Skip to main content

award day..

hujung minggu yang sungguh santai ini, aku nak melangsaikan hutang2 tertunggak kat kawan2 blog aku ni. kalo nak tunggu lagi, tahun bila pulak nak buat.. so ini la antara award yg aku terima..


award ni ade 4 org yang bagi kat aku. sue, imah, cikmas & chekuna. syarat award ni :

Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini.

suhida

  • muka cute walaupun da ade anak 2
  • ada 2 hero - razzi & izzat
  • kenal melalui m.com, tapi mula rapat kat blog ni
  • tak penah jumpe tapi tau banyak pasal dia. yela, nama pun ade blog. hehe
  • kagum dgn dia sbb dia ni seorg yg sibuk tp dalam masa sama, manage untuk jaga 2 org anak. pulak tu, hubby keje malam. kagum aku sue!

imah

  • kenal melalui m.com gak. (aktif kt m.com) tp rapat kat sini
  • terror masak!
  • kalo nak tau ape2 info pasal kesihatan or wabak baru, tgk je blog dia :)
  • tak penah jumpe gak. nanti alya dtg perlis kite jumpe eh
  • kagum dengan ketabahan dia.. :)

cikmas

  • 1st time cikmas sapa kat blog, tanya pasal printscreen :)
  • fulltime housewife
  • blog yg sgt cantik & tersusun
  • rajin update blog
  • akan kenal lebih rapat lagi dgn cikmas :)

chekuna

  • mama kepada luqman
  • kenal kat m.com gak (aktif kat m.com)
  • tinggal dkt dgn umah aku, bila nak jumpe ni kak na?
  • banyak buat bisnes. antara yg aku tau madu asli. sape nak beli, bole dptkan kat dia ek. (promote ni kak na)
  • tak penah tgk rambut luqman sebab asyik dibotakkan je. heheh..

setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya..

rasa macam banyak kali da bgtau pasal diri sendiri. tapi aku dengan senang hati nak bgtau lagi sekali. syarat kan :)

  1. nama : alyyani anuar
  2. D.O.B : 7/9/1982
  3. P.O.B : HKL
  4. Blood type : O+
  5. Status : Married with 1 daughter (seperti semua sedia maklum)
  6. anak ke : 2 dari 6 beradik
  7. kegemaran makanan : ape2 jenis sup
  8. kegemaran minuman : yg sejuk2
  9. kegemaran masa lapang : rehat, tido
  10. current address : taman pinggiran putra, seri kembanga (jom la jumpe sape yg dekat :)

anda perlu memlih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka :

  1. amalina : tanpa dia, takkan ade la nayville.blogspot ni. sebab dia la yg buat aku nye blog
  2. nurin : ummi kepada ammar. walau tak penah jumpe tapi rasa rapat dgn dia
  3. leen : ummi kepada rayyan. penah jumpe & rasa main rapat skang. ape2 leh cite kat dia
  4. akmal : adik aku yg ade blog sendiri gak.
  5. ita : ade babyG gak. mula dr hrup R gak. mama kepada raisha. rajin singgah kat sini.. :)
  6. jiey : mama rayyan. kawan sematrix yg sgt glamour dlm blogspot nih.
  7. reena : mama to kelvin yg sgt cute. satu2 nye rakan blogger yg berbangsa lain :)
  8. elyn : mummy to wafiq. blogger yg jumpe dulu baru add link kat list :)
  9. oya : ibu kepada darwisy dan bakal tambah lagi cahayamata tahun ini
  10. haru : bakal menantu aku!

note : kalau yg da dpt sebelum ni & da buat, abaikan ok! :)

Comments

Haru said…
argghh nehi..aku ditag gak..hadoii..TAPI part yang bakal menantu aku tu cam bez je bnyi..hehe (^_^)

p/s: 1) Confirm ek ni kak?

2) wajib buat ke tag nie kak?
amal_fc1303 said…
hahahaahha...
la ada dua award kne jawap nie...
Ummi Nuhlan said…
ihihihi...lawak ler hang ni alya. pandai masak ke>>>??/wakakkaka..
aku rasa nak guling2 ni...
serius cakap...aku memang failed sangat kalo masak...eksyen je lebih..hiihih
Mrs. Simplicity said…
haru : ko kan skang penanam anggur terhormat, buat je la. bz beno ke ko ni?

ina : ape jawab2, tepek je laa..

imah : ala imah, malu2 pulak dia. ari2 tgk menu2 menarik kat blog imah tau :D
Haru said…
bz la kak..menjadi penganggur pun bnnyer sng..byk cabaranyer.hehe

p/s:tgh amik lesen kete nie..nnti sy wat
amal_fc1303 said…
award nie dh dijawap.

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku r...

Selamat Tahun Baru 2024

Lama niat nak back to blogging tapi entah apa relevant nya entah. ni terasa nak buat, buat aje lah. Tahun baru, semangat baru, banyak yang nak buat. semoga kekal istiqomah. naik sekolah esok, niarafadel exam mode. sehari dua hari ni baru nak bukak buku balik masing2. for now, mak diorg tak bagi beli apa2 sampai habis exam. biasa nia nak beli buku cite, tunggu sampai dapat exam papers ye nak tengok entitlement.  hari ni keluar jap nak beli groceries. lunch kat Johnny's IOI City Mall, tengah makan, tiba2 nampak retis kegemaran, kak mitch! a good start for my 2024 gitu haha.. betul2 duduk berdepan. menghormati family time dia, kita takde lah tegur ke apa. tapi curi2 amik gambar sebab tak leh tahan teruja benau! izinkan ye. settle makan, beli barang kita balik. petang kita keluar balik mencari gula. apa ke payah nak dapat gula ni? dari IOI ke 99 speed mart ketiadaan gula. esok hunting lagi kat Giant Setiawangsa pulak. balik rumah prepare dinner. sorang nak kerang rebus, sorang nak kopo...