wah, lama dah tak jengah blog nih. al-kisah, aku pulang ke kedah sabtu lepas. balik kampung sebelum bulan puasa. sebab bulan puasa kitorg plan tak nak balik kampung. nak stay sini je. rasa penat jalan jauh dibulan puasa nanti tambah2 dengan kerenah nia dalam kete. banyak benda nak cite. aku summarize kan dulu ek cam biasa sebelum cite details..
sabtu 8/8/2009
- kitorg balik kedah sabtu lepas. perjalanan ok, cuma hujan bila da sampai penang.
- wan da mula rasa tak sedap badan bila da nak sampai tuh. mula aku kerisauan. musim H1N1 kan. sape2 bole kena.
- sampai rumah, badan dia jadi panas gile, aku soh dia ke klinik dia tak larat nak drive. aku nak drive pun nanti takde sape nak tgk nia. nia kan tak mau kat org. so bertahan utk malam tuh.
- sepanjang malam dia tak tido. sebab badan panas sangat. dia rasa mcm nak putus nyawa katanya. mana tak risau. so, dengan aku sekali tak lena malam tu
ahad 9/8/2009
- ahad pagi- pagi, wan terus ke klinik. alhamdulillah, bukan H1N1. takde kena mengena langsung. suhu badan pun 37 je. cuma dia jadi lemah sebab jumaat malam tu main badminton non-stop. lega skit kepala otak aku ni
- petang nye kitorg jumpe maklong nia kat sg petani. ade ape? nanti aku cite details ek.
- sebelum balik mencari kek birthday. birthday sape? birthday suami saya a.k.a papa nia jatuh pada esok hari 10/8/2009.
- malam, buat small celebration kat umah. nanti aku buat entry lain. dengan gmbr sekali.
isnin 10/8/2009
- harini genap umur wan yang ke 27...tapi..
- harini, masa lepas subuh, aku rasa kepala aku berat sgt. rasa pusing nak pitam. sah, aku sedang diserang migraine. oh tidak, jgn la sekarang. da la kat umah mertua. sape nak mandikan nia, bagi nia makan sume?
- nak taknak, nia kena dimandikan oleh maktok nye. meraung bagai nak rak. mmg da agak. lepas mandi terus dia landing atas aku. sebab aku mmg takleh bangun. nak bukak mata pun takleh.
- dalam tengah hari, aku da mula recover. jamah nasi skit, besiap2 balik ke kl..
- ondway ke kl, aku pulak rasa tak sedap badan. rasa nak demam. rasa lemah badan.
- sampai kat area umah, terus ke klinik. dekat 2 jam nak tunggu turn. ramai pulak yang sakit.
- demam tonsil kembali! suhu aku 38! agak tinggi tuh. tapi mmg masa pregnant kan nia, aku kerap demam sebab tonsil aku ni. bila la diorg decide nak buang tonsil aku nih.
- malam sampai rumah terus pengsa.
selasa 11/8/2009
- harini aku diberi mc. sepatunya ade meeting, tapi terpaksa di tangguhkan sebab mmg tak larat nak bangun.
- badan masih rasa tak sedap. selera makan langsung takde.
- tepaksa gagahkan diri bawak nia ke an-nur nak sedut gas. batuk dia tak elok2 pulak. doktor cakap getting bad. hai, takpela, janji nia tak demam. batuk tu da biasa.
- lepas hantar nia ke nursery, aku amik peluang utk rehatkan badan. lega dapat tido sekejap. badan pun rasa ringan
sekian hujung minggu kami yang sakit...aku selalu doa, jangan la aku sakit ke pening ke sebab bila aku tak larat nak bangun, takde sape yang bole jaga nia selain dari aku. mmg susah. tapi dalam masa yang sama aku tak nak wan pulak yang sakit, nanti aku susah hati. mcm tu jugak dgn nia. moga kami diberi kesihatan yang baik. amin...
note : this note is special to wana. FYI, aku baru dapat invitation ke b'day izz hari isnin haritu. malangnya majlis nye sudah lepas. aku nak tanya gak ko sebelum tu, adakah nia dijemput. tp macam malu pulak kan. so aku tunggu gak sampai sabtu tuh. bole la singgah sebelum balik ke Kedah sebab kitorg ikut Guhtrie. tapi, apakan daya. takde lagi rezeki den nak jumpa ko & tak dapat la lg anak dara aku nak jumpa dgn anak teruna ko. kite jumpe kat birthday nia je la ek ;) btw, tq so much jemput nia :D
layan la wajah kesayangan mama & papa ni. btw, nia da 2-3 step melangkah. cepat jalan ek nia!
note : this note is special to wana. FYI, aku baru dapat invitation ke b'day izz hari isnin haritu. malangnya majlis nye sudah lepas. aku nak tanya gak ko sebelum tu, adakah nia dijemput. tp macam malu pulak kan. so aku tunggu gak sampai sabtu tuh. bole la singgah sebelum balik ke Kedah sebab kitorg ikut Guhtrie. tapi, apakan daya. takde lagi rezeki den nak jumpa ko & tak dapat la lg anak dara aku nak jumpa dgn anak teruna ko. kite jumpe kat birthday nia je la ek ;) btw, tq so much jemput nia :D
Comments
Hope semua pn OK...
Nia pn dah memulakan step2...
Bila dgr kes H1N1 ni terus bdn aku rasa tak sehat...huhuhu~~~
migrain ni jgn biarkan berlarutan nanti boleh mengganggu sistem peredaran darah dan keseimbangan hormon.
nak tau lebih lanjut nanti jengok-jengok blig link akak. ada tips dan maklumat yg boleh kita kongsi bersama. http://cniforbetterlife.com
akak nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubaraq dan selamat menjalani ibadah puasa dgn tabah dan istiqamah. insyaallah
take care
skang ni kalau rase tak sihat je cepat2lah pegi cek, takut skang ni..tapi seb baik allya & family takde ape2 kan..
hubby rina tu dah baik demam tapi still batuk2 & lemah2 badan katanya..riso gak..
** alahai gebu betui pipi dak nia ni
semakin comel anakmu itew..bilakah ko nak jumpa aku ???
^^ Nnt Nia ok la tue..Nureen dulu pon sama gak cam Nia..bila dh besar cam skrg..suma owg dier dh ok dah..:)
nurin off blogging kt 4-5 hari alya pon sama. dh macam kembar lak kt blogspot nih heheee :D
sib baik korang sume sihat, alhamdullilah...
p/s: nia dh 2-3 step eh? ammar baru 1-2 step, tue pon macam takot jer nk melangkah. tp mmg x mo merangkak jer dh...dok tatih2 jer kat mana yang bole pegang. x sabar diorg nak jalan kn? biar la bole jalan cepat jadi masa birthday diorg bole la berlari2...comeeeellll :D
p/s 2: alya, klu rasa nk borak2 bila senang n nurin login msn add la nurin yer...tenkiu.
lg satu..besday papa nia sama la nga aku..ihik..10/8 gak...
sebulan sekali akan demam sbb tonsil nih.. haihhh..
yg pasti nti update gmbr kiter kat pizza hut...hehe...
to nia..good girl..
comelnya nia apatah lagi dgn lesung pipit dia tu :)