Skip to main content

guest on saturday

hari sabtu lepas, tetamu yang datang bertandang nak tgk not-so-newborn baby adel, ialah member kawan baik aku dari sekolah rendah lagi puan anis dgn suami nya salleh. walaupun 2 org yg datang terasa meriah sebab bila dah lama tak jumpa masing2 ada je la cerita yang nak diupdate kan? dari sekejap, lepak nya jadi lama.

aneng lagi berani pegang adel dari anis ye. best nye diorg datang, adel dpt free photoshoot dari uncle salleh dia ni. syok la mama dia..

camne nak jadi mak kalau tak pandai pegang anak ni. ha, aunty anis lak dukung adel ye :)

terus stone bila aunty anis pegang adel. adel pun muka berserah je. oh, anis kawan sekolah aku dari darjah 1 sampai form 5. then matriks pun sama. bila masuk U, dia UM aku lak UKM. tapi masih rapat sampai sekarang.

aneng dah keluar segala gadget yang ada. aku tertarik dengan tripod macam bentuk sotong itu. heheh..

menu of the day, not my best attempt spaghetti. hehehe.. nak jugak bagitau tu

nama pun free photoshoot, sila la edit sendiri ye. heheh.. terus la transfer ke netbook aku.

nia nampak berkenan sgt dengan uncle salleh tu ye. kemain lagi tu.

sebelum balik, setting camera untuk amik gambar semua. korang nak tau apa yang nia nak sangat tu?

nia bekenan sangat dengan tripod tuh. tu yg dia aim je bila tgh setting camera kat atas tu. nia, silap papa tu...

dalam petang diorg pun balik. then malam pulak, dalam pukul 10 malam, tengah khusyuk tgk A.F sambil bengang kat pengkritik sebab tak bagi shahir lampu hijau, dapat call dari sorang lagi member matriks aku. aunty pa'e pulak nak singgah rumah, ada something untuk nia yang dah lama dia peram dalam kereta dia.

mujur adel tak tidur lagi. boleh la jumpa aunty pa'e kan? adel masa ni tgh buat regangan kepala. kepala dia nmpk dah stable.

yeay, aunty pa'e dah datang...pa'e ni jugak bekas penghuni rumah yang kitorg duduk ni. aku kawen, dia pindah duduk rumah yang wan sewa kat area rumah aku jugak. so dia masih duduk situ dengan hubby dia. mana hubby dia? hubby dia tgh amik gambar shahir kat konsert a.f. pa'e, cakap kat anep aku nak gmbr shahir!

sebelum balik, aunty pa'e dukung adel. amik berkat lepas ni turn ko lak dapat baby ye. amin...

dalam kul 11 lebih jugak pa'e balik. oh, apa yang aunty pa'e beli untuk nia yang dah peram lama sangat dalam kereta dia tu? time pa'e datang ni, nia dah lama tido. so esok pagi, papa terus bagi present yang aunty pa'e bagi kat nia tu.

tadaa...nia dapat tricycle! nia punya tricycle dekat perak. tak boleh bawak balik sini kereta dah full. nia sangat lah suka.

sincere from nia & adel; thanks to aunty pa'e & aunty anis for the present and cash

Comments

Anonymous said…
mano nye gambo yg en saleh tu edit alya? nk tgkkk..

** mak aii , geli aku tgk tripod dia tu ...
Mrs. Simplicity said…
zura : mcm sotong kan? hahahah... nanti aku free aku upload. kena resize dulu sebab size nya besar sgt. gmbr budak2 ni je. nanti aku tunjuk eh. :)
ada. said…
yeah tripod tuh cool. macam sotong. kalau ade yang merah lagi berbisa. hehe.

ehh, nak cakap jugak, bengang gile kat pengkritik. punya lah sedap shahir nyanyi, diorang dengki tuh tengok shahir bagus. hehe
Mrs. Simplicity said…
ada : kan? nia dah berkenan tu. ade kaler merah ek? ko beli kaler merah ke?

ish mmg ye. terus spoil mood akak haritu. lagi spoil bila abg wan gelak2 kan akak. tak bagi sokongan moral akak yg minat kat shahir ni. hahaha..
mamashasha said…
aaahhhh mana gambo yg dah diedit alya? nak tgk...adel nampak sgt cute dgn lesung pipit tu..
Mrs. Simplicity said…
BED : NANTI AKU UPLOAD EK! ADEL MUKA BERSUNGGUH MMG GITU. NMPK KETARA LA LESUNG PIPIT DIA :)
suhida said…
alya,aku pun minat shahir..sangat hensem..uhuk uhuk...tersedak laki aku akt uma.kekke...
adel sgt kiyutttt..gambo yg wat regangan kepala tu.kahhh...
klu aku jadi nia pun aku kenan ngn tripod camtu.macam mainan.keke..
Mrs. Simplicity said…
SUHIDA : HENSEM LEPAS TU HUMBLE. TU YG AKU CAIR TU. HEHEH.. SHAHIR TU SENIOR SEKOLAH ADIK2 AKU. TU YG AKU MCM DAH AIM KAT DIA. BEST LAK TU. HEHEH..

TU LA PASAL. AKU CAM PELIK BENDA ALAH TU TRIPOD. TAPI BERAT TAU. YE LA, NAK SUPPORT CAMERA TU KAN.
izzahazfar said…
nak gambor adel letak kat pc leh?hari2 tengok kot2 la kenan kat anak zah ni...comel giler kak!

eh layan af jugak ehh..?zah layan af ngan akmal tau!heheheh
Mrs. Simplicity said…
IZZAH : BOLE2. RAMAI YG BUAT GITU GAK RASANYA :) KOT LEPAS NI DPT BABY GIRL LAK KAN? AMIN...

LAYAN ZAH, SEBAB MASA TU AKAK DALAM PANTANG CITE TU DA START. TU YG LAYAN. EH SAMA LA KITA. NIA DAH TEJEBAK. SIAP BILA NAMPAK SHAHIR DIA SEBUT SHAHIR THEN HOI HOI HOI LAGI. PAPA DIA GELENG KEPALA JE LA. HEHEHE..
nome said…
sonoknyer dpt berkumpul ngan geng2 study...masih rapat lagi korang...thumbz up...bagus tol....

soker la gambo adel senyum nampak lesung pipit tuh...chomel!
Mrs. Simplicity said…
NOME : SEBAB DEKAT2 TU YG BOLE KEEP IN TOUCH LAGI. TAPI RAMAI GAK YG M.I.A ME. TAK PE LA, MASING2 DAH ADA KOMITMEN KAN.

HAHAHA.. TU LA PASAL. BUKAN SENYUM TU. TP MUKA BERSUNGGUH NAK TEGAKKAN KEPALA :)
along aishah said…
aku masih belum berkesempatan mau menjenguk nia n adel...ahakksss....mau patah basikal nia dulu agaknye baru aku sampey....sob sob sob....
Chik Na said…
orang kata kalau orang selalu bertandang ke rumah..tuan rumahnya murah rezeki
Unknown said…
serious tak pernah lagi nampak tripod cam tu...cam takut pun yer jugak..

hahaha..best tak spagetti tu...

tak sabar nak tgk gambar photoshoot adel...
Mag said…
huhuh..suka beno mia kat uncle salleh..
Elyn Sani said…
aku gak lom pi tgk ko ek!!
OneSimpleMother said…
uih.. lebatnya rambut adel. luqman jeles ni. rambut luqman sejemput jer.. da 2 bulan pun masih segan nak tumbuh.. hehehe
shah-ila-ain said…
seb baik umah aku jauh alya..kalau tak sure aku dah serbu umah ko gakk hehe...eee..geramnyerr dgn adel...wahh dah boleh angkat kepala dahh erkk..kakak nie plak sonok dpt beskal baru erkk..
amal_fc1303 said…
org letak la pic dslr nyer. bru la cntik... heheheheh. nia dpt basikal baru... suka la tu nia. siap bungkus pon xbukak lgi tu.

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku r...

Selamat Tahun Baru 2024

Lama niat nak back to blogging tapi entah apa relevant nya entah. ni terasa nak buat, buat aje lah. Tahun baru, semangat baru, banyak yang nak buat. semoga kekal istiqomah. naik sekolah esok, niarafadel exam mode. sehari dua hari ni baru nak bukak buku balik masing2. for now, mak diorg tak bagi beli apa2 sampai habis exam. biasa nia nak beli buku cite, tunggu sampai dapat exam papers ye nak tengok entitlement.  hari ni keluar jap nak beli groceries. lunch kat Johnny's IOI City Mall, tengah makan, tiba2 nampak retis kegemaran, kak mitch! a good start for my 2024 gitu haha.. betul2 duduk berdepan. menghormati family time dia, kita takde lah tegur ke apa. tapi curi2 amik gambar sebab tak leh tahan teruja benau! izinkan ye. settle makan, beli barang kita balik. petang kita keluar balik mencari gula. apa ke payah nak dapat gula ni? dari IOI ke 99 speed mart ketiadaan gula. esok hunting lagi kat Giant Setiawangsa pulak. balik rumah prepare dinner. sorang nak kerang rebus, sorang nak kopo...