sejak akhir- akhir ni nia dah pandai nak pilih pakai baju apa. start bila eh? last 2 weeks yang kitorg nak pegi bawak adel untuk injection 5 bulan tu. sebab adel aku pakai kan seluar putih, aku amik la jeans putih jugak untuk nia. naluri nak kasi sedondon tu mmg takleh lari la. ingatkan takde jadi gitu, mcm tu jugak aku ni. hehehe..
tapi, bole nia kata nanak..nanak. .maknanye dia tak mau pakai bila aku nak sarungkan seluar. kebetulan masa tu tgh pakai kan dia seluar tu kat depan wardrobe dia yang tengah terbukak. sekali dia amik skirt poney dia. ewah, dah pandai memilih rupanya. dah tak match dgn adel haritu. then nampak dia ni suka ber-skirt banding dengan ber-seluar.
kalau duduk rumah pulak, nia sekarang suka pakai baju dgn seluar ni. dari start beli, asal basuh je mesti nak pakai balik baju dengan seluar ni kalau dia nampak. tak dan lipat dia dah amik. bila dah pakai cakap cantik..cantik.. ish, tak malu tul anak mama ni puji diri sendiri.
ni masa 1st time nia pakai baju dengan seluar ni. aku pun berkenan design dgn color dia. colorful nampak ceria.
ni ahad lepas masa aku tengah nak lipat baju, dia nampak baju ni, dia nak pakai baju ni.
aktiviti hari ahad, nia main tolak adel dalam walker. adel dah bole dok dalam walker. tanda anak anda bole duduk dalam walker - bila badan dgn kepala dia dah stable, dan kaki mesti bole jejak lantai. tak leh hanging ye.
berbalik kepada tajuk entry, ni la baju kegemaran nia ye. time ni, nia tgh nak bawak adel pegi kat mama yang tgh lipat kain dalam bilik.
Comments
nia tu dah pandai nk melawo ler tu.. dah ada taste sendiri. hehehe..
kak mas : takpe kak mas, sikit lagi bole la tuh. :) tu la dia. kecik2 dah ada taste ek.
mummyar : tu la kak. mcm2 dah skang. hai nia ni kak, idea dia mcm2. ingat lg akak dia tido kat dashboard kete tu eh. asal boleh gak dia ni. asalkan selesa mak kata akak :)
aleesya pun pernah mengalami fasa nak pakai satu2 baju tu jer..tapi kejap jer laah..pastu feveret baju lain pulak..
tabiat sekarang ni pulak, tak kira pakai baju apa...mesti pakai panties...even baju swim wear sekali pun...tak pakai panties, mulalah meraung minta panties..hehe
anak2 memang cam tu kan..
ibu damia : tu la dia, kadang tak sedar dah besar diorg ni. dah bole buat mcm2.