg ok lagi kot. ok ke? ekekeke..

ayu : tu la dia ayu. wan ni macam2. ikut kan aje. kalau tak muat gak tak tau la. maknanye lepas ni nak gi beli kasut kena la bawak nia gak.

nia nye mata dah ok. tak merah dah. :)

thanks ayu!

cha : bole la diguna pakai. :)

ainal : yg ko ni nak buat ayat sedih aphl? ayah kalau shopping raya utk kita masa kecik2 mana penah kita ikut kan?

tapak kaki ko ye, meh la bagi. tp aku simpan je la ye. hahahaa..

bed : harap semua nya berjalan lancar la bed. nia pun ok.

wei, dia gi letak kaki nia dgn adel la wei. lepas tu dia lukis.

mmg aku akan tolong bukak pintu sogo nanti bed sebab tau semua dah gaji sure tmbh2 sesak!
nome said…
comelnyer tapak kaki nia dan adel...rajin tol wan nih..

berdating dua-duaan la korang yer...senang kan? kalau bawak anak, cian kat derang nak berasak-asak....so x bleh nak focus masa sopping...bagus tol nursery tuh...sanggup dia tolong jagakan nia dan adel walaupun ari sabtu...baik la derang...

adel antara top 5 yer...cayaklah adel...bakal ratu cilik x lama lagi nih....auntie nome will support u la adel....
Mrs. Simplicity said…
nome : bukan rajin tp tu takde keje nama nye. hehehe..

bukan dating me, tp gi berperang meredah org. huhu.. tu la dia, senang kalau tak bawak diorg, kang shopping nye tak seberapa letih handle budak2 je.

hahaha.. sabajela aku ko ni!

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku r...

Selamat Tahun Baru 2024

Lama niat nak back to blogging tapi entah apa relevant nya entah. ni terasa nak buat, buat aje lah. Tahun baru, semangat baru, banyak yang nak buat. semoga kekal istiqomah. naik sekolah esok, niarafadel exam mode. sehari dua hari ni baru nak bukak buku balik masing2. for now, mak diorg tak bagi beli apa2 sampai habis exam. biasa nia nak beli buku cite, tunggu sampai dapat exam papers ye nak tengok entitlement.  hari ni keluar jap nak beli groceries. lunch kat Johnny's IOI City Mall, tengah makan, tiba2 nampak retis kegemaran, kak mitch! a good start for my 2024 gitu haha.. betul2 duduk berdepan. menghormati family time dia, kita takde lah tegur ke apa. tapi curi2 amik gambar sebab tak leh tahan teruja benau! izinkan ye. settle makan, beli barang kita balik. petang kita keluar balik mencari gula. apa ke payah nak dapat gula ni? dari IOI ke 99 speed mart ketiadaan gula. esok hunting lagi kat Giant Setiawangsa pulak. balik rumah prepare dinner. sorang nak kerang rebus, sorang nak kopo...