Skip to main content

cuba semua petua

adel masih selsema lagi sampai hari ni. kejap ada tanda nak kurang, kejap tak nampak tanda nak kurang. dok macam tu gak. reason being, doktor tak bagi pun ubat makan untuk selsema.

kata doktor, baby bawah 2 tahun tak digalakkan makan ubat selsema ni. sebab boleh elok dengan antibodi sendiri. bila google pun mmg mcm tu gak doktor cakap. doktor hanya bagi ubat untuk titik kat hidung je untuk cairkan selsema kalau hidung dia tersumbat.

maka, hari- hari aku tgk hidung dia tersumbat. setiap kali tu la aku buang hingus dia manually. aku pun google pasal bayi selsema ni. kena la cari alternatif lain since doktor tak bagi ubat.

1. tumbuk kunyit hidup dan lumur kan kat batang hidung bayi.
2. amik garam, tumbuk dan campur dengan air, gosok kan kat batang hidung bayi
3. amik daun sirih, tekan daun tu, kuakan lendir dia dan gosokkan kat batang hidung bayi.

tidak menganggap petua- petua ini mengarut, aku pun try la letak kunyit dengan garam tu sejak ari isnin lepas. daun sirih tak sempat beli la pulak. dalam pada tu, kena letak gak ubat titik kat hidung tu. aku google lagi, ubat drops tu pun tak elok nak letak selalu. abis, tu je ubat aku ada, kalau tak letak, tak tido la adel.

adel redha je mama nak buat apa pun. semua pun mama buat nak bagi adel cepat baik. wan dah bising sebab aku asik sedut hidung dia pakai nasal aspirator tu. kang takut hidung nye besau lak. ish, masih tak berkesan pun. i mean, takde kurang pun. ahad ni nak gi cucuk adel 3 bulan, nak paksa doktor tu bagi ubat kat adel. sian adel.

Comments

Mag said…
pernah baca kat mana entah, orang cina kalo anak selseme dia sapu vicks kat tapak kaki. vicks ke ape entah orang panggil yang balm berangin tu
Mrs. Simplicity said…
farah : yup, vicks tu untuk temporary released untuk batuk. untuk bagi dia lena kejap. tp tak cure pun farah. sementara je. vicks pun letak gak. kat dada dgn tapak kaki dia then pakaikan stokin. :)
LeaKhalid said…
satu lagi petua..tp ini wan yg kena buat coz petua nya, kalo anak pompuan, mesti bapak yg buat..kalo anak laki..ibu yg buat..petua...

mulakan ngan selawat, then si bapak sedut hidung anak untuk buang hingus...

sekadar membantu(^^,)
Anonymous said…
salam beb

mak aii , smp kuning gitu sekali ko tepek ...

dulu aku try ubt jenis spray , mmg elok.. kalau titik tu takut bby kecik2 ni lemas..

x pe ler alya, kite usaha DIA yg tentukan .. doa banyak2 key ..
ko kene beli pum yg sedut hingus tu jgk tau .. heheh sure dia geli2 pehtu AAAACUMMM .. kuor lendir2
ekekeke
fatin pun selalu selesema
start umur 10 hari dah selesema :(
mmg lambat nak baik tau
Mrs. Simplicity said…
lea : oh yeke lea, selama ni alya je yg sedut sendiri. papa dia baca ni, malam ni papa dia la kena buat. takleh geli2 la kan. hehehe.. tq lea!

fazilzura : ubat spray doktor tak bagi. dia bagi ubat drops je. time nia dulu dpt ubat spary. ikut umor ke eh. aku pun tak sure. pum sedut hingus? cmne tu beb. aku ada nasal aspirator tu je la. ada besar lg ke?

ye zira, aku usaha je.

tinie : nia pun sama beb. nia lagi la hari ke-7 dah selsema. slumber je doktor bagi ubat sudah nye nia tido je. tak bangun2 nyusu, jaundice lak tinggi. adeh. mcm2..
r|nA @ ja|j|na said…
ade jugak kawan kasik petua ni, tp blom penah buat lagik..nak buat tp abah isya bising, dia kata nanti idong anak die kuning katanye..

isya pon baru baek sesema tp ade skit2 lagik..
Mrs. Simplicity said…
rina : kuning tu boleh hilang. tu yg alya try je semua :) oo yeke, musim la kan.
amal_fc1303 said…
uish bru je tinggal sat dh ada 8komen dh. mana la ko dpt sume petua nie yer? abeh la melekat kunyi tu ke muka adel pasnie. payah la nk ilang. org pon pelik nama muka kuning jer.
shah-ila-ain said…
letak vicks kat tapak kai atau pd ubun2 dia..tp jgn banyak2 huhu...lagi satu kan allya kalau ko rajin time hingus dia berair tuhh..ko amik kain tuala bersih kau tarik hingus tu keluar..bukan lap atau tekap pd hidung kene pd kulit tp gentel2kan kain tu pd hingus dan tarik sikit2 hingus tu akan terikut melekat kan..kire bersih lah nanti ,ringan sikit hidung tuhh..tp nanti adel geli2 kot hehe..
Mrs. Simplicity said…
ina : tu la guna google. semua boleh jumpa. mana ada. bila cuci, dia ilang la. ko ni pun.

