hujung Ramadhan yang penuh dengan dugaan

salam. lama tak masuk sini. macam- macam jadi kat kami sekeluarga (read : family + saudara mara) membuatkan aku sangat busy dan tak duduk rumah. plan asal nak kemas rumah on weekend end up semua tak jadi sebab kitorg takde kat rumah.

kat ofis kerja bertimbun. selasa malam dah nak gerak balik kedah. rasa macam semua tergesa- gesa. apa jadi pada kami minggu ni?
  • jumaat lepas balik kerja terus ke empire nak berbuka gang sekolah + maklong nia & adel turun dari kedah. sebabkan rumah kitorg agak jauh nak ke empire tuh, menyebabkan azan maghrib masih lagi stuck kat jem. en suami dah tension. sebab melayan bini dia punya request. mujur la sampai jugak before 8. huhu..
  • siang jumaat tuh, masa aku tgh busy kat ofis, dapat call sampai 8 ke 9 m.called dari mak aku. aku dgr hp dlm bilik, tp tak sempat nak angkat. sekali wan call. ada berita mengejutkan dimana cousin aku yang sedang menunggu hari nak bersalin, anak dia meninggal dalam perut. besar sungguh dugaan dihari jumaat tuh. tambah pulak di bulan Ramadhan. sepatutnya lepas ke empire nak visit cousin aku kat PPUM tp tak sempat sebab malam takleh melawat. al-fatihah..
  • sabtu aku lebih sibuk. pagi- pagi kitorg google eye specialist sebab mata nia masih bengkak. bila kitorg tgk, dalam kelopak mata atas dia macam ada selaput putih. risau betul. kitorg pun call dan klinik bukak sampai kul 12. berdesup la ke kajang sentral. sebab walk in je, berjanggut la menunggu turn. 
  • lepas settle kat eye specialist tuh, kitorg balik rumah terus siap tukar baju raya tahun lepas then gerak pulak ke PPUM. dpt berita yg cousin aku dah bukak 8cm. masa ni, aku dah mula rasa lain macam. virus tonsil kembali lagi. buat aku demam. yaAllah rasa dah nak bukak puasa time tu, tp aku gagahkan jugak. mujur jugak ada akak aku tolong dukung adel. sebab mmg rasa nak tumbang. tp program still on ke PPUM
  • lepas ke PPUM tuh, bergerak pulak ke ampang sebab ofis aku ada buat buka puasa kat Kelab Darul Ehsan. time ni, mmg aku dah tak larat sgt- sgt. tunggu buka je terus telan ubat.
  • malam tu ada jumpa sorang blogger tau
  • ahad pagi td pulak, pagi- pagi dah dapat call aku diarahkan menunggu cousin aku yg dah selamat deliver. family dia semua balik kuala selangor nak uruskan jenazah. berdesup ke PPUM balik. time ni aku dah siap- siap makan ubat time sahur.
  • lepas dekat 5 jam kitorg tunggu, then cousin kitorg sorg lagi lak tunggu. kitorg ke midvalley. wan tak beli baju lagi. then ingat nak gi beli langsir dgn bekas kuih raya. time ni aku dah rasa seram sejuk balik. aduh, demam datang balik.bila wan tgk aku dah bersila kat lantai, terus je balik. singgah ke param wan beli makanan. terus aku tido sampai nak berbuka td. ni dah makan ubat, baru rasa lega. 
so, hari jumaat, sabtu, ahad mmg takde kat rumah. harap esok takdelah jadi lagi demam aku ni. makin parah lak tonsil aku ni. rasa nak buang je. sebab sebulan sekali mesti jadi mcm ni. dugaan betul di hujung Ramadhan ni. harap aku dapat settle kan apa yg aku nak buat before balik kampung ni.

semua point kat atas akan aku cite detail kat next entry ye..

12 comments:

iCaLoVeZiE said...

Ya Allah, sedihnya.. takziah pada cousin ya.

Yu'xan Lee said...

Sabar byk2 yea alya, byk sungguh dugaan bulan2 Ramadhan nie..

Zura doakan alya cepat sembuh la lgpun paham la sgt nak dekat2 raya nie kan kalo tak sihat mood pun takdo....

Peluk cium untk si comel adel si ngan nia k..

haszuraidah ishak said...

semoga cepat sembuh & salam takziah buat cousin..akan ade rezeki yang lain..

Iela Fazielah said...

takziah pada cousin.. i can feel it.. alyyani mkn antibiotik tak.. hopefully cepat sembuh

LYaFRINA said...

mcm2 alya.. byk2 sabar yer.. alya tau x ank shida ofismate lya tu.. suspek talasemia.. skarang dh diwarded.. mmg pucat sgt muka ank shida.. dugaan tu... kelmarin dh masuk drip, mybe utk masukkn darah..

alya pon byk2la rehat..nnti nk beraya dh x larat... takziah gak buat cousin alya tu.. lya dpt rasai kesedihan tu..

lya pon demam gak..on/off..

take care yer

SALAM AIDILFITRI DARI LYA & FAMILY
MAAF ZAHIR & BATIN.

az rina a.k.a jaijina said...

rina bace n3 alya pon macam dah penat..tp yg alami lagilah penat kan..

takziah buat sepupu wan yg kehilangan anak dalam perut..kenapalah agaknye tu?

hope alya cepat² sembuh dari demam ye..kene tonsil ni bahaya kan? boleh demam tak bangun²..

mamashasha said...

Alya, besar dugaan ko kan.penatnya weekend
Korang lebih hebat dari yg aku sangka.

Takziah buat kazen ko, sedihnye dh la anak
Sulong.harap dia cepat cool down..redhakn pemergiannya
Ke syurga..

Hectic kan dgn ko sakit2, family pulak ada
Kecemasan mcm ni dgn nak settle tuk raya lagi..

Apapun slow and steady ye, makanla ubat kalau
Terpaksa alya..get well soon.

nome said...

takziah buat kazen ko dan keluarga....hebat sungguh dugaan dia...Al Fatihah..

utk ko plak, aku doakan semoga ko cepat2 sembuh k...dah la esok nak balik kg...dgn x sehat lg nih...get well soon k...

sempat lg nak cari baju wan...lagi2 nak dekat raya...sure lagi murah...

AieZa said...

sabarlah.. insyallah ada rezeki dr NYA di kemudian hari..

ko tak sihat tu.. elok la bawak2 MC esok klu xlarat.. leh la berehat.. budak2 anta la nursery..

MamaBalqisJournal said...

Ya Allah besarnya dugaan your cousin. Allah betul2 sayangkan dia.

anyway do get some rest..sakit2 nnti tak best nak raya.

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

takziah utk cousin alyya

Fieza said...

hmm mungkin ada hikmah dengan apa yang berlaku alyya..takziah buat cousin..Aper2 pun lupakan kesedihan n sambut raya dengan lebih gembira dan bahagia k

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in