mastura ni adik ipar aku a.k.a adik wan. selamat bertunang dgn en. syamsul pada ahad lepas jam 3.30 petang. kitorg bertolak ke kedah dari perak jam 7 malam dan sampai di kedah jam 9.30 malam. perjalanan lancar.
sampai je, rumah mertua aku penuh dgn org yg tgh buat hantaran. persediaan yang last minute aku kira telah cukup sempurna dilaksanakan. kerana asalnya pada tarikh tu mas hanya akan dirisik. tapi atas permintaan keluarga pihak lelaki, mereka minta utk ditunangkan terus. tarikh mas dan syam bakal diijabkabul insyaAllah pada 12 June 2010.
mama, nia volunteer jadi penyambut tetamu dgn pengapit cikmas eh. pagi2 dah bangun nak memeriahkan suasana...
persiapan hanya 2 minggu, hasilnya? not bad kan? hantaran dari pihak perempuan yang asalnya hanya 5 dulang da jadi 21 dulang. (teringat masa aku tunang dulu, sampai 42 dulang) sebab ramai yg bagi. itu la adik ipar aku, mastura. mcm muka wan kan? punye la susah nak make-up kan dia ni. sebab dia ni ala-ala boyish sikit. nak pakai baju ni pun dia tak mau dia cakap bekilau2 sangat. nanti syam gelak2. atas paksaan akak ipar dia ni, baru la dia nak. oh the tepak sirih was nicely done by me. :D
rombongan lelaki sampai tepat jam 3 petang seperti yang dijanjikan. belah lelaki org kedah gak. so dekat je la. sidam ke sedim. nanti da kawen, nak balik kampung pun tak yah pening. heheh...
selamat ditunangkan oleh mak syamsul
salam bakal mak mertua. skang baru bole senyum. tadi, kemain pucat muka. baru tunang ni.
cincin dijari menandakan, "i'm single but not available. already booked!"
inilah dia bakal biras aku. biras ke besan ek? tak sure lah. yg pakai t-shirt coklat yang sengih sampai ke telinga tuh. sama cantik sama padan. diorg tak mau lak amik gmbr sekali. ish..
cikmas dgn pengapit yang merengek sebab kepanasan.. mmg cuaca sgt panas haritu.
tak lama lepas tu, family aku lak sampai. diorg dari taiping cousin aku kawen, so dah dekat, singgah la jap. paksu nia yang kalau makan takkan pandang kiri kanan. main dish aritu mee udang yang sangat sedap. mmg favorite aku tuh.
satu- satunya gambar tuan punya blog. tu pun gambar tak senonoh tengah syok bersembang.to my dear mastura, tahniah sebab da selamat bertunang dgn syam. diorg bercinta mmg lama. rasanya sebelum aku kenal wan lagi diorg da couple. semoga pertunangan ni berakhir ke jinjang pelamin. darah tengah manis, dugaan mmg banyak. banyakkan sabar ye. :D
Comments
nur : tq nur..
nyway, slmt bertunang utk adik ipar ko. biras la. bkn besan ok..hee..
heheh.. biras aku eh. :D
lya : kebanyakan nye buah tangan lya. makanan. macam2 design ade. best tgk. tq lya.
alya nyer lagi la...speechless i dibuatnyer. 42 dulang. mak aiiihhh.
nurin masa merisik (takder tunang) i bakul jer. sume sumbat dalam tue hahaaaa...
yer la, klu org tak biasa mekap mmg rasa segan nak mekap tau. tapi lama kan diorg berkawan, insyaallah sampai ke jinjang pelamin.
p/s : cincin dia cantik. dapat dua kan? tue untung ada merisik n bertunang. dapat banyak cincin hehe.
nurin : heheh.. tu la pasal. mmg betul 42 hantaran total.
ooo takde tunang ke? baru tau ni. mmg dia ni susah skit kalau baba2 gini. tp dah big day kena la gak kan. takkan nak asal boleh je kan? mmg lama diorg kawan..
p/s : eh, tak tunang pun bukan kena dpt cincin lg ke masa nikah? biasa org buat gitu kan?
azi : salam kenal.. nama azi sama dgn nama akak alya, azy. hehe.. org utara gak ke? nanti alya singgah ye. :D
mak aii , bnyak nye hantaran berdulang2 yek...
** kahh gambo tuan umh tgh sakan borak.. aduyaii
Creative n sweet!family aku pun sama alyaa adat balas
Membalas hantaran mmg byk.time aku dulu 22. Kazen
Aku 80 ko!mee udang?bile le aku dpt buat sendiri??
Aku soke!!
ala, ko sure bole buat punye la. laksa da terror, ni pulak mee udang. kalau aku ni, sambal udang je reti. hehhe..