aku suka hari sabtu. sebab? aku dapat buat macam2 yang aku nak buat. dulu, penah ofis aku kena kerja hari sabtu, separuh hari. tp tak ingat sejak bila, ofis aku hanya diperlukan bekerja selama 5 hari.
.
.
kalau kena kerja hari sabtu, kesian kat nia sebab kena hantar ke nursery lagi. bila pulak nak spend time dgn dia kan? biasa hari ahad aku dgn wan memenuhi undangan kawan- kawan atau family. mesti ade je aktiviti.
.
.
so harini aku dapat bedua dua-an je dgn nia. wan keja, seperti yg semua sedia maklum. harini la aku bereksperimen membuat menu2 baru untuk nia. dan nia pun dapat extra meal dari biasa. biasa nia makan lunch & dinner jek. tapi harini, meriah la sikit.
.
rancangan di tv pun, sepanjang hari ini hanya channel playhouse disney. dengan tujuan dapat mengalih perhatian nia tidak mengacau aku membuat kerja.
.
aku pun banyak benda yang bole dibuat. dapat kemas rumah tu yg paling penting. since nia rajin menjelajah rumah, aku kena sentiasa pastikan rumah dalam keadaan bersih dan bebas habuk.
.aku dapat masak dalam keadaan yang tenang & tak kelam kabut. tapi, arini stok beras suda habis, tunggu wan balik tapaukan makan je la. malas nak kua. heheh...
.dikesempatan hujung minggu ni gak la, aku pegi singgah umah kawan2 blog nak tgk samada aku ditag atau dapat award. bole aku langsaikan hari ini.
.
dan semalam aku da dapat e-book hartanah yang aku beli secara online. perlu menghabiskan 104 m/s sebelum mengambil langkah seterusnya.
seronok nye hari sabtu kan????
bila aku blend buah epal ni, dia tak mau, bila aku bg sepotong, sedap pulak tgk dia 'makan' = menjilat jilat saja sekadar merasa.
setiap kali nak makan, baju dan seluar perlu ditanggalkan. nia makan comot sangat- sangat.
note : esok mendapat jemputan kenduri kahwin rakan sepejabat di cheras. petang jemputan dari rakan blogger, wanie ke majlis hari lahir anak nye yang pertama, najla..
Comments
allyani...wajib amik resepi cuq badak..hihihi..confirm cik abg suh buat lagi..heheheh
nti nk pinjam buku hartanah ko tu..x pun ko summarize kat aku...cam menarik jer...
imah : haaa.. akan dicuba nanti imah!
ainal : betul sangat la tu. tp kalo bg dia gigit biskut, lg la comot!
jiey : amboi, semudah itu jiey. aku ni buta skit bab2 property nih. kena la bg khatam buku tu dulu. kang buta2 kena tipu..
haru : mat rempit? samseng jalanan daa...
along : ko nak beli umah gak ke wei? bagus2!
ahad pun sonok jgk
pokoknya asalkan cuti memang sy sonok, hihihi ;)