Skip to main content

belum bersalin

entry sebelum ni cam suspen je. hehehe... sampai entry ni ditulis aku belum bersalin lagi ye. semalam lepas turun tanda tuh, dalam tengah hari aku dgn wan ke hospital nak cek. i was just having a mild contraction at that time.

tapi apa pun nak kena cek jugak kan sebab da turun tanda. sampai je, macam biasa la terus buat CTG nak cek heartbeat baby & kekerapan kontraksi aku. dekat 2 jam buat, baby's condition ok, contraction tak heavy so doktor bagi aku balik. oh seluk itu wajib!

aku da dilate 2 cm nak masuk 3 cm. baby pun mmg da turun bawah sangat dah. doktor cakap tunggu contraction tu kerap baru datang balik. syukur ade progress gak dari takde sebarang tanda. sampai sekarang, tanda tu ada lagi. contraction pun tak heavy. will update more later...

Comments

LYaFRINA said…
waa.. sguh suspen..
nmpknya kalu dh kuar tanda tu dah xlama dah tu... xlama lg.. kuar la adik nia tu....
gtau la nama.. x sabo ni... heheheheeeeeee...

~~> SMOGA D'MUDAHKAN OLEH ALLAH SWT
Ibu Mifzal said…
x lama dah tuh alyyani..semoga semuanya selamat ya..
izzahazfar said…
kak..org kata naka no 2 cepat..tp akak lambat gak ehh...sabar tau!
Chik Na said…
nampaknya da dekat la adik Alya nak kuar nih..take care..insyaallah Alya akan selamat bersalin nanti
mamashasha said…
Aku tertanya2 jgak ko ni dah selamatke? Senyap je pas sms smlm..
kalau bersln malam ni or esk ok gak kan takde le wan risau nk blik sini.
Apapun aku doakn segalanya dpermudahkan..amin
Norsyakiela said…
semoga sumenye selamat ye alya...amin...

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku r...

Selamat Tahun Baru 2024

Lama niat nak back to blogging tapi entah apa relevant nya entah. ni terasa nak buat, buat aje lah. Tahun baru, semangat baru, banyak yang nak buat. semoga kekal istiqomah. naik sekolah esok, niarafadel exam mode. sehari dua hari ni baru nak bukak buku balik masing2. for now, mak diorg tak bagi beli apa2 sampai habis exam. biasa nia nak beli buku cite, tunggu sampai dapat exam papers ye nak tengok entitlement.  hari ni keluar jap nak beli groceries. lunch kat Johnny's IOI City Mall, tengah makan, tiba2 nampak retis kegemaran, kak mitch! a good start for my 2024 gitu haha.. betul2 duduk berdepan. menghormati family time dia, kita takde lah tegur ke apa. tapi curi2 amik gambar sebab tak leh tahan teruja benau! izinkan ye. settle makan, beli barang kita balik. petang kita keluar balik mencari gula. apa ke payah nak dapat gula ni? dari IOI ke 99 speed mart ketiadaan gula. esok hunting lagi kat Giant Setiawangsa pulak. balik rumah prepare dinner. sorang nak kerang rebus, sorang nak kopo...