dari shah alam shah alam ke subang eh? kami terus ke putrajaya pulak. mujur lah kitorg dok kat tengah- tengah. nak ke shah alam ok, nak ke putrajaya pun ok. kami memenuhi undangan mummy wafiq a.ka elyn yang glamour sempena majlis harijadi anak dia, wafiq.
masa kitorg masuk kat putrajaya jam dah pukul 5, aku cakap dengan wan, kalau pukul 6 kita sampai, kita pass present je la. takut dah lewat sangat. sure elyn dah penat. aku pun dengan slumber nye call elyn sampai 4-5 kali nak mintak direction sebab ingat tetamu dah surut. tu yg call je asal jumpa landmark. kitorg pun selamat sampai. sebab sangka kan dah lewat, kitorg pun nak pass hadiah je la. sekali bila sampai je, masih meriah lagi! macam baru lepas potong kek je. segan pulak aku sebab dok kacau dia banyak kali.
anyway, elyn ni pun one of the hardcore blogger gak. ni kali ke-2 kitorg jumpa. masa tu wafiq masih merangkak lagi. sekarang dah tak terkejar. to elyn, thanks sebab sudi jemput kami. makanan mahupun layanan was superb! feels like home. sebab abah ko kot. hehehe... and to wafiq, happy 2nd birthday from us! maintain hensem ok! enjoy the pics..
sampai- sampai je photoG soh amik gambar siap- siap. wah bagus tul. ye la, takut tak sempat nak bergambar dengan tuan rumah yg tengah busy kan.
tak sempat nak tgk wafiq potong kek. aunty tgk kat gmbr je la ye. ni la cake dia. cantik walaupun dah tinggal separuh. hehehe...
see, tetamu masih memenuhi setiap ruang walaupun dah lewat petang. ni blogger gak. cuma aku tak kenal. nak tegur, segan la pulak. :)
yg tgh bergembira sambil dukung anak tu pun blogger gak. tp tak kenal gak. udah ku bilang si elyn ni glamor kan? wan makan dulu sementara aku dukung nia.
turn mama dgn nia lak makan. sebelah aku tu abah aku eh, silap. abah elyn, atuk wafiq. dah rasa mcm abah aku lak. scroll lagi kalau nak tau kenapa.
the variety of foods. seriously macam- macam ada. untuk setiap peringkat umur. mmg bagu la ko beb bole fikir menu yg macam ni. ada kfc kan? bape juta barrel ko order beb? hehehe... nasi lemak dia best, sandwich dia aku sempat rasa. nia makan nugget, jelly, minum vitagen. eh, macam2 la..
nape aku rasa macam abah aku? sebab abah elyn ni sangatlah friendly. mmg panjang la sembang dengan kitorg. layan tuh..
tuan rumah yang busy keluar masuk rumah nak entertained the guests. same goes with the birthday boy. busy kua masuk rumah gak dia. :)
bergambar bersama sebelum balik. alahai wafiq, tak sudi amik gmbr dgn nia ke? hehehe... oh family bertema merah tuh adalah blogger gak. eina ak.ka mama aira. yg ni je aku kenal. hehehe..
kami pun pulang bila jam dah pukul 6 lebih. tiba- tiba ada pitstop lak bila nia nampak playground. main la kejap.
again, thanks to elyn & family :)
Comments
nia nmpak happy main kat PG...
penin woo 1st time handle party camni, igt kecil-kecilan rupenye ramai gak yg dtg. mak pak aku siap ckp ramai nyerrr peminat wafiq hahahaha
sonok kn bile dpt gath ngan blogger yg lain (especially time raya, birthday etc).. slalu jmper dlm alam maya jer.. skali skala jumper2 cam nie baru la makin erat hubungan silaturahim tu..
aku rasa nia byk ke arah wan la.....jarang senyum eh ye ke? kalau adel murah senyuman.....
lya : mmg meriah. tuan rumah pun ramah tamah. seronok sgt. nia skang suka main slide tuh.
chik na : betul tu kak. macam2 juadah ada. :)
elyn : sama2 beb. tq gak sebab sudi jemput kitorg. abah ko lepas ni kena bukak kaunter isi borang, org nak book cucu dia. ekekek..
iryani : betul tu yani. dah lewat petang pun, rumah masih full house. tuan rumah friendly sgt. tu sebab nye. sesekali dpt gather cmni mmg best. :)
ina : mmg meriah. kenyang perut, makan free. hehehe... aku nak je buat. kena la tanya abg wan ko tu.
ainal : coklat la! mende nye kopi lak ko ni.
bed : mmg berparty aku sabtu aritu. nasib tak disambung ke ahad. tuan rumah mmg pandai pilih menu. pelbagai ada. mcm2 pilihan. budak2 pun kenyang.
aish, da macam shasha dah nia ni. pantang nampak playground. pandai dia tuju ke situ sendiri.
ye, mmg nia fotostat ikut wan. adel murah senyuman ek. ikut mama dia kot eh? ceh perasan je aku. padahal ramai je ckp ikut wan gak.
suhida : contest saja ko ye. contest green tu da lepas. kalau tak, bole masuk. hehehe.. adel dalam kete dia tido. bila dah keluar kete dia berjaga.