nia dok kat nursery sejak dari habis pantang lagi. so setakat ni mmg aku puas hati dengan perkhidmatan nya. yela, nursery kan. apa yg kite nak harapkan. bukan jaga anak kita je. so aku nak berkongsi info sikit.
kalau ada yang bercadang nak hantar anak korang ke nursery sila jangkakan perkara- perkara ini boleh berlaku pada anak- anak anda eh.
kalau ada yang bercadang nak hantar anak korang ke nursery sila jangkakan perkara- perkara ini boleh berlaku pada anak- anak anda eh.
- selsema batuk itu sangat biasa. dah budak ramai kan. tapi sape yang nak anak dia sakit. so utk precaution parents bole berikan supplement tambahan contohnya scott emulsion. tapi nia jarang demam. sebab badan dia imune kalau demam ni.
- tertukar susu pun pernah terjadi. utk tips, letak susu siap2 kat dalam bekas susu. so bila nak bancuh tuang je ikut sukatan terus kedalam botol susu. jangan lupa labelkan nama dan sukatan air.
- tertukar pampers pun selalu sgt berlaku. kalau dah time semua nak mandi serentak, wajib la cikgu2 ni confuse kan? utk tips, tulis labelkan nama anak kat pampers itu. mmg nampak leceh. tp sangat membantu. sebab nya? kalau anak kite pakai bukan pampers sendiri dah tu bukan dia punye or tak sesuai dengan kulit kan ke susah kan?
- puting susu terkoyak. ini aku syak sebab cikgu2 diorg tak bagi nestum or bubur dalam mangkuk tapi bagi pakai botol. aku syak. tapi aku tak penah tanya. bila koyak je, kekerapan mengganti puting susu tu sangat tinggi.
- tertukar pakaian. ini jarang sgt terjadi. tapi telah berlaku semalam. haaha. tetibe nmpk anak org pakai baju nia. nia lak pakai baju org lain. tips? pesan la kat cikgu diorg jgn la silap amik baju, kalau nak label mcm tak sesuai je.
- kalau tinggalkan napkin atau towel kecik, kebarangkalian nak dapat balik bila nak amik anak kite tuh, adalah sangat rendah. untuk tips, tak yah bagi towel kecik. bagi towel mandi
- kalau bole, cari bag utk letak barang anak- anak kita jenis lain dari yang lain. supaya tak tersilap letak barang. pernah jadi kat nia. tersilap bagi bag pun pernah
- tips yang paling penting, lepas amik anak tu, cek dalam bag dia cukup ke barang- barang dalam tuh.
ni la antara perkara yang telah berlaku kat nia. tapi aku list kan pulak kelebihan nursery nia ni.
- cikgu- cikgu dia sangat baik hati. depan kite la. tp garang tu mesti. tu pasal nia mcm hormat & ikut jecakap cikgu2 dia.
- waktu nursery pun mmg fix so takde masalah kalau masa kite bekerja tu. kalau lebih masa pun diterima. yg penting bayar je
- kalau pagi hantar tak yah mandikan pun takpe. sebab diorg akan mandikan dari pagi smpi la bila kite amik malam da siap utk tido je. tapi aku pagi2 mmg mandikan nia dulu.
- tahap social nia dgn kanak- kanak sebaya dia jadi sgt bagus. nia suka kalau nak berkawan ni. tapi tak mau berkawan dgn org2 besar. maaf ye. hehehe..
- kalau kat nursery, tak pernah lagi berlaku sebarang kecederaan. mmg safety 1st kat situ. bila kat depan mata yg jd macam2. huhu..
- aku dapati banyak benda yang nia buat aku belum pun ajar. contoh baca doa makan sebelum makan. dia yg tunjuk kat kita dulu dia bole buat. maknanya dia ikut masa kat nursery tu la kan?
tapi kalau nak lebih puas hati, aku rasa kita sendiri yang patut jaga anak kita kan? tp kita kena cari rezeki kan di dunia yang eknomi serba mencabar ini. moga siapa pun yang jaga anak kita, anak kita berada dalam keadaan baik dan sempurna. amin...
note ; kalau silap tu, kita tegur cikgu kat nursery dia secara elok supaya diorg ingat dan tak buat lagi. kalau tak tegur, mmg akan jadi balik.. ;)
Comments
rina pon bercadang macam nak tuka je nursery..
haru : takut aku nak tinggal kat ko haru. hahah..
rina : isya skang kat nursery gak kan? harap nursery isya ok la ye. tp bab2 yg alya list tu mmg biasa jadi, kite pun tak leh nak kata ape.
oo nak tuka nursery ke? nape dgn nursery skang?
oya : ko lg best oya, dok dgn mak. aku pun nak... huhu...
