shopping ubat

org lain harini amik kesempatan shopping raya sementelah tak puasa lg. kitorg pun mmg gitu la plan nye. tp end up, keluar masuk klinik je harini. malam tadi, mata adel berair then kua taik mata yg banyak. non stop. putih mata tak merah. so tadi, kitorg bawak dia gi klinik pakar mata kat serdang nak tau apa masalahnya. 

sampai ke pakar mata, teruk sgt ke? apa jadi. actually base on experience jugak la. last year masa bulan puasa nia ada kena infection kat mata dia. kitorg pegi klinik biasa, doktor kata sakit mata yg mata merah tu, letak ubat, tak elok pun. lepas tu pegi pulak az-zahrah, doktor kata kena refer pakar mata. pakar mata takde pulak weekend. so kitorg terus google eye specialist yg berhampiran. kat serdang mmg ada, tp hari tu tak bukak, so kitorg ke kajang sentral, ACS  eye specialist. 

so, utk mengelakkan kejadian last year berulang, kitorg terus walk in ke pakar mata. masa sampai je, turn kitorg sejam setengah lagi. dgn tak lunch nye lagi, kitorg register, keluar balik gi jusco lunch kat kenny rogers then pegi ke klinik balik.

ni nia masa kena sakit mata last year. dah nak raya time ni. mcm2 dugaan. bole baca kat sini. tu yg nak letak gmbr ni kat last year entry. dia bukan sakit mata yg merah tu, tp bengkak. ada infection kat kelopak mata dia. ni masa nak tunggu turn jumpa doktor. bejanggut jugak nak tunggu turn time ni. mujur la puasa, melepek je la tunggu.

kitorg ke sini. dekat area pekan cina seri kembangan. ingat takde org, bila masuk, bederet nak menunggu turn. kalau nak dtg weekdays kena upon appointment, sabtu pulak utk walk in patient. ahad pulak tutup.

mata adel yg ada infection tu. kalau sakit mata biasa, dia merah kat putih mata. ni takde. air mata tu sebab nangis, tp sebab sakit mata tuh.

kitorg ada sejam je nak patah balik ke klinik. tp malangnya kat kenny rogers pack pulak. penuh. mujur gak dpt tmpt. food pun dpt lambat. sabajelah

mujur jugak la niadel berada dlm keadaan terkawal time ni

baby chair pun dah habis. makan la sambil beriba

nia dgn mac & cheese nye..

2.30 gak kitorg sampai. org tak ramai sgt. adel pun dah tido time ni. nia cam biasa, keje2 menyusun sedang dilakukan. hasil dari perjumpaan dgn doktor, doktor tu cakap mata adel ada kena infection. dari mana bole dapat? mungkin dari taska. ni bukan yg kalau tgk, bole berjangkit, tapi kalau sentuh mata dia dgn tangan, then tangan kita lak sentuh mata, insyaAllah bole berjangkit. so tangan kena dalam keadaan betul2 bersih bila handle mata adel. so dapat ubat sapu dgn ubat titik. selasa depan dtg jumpa doktor balik. doktor nak tgk ok ke tak. sebab budak tak reti komplen katanya... 

berikutan dari jangkitan kat mata tu, bole menyebabkan adel demam. dah demam pulak dia. bole tahan gak panas badan nye. sebab klinik mata hanya ada ubat mata je kot, pegi pulak klinik panel kat fazliyana nak amik ubat demam

bukan saja adel, nia pun jumpa doktor jugak. dia batuk dgn selsema. tp tak teruk mana. masih lebih aktif dari biasa. nak kena monitor adel je la. 

kalau org keluar masuk shopping mall shopping raya, kitorg lak keluar masuk klinik, shopping ubat! syukur lah kena time weekend..

8 comments:

amal_fc1303 said...

lepas sorang2 sakit nye ye.

Princess Solehah said...

semoga niadel cepat sembuh ya :)

nome said...

Lahai semoga adel cepat sembuh...insyallah cepat elok tuh :D

Ryn said...

Semoga niadel cepat semboh..msih ada ms utk shopping..

alyyani said...

Farah Shamsudin has left a new comment on your post "shopping ubat":

huhu.. nak buat cemana kan.. syukur kena masa maknya cuti kan?

harapnya cepat sembuh ye..

Elyn Sani said...

Takpe beb demi anak2, shopping kat klinik pun aku redha. Ko nk shopping time weekdays je la. KL sesak cam tiada hari esok org shopping wei!!

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

alahai..kesiannya niadel..apa2 pun semoga cepat embuh yer..utk alyya, semoga tabah menjaga anak2 yang sakit mata tu..

yantie said...

same la kite alya... yanti pun shopping ubat utk danial gak. sbnarnya dua2 demam..termasuk en.suami skali. tp danial paling teruk demam panasnya... asyik merengek je. manjang nak melekap atas dada kite. udah le suhu bdan dia pnas. kite pun tak tahan. muntah2...kesian tgk danial demam kali nie. hope adel cepat sembuh...

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in