Skip to main content

tag from nurin - beg kerja anda

tag ciptaan nurin. da lama teperap gambar dalam kamera. harini baru berpeluang nak jawab since 2 2 boss tarak. marila makan gaji buta kejap sementara tunggu meeting kul 5 kang.

1. sila ambil gambar beg yang anda bawa ke kerja (kalau ada 2-3 pun, masukkan sekali)

beg kerja aku. selalu tukar mengikut tema baju & mood. ni yang sedang dipakai sekarang ni la.

2. kemudian, sila ceritakan sedikit ape yang terkandung dalam beg kerja anda itu. sila sertakan gambar sekali..(tak payah la kemas beg tuh semata- mata nak go public...:D) kemudian terangkan secara detail isi bag anda.

pandangan dari atas. kedaan dalam bag. beg kerja aku mmg sentiasa tersusun. hehehe... dalam bag aku ni ade 3 main partition.

partition 1 - isi bag aku, ade external hard disk - kalau ade kerja kena buat kat rumah, kalau ade lagu baru yang download kat ofis ;), organizer - jadual & temujanji, notes yang penting dan doa- doa penting semasa mengandung yang perlu diamalkan.

partition 2 - folic acid-1 hari 1 biji, kunci ofis, compact powder, lip balm, lip stick.

partition 3 - kunci kereta, pen drive-'pinjam' pen drive mak aku, minyak angin cap kapak-sekarang kan selalu pening, bekas handphone, bekas syiling - nak bayar parking, wallet

3. nyatakan sebab- sebab anda suka bag kerja anda itu.
kalau bag kerja aku, mesti yang jenis keras, bukan yang lembik- lembik. sebab senang nak amik & letak barang. beg ni aku suka sebab mesra pengguna. nmpk cantik bila nak pakai dgn baju kurung or office wear or casual. so, tak perlu nak tuka2 bag.

4. sila nyatakan kenangan manis atau apa yang istimewa nya pada beg itu pada anda.
takde kenangan sangat. cuma ingat beli bag ni dengan wan. dia yang pilihkan dkt metrojaya mana tah tak ingat.

5. sila tag 10 orang yang lain
1. ina - kalau macam ko, kategori bag sekolah la. heheh...
2. imah
3. cikmas
4. wanie
5. jue
6. suhida
7. tinie
8. kasihryn
9. fazilzurakil
10. nasz

amik gambar beg kerja korang ek!

Comments

nasz said…
lor ade keja rumah. nanti daku buat ye. henpon rosak, tak leh nak snap gambor kat opis...
Gieyana said…
NAsib baik aku x kena..tag ko dulu pon x terjawab lg ha...sowiii...
fazilzura said…
patut le hati aku ni debor2.. rupe nye ado keje skolah uhhuhuhu
Haru said…
nak entry psl nia..nak tgk gmba nia :(
Ummi Nuhlan said…
allyani..utang sat ek....nanti akan disetelkan..tq..
Ummi Nuhlan said…
alyyani: alya...aku sajer share utk hangpa smua..maklum la aku ni xder story menarik mcm korang yang dok dibandar2 besar...shoping....ada salee la..perlis mana ada.. tu yg aku share pasai benda makan jer..ihihi amik la alya..wan mesti bertambah sayang kat ko pasni..sebab byk resepi baru..hihihi

Popular posts from this blog

next year plan

setiap sabtu, aku ada 2 jam available time untuk aku bukak laptop and duduk melanguk menunggu nia adel rafa taekwondo. benor nye boleh je aku nak balik rumah tido ke. tapi nye since rafa pun join, aku kena lah tunggu. dah lah dia paling halus aku tengok. mujur gak dia boleh di terima join sekali. nak cite apa? hentah.. aku tengah busy merangka jadual anak3 tahun depan ni. apa yang aku tengah buat, aku tengah mencari home tutor untuk nia adel rafa. adel pun dah mintak tuisyen balik sebab dia kata asyik kena denda aje sebab buat karangan salah. kat sekolah tak cukup, kena supplement. reason diorg discontinue tuisyen entah, letih kot nak beranta beramik pastu keje sekolah makin menimbun. so rasa nye kitorg hire tutor lah datang rumah. rafa pun boleh quit teacher's yap punya tuition and join sekali home tuition ni. trial start october ni. dah kena prepare untuk next year punya activity. ok, tu aje lah ye? nanti update lagi. aku track balik peristiwa yang belum di capture kat s...

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' me...

FAQ : bila suami bertukar kerja...

semalam wan start keja kat tempat baru. so cam biasa la, new work, new environment, new peoples. soalan- soalan yang wajib tanya oleh para- para isteri adalah seperti berukut ;) sampai kerja pagi tadi kul bape? - 7.45 jalan jem tak? - jem kat ampang je lepas tu terus je. best sebab tak banyak traffic light & roundabout ade work station sendiri tak? - ade, tp pc belum dapat lagi... ke kena share2? - ada sendiri punya la... dok sebelah sape? - dok sebelah pompuan india. pom puan? (lain bangsa, ok kot. heheh.. ) 1 bilik bape org? - mula dok tingkat 3, lepas tu request dok tingkat 2, ramai sikit.. sarapan dengan sape? lunch dengan sape? kat mana? - sarapan dgn lunch dgn budak2 situ la. kat cafe belakang tu. lunch diorg bawak kat tempat lain. semua lelaki ramai lelaki ke ramai pompuan? - sama banyak je.. pompuan muda2 ke makcik2 ke? dah kawen tak semua? - ramai je yang tgh mengandung. tapi ade 2 trainee muda. pompuan. tapi tak cun! (nasib tak cun, kalau cun? berani nak ngorat? over my d...