1) serpihan kuku dalam mate isya
2) telinga berdarah macam kene korek
3) 2,3 kali terjadi bile balik umah yg mne najis isya dah keing..
4) paling merisaukan macam malas nak kasi susu..setiap kali balik umah mesti susu ade balance 1botol..isya mesti akan hisap jari macam lapo..
tu la, dlm pada tu banyak gak pros nye. mmg nia bab berkawan mmg ok. cuma sebaya dia je la, mcm aku ckp tuh. heheh..
rina : alahai...mcm tu pulak ye. better cari nursery baru tu rina.
mcm nia lak kalau kat nursery banyak makan. tu yg bila malam dia tak mau makan sgt. sebab da kenyang.
tapi ayu ader pengalaman ngeri tau masa hantar aleesya kat nursery...teacher tu masukkan aleesya dalam stroller dia, pas tu masa nak ikat seat belt tu..boleh lah teacher dia terkacip isi perut aleesya..huhubu..sampai ternampak isi...masa tu sedih tul..tu kiranya nursery first class dah tu..(ayu survey habis2san yer coz ayu sgt cerewet bab2 anak ni)
aku pun selesa letak akil kat taska skang ni .rs cikgu2 nye amat prihatin.. wat masa ni akil just dpt dedar2 jek , syukur xdemam ..
pehtu bj ke tuala yg akil pakai diorg akan letak dlm 1 beg plastik terus masuk dlm beg akil.. sonang cite ..
botol air pun aku siap sedia kan ..
aku anto akil pg tu pun mmg x mandi kan dulu , sejuk beb .. sian budk2
alahai.. baju cantek2 kena letak nama.. jadi tak cantek pula... hehe
at least danish ramai kawan n bnyk enda dia leh bljr.. :)
fazilzura : hope taska ni serasi la tuk akil. tak nak ko fobia dgn taska lagi kan? aku sebab gi keje kul 8.30 tu yg sempat nak mandikan nia. lgpun mmg nia mandi time2 gitu sebab sudah biyak. :)
jue : tu la, kalau towel ke ok lagi. tp kalau baju mcm sayang pulak. dulu kan, mak alya siap jahit initial name. lagi rajin. huhu..
ezzah : skang danish dgn dania dok dgn babysitter eh? kalau dah besar mcm danish bole hantar kot. tmbh kawan..
mimiey : pengasuh or taska ada kurang or levih nye kan bak kata ko tuh..
dulu b4 amik bibik, aku ingt nk letak kat umah babysitter jer..
tp syok lak ada bibik ni..
berkilat umah..
:P
alya> janji nia dijaga rapi dan tak de ape2 hal alhamdulillah...
nasib baik ade kwn ofz yg kenalkan dgn pengasuh akmal skrg..
alhamdulillah..ok dan anggap akmal mcm anak sendiri...mmg masa mula2 tu byk benda jugak zah kureng..hehehe...tp lama2 bila zah bgtau apa yg boleh dan tak pd akmal depa ok...ikut ajer..(akmal kan minum ebm so nak handle ebm kena betul2..)
paling best masa akmal 1st time pakai cloth diapers...pengasuh siap ty nak beli utk arwah mentua dia masa tu...
apapun tips akak ni mmg berbaloi baloi...(eh mcm iklan celcom pulak yek..!)
*bile nak bersalin ni..?
tu la mel, so far aku puas hati.
izzah : alhamdulillah pengasuh akmal ok kan?
belum nak kua lagi adik nia ni zah. saba ek! :)
fidah : tu la, mungkin tips2 tu bole membantu kan? tp untungla adriana mak jaga. dekat kan. kalau macam alya jauh..