Skip to main content

bila dah lama tak ber-bowling

last sekali aku main bowling adalah pada....aaaaaa........errrrrr.......serious tak ingat bila. aku rasa masa sebelum aku kawen kot. dgn akak aku. sebab lepas aku kawen, aku terus pregnant. makanya, semasa mengandung adalah tidak digalakkan untuk bermain bowling.

masa office aku buat bowling tournament pun, aku da 8 bulan masa tu. jadi tukang amik markah je la. bila da lama tak ber-bowling, wan pun ajak la gi main bowling. keputusan nye? paling teruk dalam sejarah aku main bowling. bayangkan satu game tu dpt 44 je? mak oi, kalo nia main pun dpt markah banyak tau...

tapi aku rasa lane dia pun mcm tak rata la. cewah, menyalahkan lane la pulak kan. yela, asyik masuk longkang jek. sesekali je kena. main ktne? kat bangi superbowl. superbowl la sangat. kat dalam warta tu. kalo baling bola dia, bole begegar lantai. hahah.. sepatutnye nak gi mines, tp mines penuh pulak hari tu..

lane kami, 2 dari hujung, keadaan lane yg aku rasa tak bape beslaa...

tempat baru ni. apsl bising sangat ni mama? nia menjengukkan muka kua dari stroller nak tgk keliling..

antara aksi- aksi wan. dia yg beria ajak sebab da gian. baru lepas bowling tournanment company dia..

wan pun menyalahkan lane yg takbes. tak yah main la kat sini. bising sangat laa..

takut gak bawak nia kat sini. takut dia menangis sebab bising kan. tp dia cool je. jadi teruja tgk keadaan baru kat keliling dia..

nia, skill bowling mama da bekarat sgt la nia...

mestila wan yg menang..dah aku dikira baru buat comeback yg sangat buruk kan. hahah..

score utk 2nd game. sangat teruk!

note : aku tak letak gambar sendiri tgh beraksi sebab nmpk kurang sopan pulak nak letak kat sini..harpa maklum ;)

Comments

azyyati anuar said…
teror tul wan....

smlm aku g main bowling..score aku plng teruk-44 je..

kire aku up sket dr ko la dik...hehe...
azyyati anuar said…
pembtulan..score aku smlm 45..bkn 44...hehe
Ummi Nuhlan said…
wah..nia..pi main bowling ek.
leh jadi shalin nanti
Mrs. Simplicity said…
along : 45??? hahahaha.. sekapal la kite weh...

imah : nia teruja tgk aksi2 org2 kt situ. pelik agaknye tuh...
fazilzura said…
ni apo score bwh 50 jek ni ..
keep praktik okeh . leh lwn "wan" plak
Reena said…
reena lagi la tak reti main....wah..good gal nia...tempat bising pun ok...kalau kelvin...dah satu shopping complx dengar suara dia
Norsyakiela said…
salam,aii alyani...kamoo g men bowling katner ek?bowling bagi area mne ek?warta ker?
Norsyakiela said…
nak tambah skit...td br jek sy g warta ngan kwn...g bli barang skittt,dh dekattt,waaaa leh jumpe nnti....
amal_fc1303 said…
weyh 44 je score ko..
alamak ai jauh beza tu ngan abg wan..
Elyn Sani said…
heheh salah kan lane x lurus ek???

kite pun dh lame x main bowling la sejak preg!! bola ngan kasut pun dh berkarat!!

nk kene asah blk jari jemari ni ekekekke
elani makrai said…
aduhhh, tringin nyer main bowling. last pegi pon x ingat bila. tp memang layan la bowling nie kan?

syok nyer korang. rs nyer ajak hubby nurin mesti dia x mo layan nyer...huhuu
Mrs. Simplicity said…
fazilzura : aku tau ko terror main bowling sama taraf dgn shalin zulkifli kan? malu aku weh. huhu

reena : kelvin tu suka bagi mummy dia glamour la. ajak la hubby main bowling. lama2 mesti suka..

syakiela : alya main kat warta. gedegun gedegan la main kat situ. sakit telinga dibuatnye. sian kat nia... huhu

ina : ko score plg banyak bape weh? sbb aku tak pnh main bowling dgn ko kan

elyn : ade kasut dgn bola sendiri ni mesti professional ni. segan laa.. ;)
Mrs. Simplicity said…
nurin : apsl dia tak layan? ish2.. sesekali paksa dia. or bila ammar besar nanti baru ade gang.. ;)
Jiey^Mien said…
Itu belom aku tunjuk skill lagi tu.. Mau dpt 30 plg tgg.. Itu pun sbb lane tu siyan kat aku.. :P
lamkasorous said…
kite penah maen boling skl ke????
Mrs. Simplicity said…
jiey : salah kan lane jiey, jgn slhkan kite tak terror main. hahaha..

akmal : tak penah kot. bila nak main sekali ni? ko blanje aku...
[I][T][A] said…
bestnyerrrrr main bowling.. ita dah lama tak main bowling..
Mrs. Simplicity said…
ita : sejak ada anak ni mesti banyak benda kite tak buat da kan? mcm alya sejak besalin tak pnh lg tgk wayang.. huhu..

Popular posts from this blog

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' me...

Tips ke MAHA 2010

semua sedia maklum, sekarang sedang berlangsungnya pameran MAHA 2010 peringkt antarabangsa. oleh sebab tapak pameran dia belakang rumah aku je, hari- hari pergi keje mesti lalu, maka kitorg pun tak lepaskan peluang kesana. tapi, entry ke sana akan menyusul lepas ni. sebab ianya masih lagi berlangsung, dan aku rasa ramai yang berminat nak pergi, aku nak share tips ke MAHA 2010 base on our own experience yesterday. ok, lihat dibawah mana tau boleh membantu. sebab masih ada seminggu lagi pameran ni. datang seawal mungkin. jangan ingat rumah ko belakang tapak pameran korang bole expect bole dapat parking dengan mudah. kitorg kua pukul 9 lebih pun, hampir sejam dapat parking. eksyen ye, konon belakang rumah je. kahhhhhhh... kitorg keluar dari MAHA, tgk org parking kereta, sejauh- jauh nya pun ada. sanggup ye diorg. pakai kasut yang sesuai. aku tak recommend la korang ber heels mahupun ber wadges. pakai kasut  / sandal yang sesuai untuk korang berjalan jauh, turun naik bukit. sebab aku...

FAQ : bila suami bertukar kerja...

semalam wan start keja kat tempat baru. so cam biasa la, new work, new environment, new peoples. soalan- soalan yang wajib tanya oleh para- para isteri adalah seperti berukut ;) sampai kerja pagi tadi kul bape? - 7.45 jalan jem tak? - jem kat ampang je lepas tu terus je. best sebab tak banyak traffic light & roundabout ade work station sendiri tak? - ade, tp pc belum dapat lagi... ke kena share2? - ada sendiri punya la... dok sebelah sape? - dok sebelah pompuan india. pom puan? (lain bangsa, ok kot. heheh.. ) 1 bilik bape org? - mula dok tingkat 3, lepas tu request dok tingkat 2, ramai sikit.. sarapan dengan sape? lunch dengan sape? kat mana? - sarapan dgn lunch dgn budak2 situ la. kat cafe belakang tu. lunch diorg bawak kat tempat lain. semua lelaki ramai lelaki ke ramai pompuan? - sama banyak je.. pompuan muda2 ke makcik2 ke? dah kawen tak semua? - ramai je yang tgh mengandung. tapi ade 2 trainee muda. pompuan. tapi tak cun! (nasib tak cun, kalau cun? berani nak ngorat? over my d...