Skip to main content

After 2 weeks ++

Setelah 2 minggu (nak masuk 3) aku memerapkan diri dalam umah je, tak keluar ke mana kecuali pegi dan balik keje, baru la malam tadi aku kua. Itu pun sebenarnya dok cakap kat wan, kalo rajin kita kua ek. Akhirnya kitorg kua gak sekeluarga. Heheh… macam la gi jauh kan.

Kitorg pegi makan malam kat doll tomyam. Location dia? Kat kajang, sebelah je dengan umah arwah atuk aku. Tapi since atuk aku meninggal, takde sape dok umah tu kecuali makcik aku yang kadang2 stay situ. Kat sini specialty nye, service yang pantas dengan makanan yg sedap especially the tomyam. Sangat la sedap.


Da lebih 2 minggu tak bawak nia keluar. Disebabkan nia da 5 bulan, perangai dia pun da lain macam. Tak mau duduk dalam stroller. Nak dipegang. Dia nak bediri. Kalau bole nak makan sekali. Lepas tu tangan tak tau diam. Sume benda nak diusik da dicapai nye. Kene la kami mengambil system makan bergilir- gilir. begitu juga kalau dirumah. aku dgn wan nak makan, nia pun nak join sekali.

mana nia nak makan dulu ni ek, nak makan semua la mama...

tah ape ape la mama ni tak bagi nia makan. nia makan gajah ni kang!

nia takleh makan lagi. nia minum susu je la ek. bagi mama dgn papa makan.

ni gambar anak sape lak ni? budak ni nama nye kasih khalifa (i'm not sure if i spell her name correctly) berusia 1 tahun. family dia dok dpn meja kitorg. sangat la hyper. tgk la tu, tgh dok atas meja. org dok atas kerusi. aku tertarik dengan nama nya. tu pasal aku tempek gambar dia kat sini. 2 3 kali la dia jenguk nia dalam stroller. nia cam biasa buat muka blur.

Comments

Haru said…
siannyer bdk 2..xdpt mkn..hahaha
azyyati anuar said…
kasih khalifah? mak aiih...name canggih tul...muke budak ni mcm minah salleh la..

jauhnyer korng mkn wei...hehehe...
Mrs. Simplicity said…
haru : budak tu kene tgk je la mama dgn papa dia makan. dia x leh makan lagi kan. teliur2 dia. hehehe

along : jauh weh, balik kampung ayah tu. jauh kan? hahahah bole singgah sekali. tolong tgk je la

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber