Skip to main content

fasa mengamuk sakan

dulu, time niadel baby2, kalau diorg menangis tak tau sebab dan punca, mmg nervous la dibuatnya. kalau masa tu kat rumah parents aku, bole jugak suruh ayah or mak baca2. kalau kena kat rumah sendiri mmg cuak lapan lah. mula la kepala ni fikir bukan- bukan. penah la sekali jadi kat adel masa aku baru habis pantang, menangis sejam lebih kot non stop. syukur kat umah parents, ayah la tolong tenangkan.

bila balik sini, sedaya upaya tak kan bagi diorg mengamuk begitu. penah jugak sekali masa wan outstation ke indon, masa tu aku dah balik rumah sendiri, dalam pantang lagi (lepas bersalin kan nia), sebab parents aku pegi haji, ilmu handle anak masih cetek lagi, nia menangis sakan. naik biru la muka aku risau apa yg tak kena. rupanya, buntut dia melecet, diaper yg dia pakai tak serasi. cap apa aku lupa. nak keluar gi beli masa tu wan takde, dalam pantang, so tak berani keluar. bertabah hati la tunggu wan balik lagi 3-4 hari.

kalau nak dibandingkan, antara nia dgn adel, adel ni lagi terror skill mengamuk dia. since lahir lagi. purposely menangis tak tau punca. sekali masa tu lah yg sejam lebih non stop. so masa adel baby, every time dia merengek mmg aku dulukan dia lah. bila makin besar makin ok. 

tapikan, sekarang ni bila akal dah panjang, sel- sel otak dah bergabung, dia kembali pada fasa nak mengamuk saja. tak bole dicuit kakaknya, mesti nak mengamuk. kalau tak dapat buat something, mengamuk. tak dpt apa yg nak mengamuk. amik dari nursery, nampak muka mama dah mengamuk. kira ni fasa dia appreciate dan sayang sgt2 lah kat mama dia kekdahnya.

entry ni ditaip bila adel dah tido baru lepas mengamuk. kadang dah pujuk pun dia mengamuk jugak. kalau tgh berjaga manageable la. ce kalau tgh tido tetibe mengamuk, mula la kan fikir macam- macam. tp bila dah ber anak 2 ni, rasa dah bole handle. tak lah cuak 8 lagi bila anak mengamuk. tapi adakalanya, ada kerisauan bila anak2 ni mengamuk. selalu aku anggap diorg mimpi buruk je kot. wallahua'lam...

amukan kalini, berpunca dari adel yg tak pandai nak tiup wisel. lepas tu mengamuk marah kan sape tak tau lah. kadang penat gak nak melayan, tu bia kan kejap. sebab kalau dukung pun tak jalan. geram sgt nampaknye. ni bukan nangis ye, tp mengamuk. kalau nangis ada air mata nye. ni nan ado..

check diaper, clear, so diagnose kali ini adalah dia mengantuk, nak tido, tp paksa diri nak main, bila bagi susu, mengamuk lagi. tukar channel baby tv, baru nak lena. bila ditepuk pun marah. semua serba tak kena...

penat mengamuk ke memang dah sedia mengantuk ke, tak dapat nak dipastikan. yang pasti, bila dah besar2 gini punya amukan, sebabnya perhatian nak ditumpukan ke dia je. kadang kena tahan apa yg kakak dia nak, sebab nak elakkan adik dia mengamuk. macam- macam..

note : sentiasa ingat setiap kali ada waktu2 yg niadel menangis sakan... mujur lah bukan selalu..

Comments

Gieyana said…
kerenah anak2 macam2 kan..kdg2 penat sgt..tp bila kita marah rs kesian sgt psl diaorg budak2 n x tau apa2 kan..
Mag said…
maryam pernah nangis non stop nak dekat sejam masa die baby sangat dulu2 masa baru balik kl. rumah lama kene tinggal kut. puas baca ayat2 yang ingat..gelabah dua laki bini. lama2 stop. takut!
tahap ngamuk tue kdg2 mmg tahap kurang sabar da.. hehe
Ieja said…
ku kalau dania ngamuk.pujuk tak jln..ku plak rasa cam nak ngamuk sama...heheeh...

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber