belum habis penat seharian sabtu ke birthday party poyo jek, bukan buat majlis pun, datang makan je, ahad, awal pagi kitorg dah keluar rumah menghala ke jalan semarak untuk hantar adik bongsu kesayangan aku mendaftar di utm. alhamdulillah, impian dia nak masuk utm tercapai. course yg dia dapat diploma in mekatronik. untuk diploma, diorg ditempatkan di utm, jalan semarak. esok kalau dapat sambung degree, mesti sambung, ke johor la pulak. elok la ke johor, tak penat aku nak monitor ko kat sini. sebab kat sini banyak dugaan. yang senang tergoda tu mmg bole hanyut. harap tidak lah begitu kan. insyaAllah...
pertama kali menjejakkan kaki ke sini. mmg centre of KL la kan?
bakal mahasiswa utm, yg belah kiri sekali, asyran namanye. ingat muka dia ek. kalau korang nampak muka dia ni tgh dating kat mana2 tuh, cepat2 report kat aku ye. aku pegi belasah dia.
kitorg sampai kul 10.30. sebab kat sini daftar dia course by course. course adik aku kul 11.30, kitorg lepak cafe dulu. aku dgn wan dgn nia belum sempat breakfast lagi. sebab kena kua awal kan. ni la sarapan aku. sarapan ye. kalau hari2 sarapan gini, tayar pun bole tukar size.
syok kalau gi ramai- ramai ni, ada org bole jagakan anak. opah pegang adel sementara mama pegang adel. oh, mama sangat suka knitted hat yg adel dapat dari aunty ryn tuh.
kami yang dah kenyang. tengah cari port tempat menunggu. tema belang- belang pulak haritu. baru perasan.
khemah tempat menunggu sementara student baru mendaftar. mak aku unsatisfied sikit dengan service dia. family kena berpeleseran nak cari tmpt menunggu sendiri. sepatutnya ada org assist kan. time ni la tak larat bila mak aku dok puji unimap.unimap gak bagus masa daftar ina dulu (kakak asyran a.k.k amalfc_1303)
di dalam dewan sedang dalam proses mendaftar.
adel yang kepenatan menunggu paksu dia mendaftar. sampai tertido dia.
nia ni sangatlah happy sebab ramai mengadap dia. sementara menunggu nia makan waffle dulu.
dah siap daftar, patut la lama, terus dapat matriks card rupanya. canggihnye la kan. zaman kita dulu, seminggu gak baru dapat.
dah settle daftar, ayah aku mintak direction nak ke tempat kediaman pulak.
kolej kediaman agak jauh dari kampus. yg paling best nye mmg ceruk la. strategi utk mengelakkan students selalu keluar. aku sgt la suka!
kitorg yg sedang menunggu kaum lelaki unloading barang. syok gak bilik ni, 1 bilik 2 org, bilir air pun kat dalam.
settle semua, kami lunch kat mamak area sini. nak cari kedai makan tak jumpa- jumpa dah pusing 18 banyak kali.
ok, kitorg nak balik dah. family aku terus balik perak. jumpa lagi sabtu ni. ke selatan pulak kita ye.
balik rumah kitorg terus pengsan. mmg penat. tapi cik kak sorg ni, tak tido2 sampai la ke malam.
to yan; the challenge has just started. all the best for the coming three years. get the excellent GPA, so you can straight continue to pursue degree. make our parents proud, insyaAllah, i'm sure you can do it.
note : tercapai impian parents aku nak melihat semua 6 anak diorang ke universiti. alhamdulillah..
Comments
ADEL BESO DH..KEJAP J.. LYA TGK MUKA ADEL ADA IRAS2 WAN LA... YE K??? KALO GK KAT LUAR MSTI LG CUTE NI..
**ALHAMDULILLAH..X ADA APA Y LBH MBAHAGIAKAN IBUBAPA MELAINKAN DPT MELIHAT ANKNYA BERJAYA DLM PELAJARAN..KEHIDUPAN RUMAHTANGGA & KEHIDUPAN D DUNIA & AKHIRAT.
SKRANG CABARAN KITA NK DIDIK ANK2 KITA
ni adik yang jaga ko dalam pantang eh?
adel muka wan ke? semua muka wan nih, sape je muka mama dia ni. :p
ye la, mak ayah mmg happy kalau anak2 berjaya kan. harap kita pun bole didik anak2 kita cmtu gak kan?
fiza : dekat wangsa walk? aiseh, mmg panjang je la kaki dia tuh. kalau terserempak, jgn lupe bgtau ek. thanks! :D
akmal : ye, aku akan menjalankan tugas aku sebaik mungkin. bukan mata- mata je, seluruh anggota badan aku standby.
aja : wah ja, dan2 ko komen ye bila sebut unimap. 2 kali lak tuh. ye, mak aku tak abis2 puji smpi tak larat kitorg mendengarnye. u kitorg semua kena band dgn mak aku.
suhida : save2 tau. ko la mata2 aku yg paling dekat dan rapat setakat ni. hehehe..
farah : mmg cepat lapar la skang ni. ish. comel kan?
ye, paksu diorg la tuh. :)
teringat zaman ayu masuk UTM Skudai 11 tahun dulu....kalau boleh nak kembali semula ke zaman tu....banyak kenangan manis masa belajar kan..
apa2 pun semoga adik alyya tak mudah terpengaruh ngan benda2 yg negatif...aminnn..
adel dah makin comelll...Nia dah makin ikut muka wan..
nia mmg dah fotostat ikut muka wan. tp tang perangai pun sama jugak rasanye. hehehe...
tu adik bongsu la ye alya...dah selamat masuk u kan...tinggal tggu abis blajar je...senang hati mak ayah bila nak dah masuk u ni ye tak...kat situ mmg tengah2 bandar...senang nak g mana2 nnt..huhu
tak tahan gelak nye weyh. tu la utm tu depan jer klcc ngan menara kl. mmg panjnag la kaki dia pasnie. tergedik2 la nak outing jer.
so skrg ni kira berpuak plak..
anak 1st n 2nd, bajar kat UPM..
yg third n last kat UiTM..
Hehehhehe..
bila adik aku dh start bajar, takde dh driver ian..
=(
insyAllah kalau aku jmpa adik ko dating mana2, sure aku report kat ko...kahhhhhhhhhhh...
cantek la asrama adik ko duduk tuh...siap ada bilik air dlm bilik lagi...x macam asrama aku kat uitm dulu...berebut2 nak guna bilik air...huhuhu...
ya allah cute betul adel dgn topi yg ryn buat tu.....nia happy sungguh dpt jumpa pak sedara dia eh....best la ramai yg melayan....
tiba2 mengimbau balik saat aku masuk ITM dulu....best la adik kau satu family dtg hantar....hehe
K.Mas pun suka topi yg adel pakai tu.. bertambah cute Adel bila pakai topi tu... bila la boleh bersua muka dengan Alya dan anak-anak
jiey : uitm vs upm ye. hehehe.. aku ni merata. merata gak la parents aku pegi.
nome : mmg aku suka knitted hat ryn tu. mesti dibwa kemana saja :) tp tu la, nia dok sibuk nk pakai gak. dah la kembang. sabajela aku.
sila la jadi mata2 aku ye me. ko amik area the curve dgn klcc. ater ko selalu gi situ kan?
zaman kita dulu, mmg 1 wing 1 toilet. kena la beratur awal kalau kelas kul 8 ye tak?
chik na : tq kak. tu la, alya ni teringin nak jumpa kak mas gak :)
elyn : thanks beb. mmg credit to parents aku berjaya bentuk kitorg jadi org! hehehe..