Skip to main content

happy birthday mak!

  • dulu aku nakal. selalu kena marah dengan mak. bukan takat marah, rotan, getah paip semua penah rasa. nakal kan aku? tapi semua tu nak buat aku jadi 'orang' mak cakap...
  • dulu belajar pun tak bape pandai, nak exam mak la tunggu aku duduk semeja suruh aku baca buku. kalau tak, mmg tido dgn tgk tv je kot. mak cakap, kalau tak belajar, tak kemana ko esok...
  • dulu buat kerja rumah puas kena suruh. dari kecik dah kena buat keje rumah. dajah 6 dah kena masak. mak cakap benda- benda ni takde sape nak ajar esok. esok dah besar tak tau nak buat apa. semua nak harap orang...
aku bukan pandai, tak pernah terfikir pun akan masuk universiti. perangai lagi la. dah tu pulak kuat melawan. apa yang aku nak semua nak mak tunaikan. masa tu, tak fikir susah senang mak. apa yang nak, semua mintak. tapi bila dah jadi mak, baru la rasa apa mak rasa. dari nak mengeluarkan kita mak dah rasa sakit nya. sampai la kebesar. 

apa yang mak aku buat dulu takkan aku lupa. buat aku jadi insan berguna. kalau tak, tah apa jadi kat aku sekarang. apa pun yg mak buat, aku tau sebab mak sayang anak- anak nya. mak nak anak- anak nya jadi mcm dia malah lebih baik lagi. 

syukur aku punya mak macam dia. aku nak jadi mak macam mak aku. aku nak didik anak- anak aku macam mak aku didik aku. aku nak beri yang terbaik untuk anak- anak aku macam mana mak aku bagi kat aku. terima kasih mak atas semuanya. tak terbalas didikan mak dengan wang ringgit. doa untuk mak sentiasa ada dalam solat adik. semoga mak sentiasa dilindungi Allah. selamat hari lahir mak. adik sayang mak!

the one and only puan hajah rokiah haji mustafa...she turns 53 today!

Comments

Anonymous said…
Happy Birthday to Mak ally..semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan..Amin
mamashasha said…
Kali kedua komen wei..sabojelah..sgt syahdu n3 ko ni! 2x5 je wei
Dgn aku! Pantang disuruh mesti kena bebel 5x baru buat keje!
Pengorbanan mak-mak kita terlalu besar nk dinilai! Alhamdulillah
Hasil bebelan mak dulu kita menjadi.utk pn hajjah rokiah semoga dipanjangkn
Umur dan dimurahkan rezeki..
LYaFRINA said…
alya..
samala.. time kecik dulu lya pon notti sgt2.. smua nk suh org ikut kepala j..
ni bila dh besar n ada ank baru tahu betapa besarnya harapan ibu pd kita kan.. mcm tu juga kt harapkan utk ank2 kita ni...

" selamat menyambut ulangtahun kelahiran buat mak alya. smoga d kurniakan kesihatan y baik berpanjangan. amin. "
amal_fc1303 said…
tu la pasal nyer..
begitu syahdu entry nyer...
happy birthday mak...
Mrs. Simplicity said…
elly : thanks elly! :)

bed : bed, hp aku buat hal lg. kena soh tukar bb kah? kahhhhhhhhhh... tu ah bed, bila ingat2 balik, degil nye aku. ni nia dah buat perangai aku kita dah ilang sabo. belum diorg besar lg. mcm tu la mak kita rasakan. ish, mmg tak terbalas kan bed. thanks bed!

lya : tu la lya, dulu buat apa tak fikir susah senang mak. order je. skang dah kena sara diri sendiri baru la ta kan. thanks lya :)

ina : ha utk ko la gak ni. tgh blaja lg jgn mintak2 je. hahaha...
mak said…
terima kasih...
minx maaf le dulu penah merotan.

sempena hari jadi yg ke 53 nei mak minx ampun apa yg penah di buat dulu.
mak pon nk wat yg terbaik utk opah.
Gieyana said…
hepi besday utk mama ko yer Alya..mmg seiras uols..:D
OneSimpleMother said…
hepi bufday auntie.. smoga sihat2 dan murah rezki selalu.. cantiknya gambar 3 generasi tu.. :D
Ztee_Azwanis said…
alhamdullilah... sedih, hepi, taching, smua ada....
salam, alya... hepy besday tuk ur bonda...bonda kamoo sungguh cantekk
Sricahaya said…
selamat hari lahir auntie..
moga panjang umur,diberi kesihatan, dan dimurahkan rezeki..

*cam kakak n adik laa..muka iras2..:)
nome said…
alya, baru aku pasan mak ko pun ada jenguk dan balas komen kat blog ko...best2..cayaklah auntie!

to auntie, semoga panjang umo dan kekal cantek sentiasa...ekeke...

aku soker gambo 3 generasi tuh...
Mag said…
huhu..kenapa panggil adik?alya ramai adik lagi kan?=p boleh tak xde kene mengene ngan entry pon komen. hehehe

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber