- dulu aku nakal. selalu kena marah dengan mak. bukan takat marah, rotan, getah paip semua penah rasa. nakal kan aku? tapi semua tu nak buat aku jadi 'orang' mak cakap...
- dulu belajar pun tak bape pandai, nak exam mak la tunggu aku duduk semeja suruh aku baca buku. kalau tak, mmg tido dgn tgk tv je kot. mak cakap, kalau tak belajar, tak kemana ko esok...
- dulu buat kerja rumah puas kena suruh. dari kecik dah kena buat keje rumah. dajah 6 dah kena masak. mak cakap benda- benda ni takde sape nak ajar esok. esok dah besar tak tau nak buat apa. semua nak harap orang...
aku bukan pandai, tak pernah terfikir pun akan masuk universiti. perangai lagi la. dah tu pulak kuat melawan. apa yang aku nak semua nak mak tunaikan. masa tu, tak fikir susah senang mak. apa yang nak, semua mintak. tapi bila dah jadi mak, baru la rasa apa mak rasa. dari nak mengeluarkan kita mak dah rasa sakit nya. sampai la kebesar.
apa yang mak aku buat dulu takkan aku lupa. buat aku jadi insan berguna. kalau tak, tah apa jadi kat aku sekarang. apa pun yg mak buat, aku tau sebab mak sayang anak- anak nya. mak nak anak- anak nya jadi mcm dia malah lebih baik lagi.
syukur aku punya mak macam dia. aku nak jadi mak macam mak aku. aku nak didik anak- anak aku macam mak aku didik aku. aku nak beri yang terbaik untuk anak- anak aku macam mana mak aku bagi kat aku. terima kasih mak atas semuanya. tak terbalas didikan mak dengan wang ringgit. doa untuk mak sentiasa ada dalam solat adik. semoga mak sentiasa dilindungi Allah. selamat hari lahir mak. adik sayang mak!
the one and only puan hajah rokiah haji mustafa...she turns 53 today!
Comments
Dgn aku! Pantang disuruh mesti kena bebel 5x baru buat keje!
Pengorbanan mak-mak kita terlalu besar nk dinilai! Alhamdulillah
Hasil bebelan mak dulu kita menjadi.utk pn hajjah rokiah semoga dipanjangkn
Umur dan dimurahkan rezeki..
samala.. time kecik dulu lya pon notti sgt2.. smua nk suh org ikut kepala j..
ni bila dh besar n ada ank baru tahu betapa besarnya harapan ibu pd kita kan.. mcm tu juga kt harapkan utk ank2 kita ni...
" selamat menyambut ulangtahun kelahiran buat mak alya. smoga d kurniakan kesihatan y baik berpanjangan. amin. "
begitu syahdu entry nyer...
happy birthday mak...
bed : bed, hp aku buat hal lg. kena soh tukar bb kah? kahhhhhhhhhh... tu ah bed, bila ingat2 balik, degil nye aku. ni nia dah buat perangai aku kita dah ilang sabo. belum diorg besar lg. mcm tu la mak kita rasakan. ish, mmg tak terbalas kan bed. thanks bed!
lya : tu la lya, dulu buat apa tak fikir susah senang mak. order je. skang dah kena sara diri sendiri baru la ta kan. thanks lya :)
ina : ha utk ko la gak ni. tgh blaja lg jgn mintak2 je. hahaha...
minx maaf le dulu penah merotan.
sempena hari jadi yg ke 53 nei mak minx ampun apa yg penah di buat dulu.
mak pon nk wat yg terbaik utk opah.
moga panjang umur,diberi kesihatan, dan dimurahkan rezeki..
*cam kakak n adik laa..muka iras2..:)
to auntie, semoga panjang umo dan kekal cantek sentiasa...ekeke...
aku soker gambo 3 generasi tuh...