kepada semua yang mengambil berat pasal nia. terimakasih aku ucapkan. inila gunanya blog kan? tempat meluah perasaan & berkongsi cerita dengan rakan- rakan..
.
ok, pagi ni aku mmg ke office. nia terpaksa la aku hanta ke nursery. tp da janji nak amik nia tengah hari. dengan harapan, dpt la boss approve kan cuti aku. masuk ofis, da tak senang duduk. senang cite, bukan buat keja pun. kepala teringat kat nia je.
.
sebabnye, sepanjang hari semalam, terutama malam tadi, badan nia sangat panas. org cakap, kalo letak telur goreng atas dahi dia pun, bole masak. aku pun tak penah badan panas macam tu. makanya, tido kami pun tak lena. kena sentiasa lap badan nia untuk kurangkan suhu badan. but still, it doesn't works. badan nia makin panas. sampai pagi td sebelum aku tuka baju dia, suhu badan dia 38.6. tak kurang langsung.
malam tadi, nia da takde senyum2 dah. monyok je muka. merengek je. badan panas sangat. bila duduk pun, mcm tehoyong hayang tak larat..
letak cool fever kat dahi & belakang badan dia pun still takde effect...
so tadi, aku masuk ofis, isi leave form, nasib baik dpt boss yg memahami. dia soh aku terus bawak nia gi paed. aku pun terus amik nia kat nursery & bawak nia ke an-nur. boss aku cakap kalo baby demam ni takyah pegi klinik biasa. terus je bawak pegi hospital. lagi la kuat aku nak balik cepat..
sementara menunggu giliran. selalu dapat naik kuda ni, teruja habis. tp bila letak kat kuda, dia monyok je. masa amik kat nursery td, cikgu dia cakap, nia baru lepas muntah. lega bila dpt amik nia awal..
panggil pun tak senyum. time ni suhu badan nia 38.1. masih panas menggelegak lagi. syukur tak lama tunggu giliran, kalo tak sure nia mengamuk.. dr. arbaiyah cakap nia demam biasa cuma ubat yg aku dpt tu dose dia rendah untuk suhu badan nia. thats why, suhu tak turun2. so tadi doktor bagi ubat time tu terus then ade tambahan supplement. sebab nia dok nursery & tbole kata kerap selsema & demam, doktor soh nia makan supplement tu untuk prevent nia kena demam lagi.
alhamdulillah nia da tak demam. cuma merengek je nak bedukung. doktor kata its normal as long dia tak pasif. dia still tau ape dia nak. doktor kata kalo sampai jumaat still demam lg kena datang balik. lega dah satu bab bila badan nia da tak panas. current temp 36.1. harap kekal suhu ni..
note : tq semua yg ambil berat..really appreciate it..
Comments
aku x leh aa tgk baby sakit2 ni..kesian..alhamdulillah la dah beransur pulih...
dik..x yah la ko g bwk die mandi kt swimming pool...air dlm pool tu pun bukannye bersih sgt..tnggu setahun..br leh g berenang...
bos alya tu baikkan.. sangat memahami... company yang alya keja ni melayu @ chinese??
ita : company alya 100% bumiputera. so far, management understanding as long kite tak amik kesempatan. nia jarang demam. tp ni la demam nia yg paling teruk..
Cam ian nyer kes gak nih, gi klinik biasa doktor bg kurang dose. Diorang takut coz ian was born premature so system badan lain sket.. last2 gi PMC gak kitorg. Kena RM300.. Mahal betul anak aku nih.. Hehhehe..
Supplement ape Nia amik weh??
P/s - ko gi tak wedding fa lusa?? ke bergantung pd keadaan kesihatan Nia?
Fad ajak gi reramai pastu singgah PD ke..
cepat2 sembuh ye nak. nanti leh pi jenjalan ngan mama n papa. nia demam nak besar ni
p/s: cool fever tu ok ke? aku dulu pkaikan kat adam camtu je demamnya...last2 aku tuam je ngn air asam jawa..hahahahaha...mandi asam jawa adam..
last month my baby pun kene demam teruk sampai masuk spital...paed sana pesan if anak demam jgn letak kool fever di dahi or belakang badan..ia akan menberi isyarat yg salah kepada otak baby...kata doc tu la..so dia soh lap badan anak di bahagian belakang n kepala (akak basahkan skit kepala anak)..lap setiap setgh jam sekali sampai suhu ok...letak kain didahi jugak tidak digalakkan...
aku gi tp lambat sikit la. da wan keje. ntah sempat ke tak. korg convoy ek? nak gi pd sekali? bes nye! kalo sempat nak join. tunggu aku sampai la weh..
imah : pas ni kena kurangkan bawak nia bejalan. senang sgt sakit anak aku ni. tq imah sebab amik berat :)
sue : mcm2 dugaan kan nak besaarkan anak ni. nak2 time dia baby lagi. harap nia tak sakit2 dah pas ni..
leen : tu la, baru aku tau wei, kalo demam jgn dibungkus budak tu. mmg ajaran songsang la aku dpt ni. kesian nia. patut la demam tak kebah2. aku surf internet baru tau teknik yg betul. tanya doktor pun doktor ckp gitu..
ryn : aku silap teknik. almaklumla banyak sgt doktor tak bertauliah bg nasihat. tq ek
cool fever? tak efektif langsung. buat badan nia lg panas je.
wanie : tu la dia. doktor pun ckp kalo dok nursery ni terlalu expose dgn mcm2. so doktor bg supplement sekali..
mama faris : thx. mmg i buat banyak silap la. anak u smpi kena admit eh? i pun risau takut nia kena admit. tp alhamdulillah, tak smpi kena admit. tq!