mel : vicks tu mmg da biasa aku buat. teknik ko aja tu belum lg la buat. sebab baru nak titik ubat pun berperang weh. boleh la aku try nak kurang kan hingus kan. thanks mel!
nome said…
bagus ko alya! mengamalkan petua2 org lama...hope adel cepat sehat...mesti dia susah nak tdo kalau selsema...sure tdo meniarap je nih...
Unknown said…
alamak tak der petua ni....selalunya biarkan ajer sampai baik sendiri..seminggu ke 2 minggu ke...as long tak menganggu breathing anak2 ok lah tu...alhamdulillah...aleesya + ayyunie jarang demam dan selsema...
Mrs. Simplicity said…
nome : aku takut gak nak bg dia tido meniarap time aku tido. aku still baring kan cam biasa. malam2 setakat ni dpt gak dia tido lama sebab aku letak segala bagai kat hidung dia. vicks, kunyit, ubat lagi.

ibu damia : alhamdulillah. advantage tak duk nursery kan? ni la kalau dok nursery, kena la hadap. nasib dah ada experience.
wanie md zain said…
alya...cuba sedut guna mulut kita...lagi berkesan...jgn tertelan udah ler...
Chik Na said…
try tuam hidung adel tu dengan towel panas..(towel direndam dlm air suam yg a bit panas, perah dan tuam kat hidung).. dulu masa anak-anak akak masih baby, abg zaidi selalu buat cam tu
mak aik.. sampai mc tue sekali sapu? hehehe.. mearawat dr awl lagi baik.. tkt nnt ada effection pape pulak kannn.. sian adel.. semoga adel lekas baik.
Azirahman said…
Masa anak still baby cara berkesan yg akak buat, hubby sedut sendiri..alas dengan lampin bersih kat lubang hidung dan mr hubby start menyedut..jgn sampai tertelan..hehhe..satu lagi cuba tidurkan adel cara meniarap tinggikan sikit kepalanye so dia tak rasa sangat tersumbat..hingus tu boleh kuar...tp kena jaga2 takut tertutup muka ke bantal....
satu lagi bagi susu badan kerap2..tambah antibodi.....
nadja said…
chumel nyer adel pakai kunyit macam tuh.. heheheh tapi kan kalau ader vicks letak kat blakang telinga.. mesti kurang selsema.. lepas mandi terus sapu.. try la
Nissa Azmir said…
selsema rania cepat kering bila nisa sapu minyak bayinimestika kat batang hidung dia.. try laa
mamashasha said…
alya petua aku pun gitu, tumbuk kunyit sapu dr batang hidung ke atas....tak pernah dgr le letak garam...udah mcm nk menggoreng je...ngeh3x...

kalau below 2 years mmg tak digalakkan...mcm adel 3 mths baru mmg kene ikhtiar traditional method la...aku sapu vicks kat tapak kaki, dada & belakang....

apa saje yg aku rasa leh reduce selsema dia...sampai satu tahap aku sedut je hingus dia dgn mulut....

lagi satu ko tidokan adel tinggikan sikit bantal nye ....biar selesa.
Deana Razimi said…
Siannya baby..sampai yellow gtu sekali.Semua cara2 yg member2 u bg tuh i pun amalkan sama.Tapi makan masa lah dear..But at least kunyit tuh leh release flu dia n hidung dia x tersumbat sangat..

Malam i pakaikan ubat spray tuh.Tapi mmg pun,ubat tuh x elok diamalkan selalu.Bcoz next time akan easy utk tersumbat lg bila flu.So,after 3day klu still x baik gak,u kena stop guna ubt titis/spray tu dulu.k,apepun sabar dear.:)
Jiey Mien said…
Aku pun kena try la petua ni..
Ian ni dh nk makan berbulan dh.. Tp Wheezing sound tu still dok ada..
*sigh*
LYaFRINA said…
kagum dgn ciptaan tuhan.. comel sgt2 adel.. geram..mcm ank patung..

sila ambik 2 juta kat blog lya yer...
harini baik hati ni..
Mrs. Simplicity said…
wanie : sedut dah wanie. cuma belum tahap pro lagi la. tp mmg everytime pun sedut pakai mulut sendiri. thanks

chik na : thanks kak mas. cara ni belum penah try lg. tq!

jue : cuba semua jue. thanks!

azi : tu la kak, kadang tiarap kan dia. tp time malam tak tiarap kan dia. takut jugak muka dia tertutup time kita tertido. yg part sedut sendiri tu sy buat kak. thanks kak ye.

nadja : yeke? menarik2! dah buat! :) tq ye

nissa : nama ubat tu mastika ye> ok tq ye!

bed : kalau ko nak tau, td aku bawak adel gi jumpa doktor, still tak dpt ubat ko. huhuu.. penat aku buat cite sedih. hahahah mcm goreng ikan la pulak ye? aku pun tak perasan. heheh.. part sedut sendiri tu mmg aku buat la. smpi tertelan pun penah ko. redha je la janji anak sihat.

deana : no wonder la makin teruk i tgk. ni i dah stop kan pakai ubat drops tuh. harap bole la lekas sembuh bila dah cuba mcm2 petua ni. thanks dear!

jiey : adel ni dah hampir sepurnama ni. runsing aku. cuba semua jiey.

lya : tq lya ye :) ok, alya amik. baru ni nak buat.
prince caspian said…
macam avatar!!
Mrs. Simplicity said…
prince caspian : avatar yg comel!

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber