Skip to main content

outing - 1st trial

salam. kejap je dah pukul 12. produktif aku bekerja setakat ni walaupun boss takde. heehhe.. apa pun, masa blogging tetap diperuntukkan. :)

tajuk entry? jumaat lepas, aku ajak wan beli pampers adel yang dah habis kat kedai dekat rumah je lepas keje. tapi dia ajak pegi malam siap msg aku cakap "ade bran?" then aku tak reply pun. dalam pada tu, dok fikir, camne nak kua dgn budak2 ni. malam lak tu. fikir- fikir sampai la amik nia & adel kat nursery.

malam tu, kitorg pun kua je la. kalau tak sekarang bila lagi kan? takkan sebab dah anak 2 tak leh nak ke mana kan? kitorg pun keluar gi pkns bangi. oh, pampers (drypers) kat sini murah. tu yang kitorg selalu borong kat situ.

sampai je, semua terkawal. tapi kan, tahan setengah jam je! hahahah... apsl? kitorg tak bawak turun stroller so wan kena la dukung nia. dah tu, nia lak nak berdukung je all the way. lepas je beli pampers, pergi farmasi beli cream terus kitorg balik. mana larat wan nak dukung nia dgn nak pegang 2 pek pampers lagi. maka, 1st trial tak bape sukses.

makin kurus la papa nia sebab nia asyik nak berdukung je.

adel aku la dukung. letak dalam carrier. time ni pun dia da ngamuk- ngamuk gak. may be 1st time letak dia dalam ni, dia rasa tak selesa. carrier ni hadiah dari opah adel & nia.

sebenarnya banyak lagi nak beli, tapi sebab masing2 dah mengamuk, kita balik je la. adel setakat ni dalam car seat, mmg behave. rilek je.

nia pulak masuk kereta mesti mintak susu then nak tido.

Comments

izzahazfar said…
perasan tak muka nia yg last mcm muka akak?heheheh
Mag said…
hahaha..mata nia pon mengantuk giler dah
nadja said…
wah adel dah montel sket.. heehhe best la kan dapat jenjalan ngan baby amik hangin malam.. :)
jauhnya sampai ke bangi.. hehe.. xper cuba next time lagii..
mamashasha said…
alya ko dgn wan kan ke panjang langkah mana tahan kalau tak kuar kan..takpe ini percubaan pertama insyallah nanti korang tau la nk handle situasi cemana kan....nia tu nk dokong je peel shasha nk sakit bahu aku ni...dgn papa sekejap2 je dia nak...adel yang behave...maybe first time dlm carrier dia tak baper selesa....
Unknown said…
ayyunie dulu pun sama tak selesa dalam carrier...last2 tak guna carrier pun kedua2 anak ayu tu...

tak pe lah first trial..tak cuba tak tahu kan...at least pas ni dah tau cam mana nak handle..
r|nA @ ja|j|na said…
betulah alya..kalau ade anak kecik ni nak pegi mamane tu kene pikir startegi..jgn pk perang je ade strategi, ehehehe..

rina dulu, memule outing bawak isya..mmg le cobaan betul..dia tak meragam tp mase tu takde stroller lagi..terpakselah berdukung si isya tu..
LYaFRINA said…
sabo je la alya,, xpe cuba lagi pas ni.. ehehehee...

makin cumil la adel.. gerammmmm!!!!
nome said…
cian lak aku tgk wan dukung nia sepanjang masa....nak wat camne, nia nak dptkan perhatian ayahnyer...comel adel dok kat dlm carrier tuh...behave plak tu dok dlm car seat...

xpe alya, percubaan pertama x berjaya..mana tau percubaan kali kedua dan seterusnyer sukses...harus aku kagum ngan ko...gud luck!
AieZa said…
jauh nye berjalan smpai ke pkns.. perghh.. asal x singgah umah aku jer.. kahhhhhh.. kt sana aku rasa ade speedmart.. kt speedmart pun mahal gak ke pampers??
shah-ila-ain said…
dah memasing nak tidooo kottt..dah penatt hehe....baru 2 tuhh..mcm manelah yg anak sampai 4/5 org ehh..patutlah selalu ibu2 nie dok kat umah jerr malas nak p mane2...
Mrs. Simplicity said…
izzah : ye ke zah? ramai ckp muka dia banyak ikut papa dia. :)

farah : nia tu kalau berjalan or main sanggup tahan mata. ehehe..

nadja : sebenarnya kitorg tak biasa jalan2 bawak baby tgh kecik lg. tp tu kira darurat gak la. hehe..

jue : jauh ke? rasa dekat je tu. next time dah cuba pun. tungguh ek :)

bed : tu la pasal. naik bosan gak dok umah. sebenarnye tak cukup rehat jugak kalau dok umah,. baik kua gi jalan2. budak2 yg penat, cepat la diorg tido. laa shasha sampai skang nak bedukung ke? aku rasa nia nanti pun sure gitu weh. adeh, mau lenguh kalau nak bedukung je kan? adel memula je tak selesa bed. skang ok dah.

ayu : o yeke? alya ade sling. tak reti nak letak adel yg fragile lg dlm sling tu, rasa mcm dia pun tak selesa. tp carrier ni memula je dia merengek. lepas tu ok.

rina : ya betul. mmg kena ada strategi. kelengkapan pun kena cukup. lepas tu bersedia fizikal dengan mental apa yg bakal dihadapi :)

lya : ye ye, kami takkan putus asa! :D

nome : aku lg la kesian. dgn nak pegang barang lagi. dpt rasa burden dia tu. huhu.. tu yg tak lama nak pusing tu terus balik. nia da lama tak keluar, may be dia takut2 nak dilepaskan.

tu la me, kena practice lagi ni baru bole sukses. thanks!

aieza : speedmart mahal gak. kat billion dlm pkns tu murah lg. mana ade jauh weh. dekat je la. ke sebab aku da biasa ke bangi tu yg rasa tak jauh.

mel : tak pasti la. memasing baru 1st time keluar setelah sekian lama tak keluar. tu yg takut2 tu kot. mmg ye pun mel. ikut hati malas je nak kua. mana nak siapkan diri kita lagi, anak2 lagi. banyak lagi persiapan nya. huhu..
Elyn Sani said…
ko takmo try pakai sling?? lai selesa kot dr pakai carrier....

aku pun smlm berjln lupe bwk stroller. masak berpeluh laki bini dukung 12kg!! bg jalan serupa tak jln asik nk berlarik.... adeh!!
Mrs. Simplicity said…
elyn : hahaha.. dah mcm ngankut tong gas tu ko! 2 kg je lagi. hahaha.. tu la pasal. pantang lepas, bahaya jugak kan.
mamashasha said…
shasha ikut mood..kadang tak menang kaki nak kejor kadang tak menang tangan nk dokong....ngeeee
Mrs. Simplicity said…
bed : shasha tak suka dok dalam stroller eh?
Chik Na said…
akak dulu kalau nak beli barang keperluan mesti beli sebelum ambik depa kat rumah baby sitter...
rDnA said…
suka tengok muka adel dalam car seater tu..comei and nmpak cam bdak baik jer

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku r...

Selamat Tahun Baru 2024

Lama niat nak back to blogging tapi entah apa relevant nya entah. ni terasa nak buat, buat aje lah. Tahun baru, semangat baru, banyak yang nak buat. semoga kekal istiqomah. naik sekolah esok, niarafadel exam mode. sehari dua hari ni baru nak bukak buku balik masing2. for now, mak diorg tak bagi beli apa2 sampai habis exam. biasa nia nak beli buku cite, tunggu sampai dapat exam papers ye nak tengok entitlement.  hari ni keluar jap nak beli groceries. lunch kat Johnny's IOI City Mall, tengah makan, tiba2 nampak retis kegemaran, kak mitch! a good start for my 2024 gitu haha.. betul2 duduk berdepan. menghormati family time dia, kita takde lah tegur ke apa. tapi curi2 amik gambar sebab tak leh tahan teruja benau! izinkan ye. settle makan, beli barang kita balik. petang kita keluar balik mencari gula. apa ke payah nak dapat gula ni? dari IOI ke 99 speed mart ketiadaan gula. esok hunting lagi kat Giant Setiawangsa pulak. balik rumah prepare dinner. sorang nak kerang rebus, sorang nak kopo...