Skip to main content

1 Syawal...

yeay hari raya! sebelum tu, entry ni gambar dia banyak skit, harap korang tak muntah ek. heheh... tahun ni raya lebih bermakna sebab 1st time beraya dengan nia & berada dekat dengan keluarga.

pagi- pagi lagi dah dengar suara ayah kitorg soh cepat- cepat siap nak gi semayang raya. ayah cakap, aku tak yah gi sebab nak jaga nia. aku lak berkeras nak pegi sebab aku cakap nia kalau time aku semayang akan dok diam.

maka tahun ni, aku berjaya semayang raya! hehehe... bangga tau. sebab siap bawak anak kecik + tak bising langsung. duduk diam je dia. bagus anak mama ni...

baju kurung pertama nia buatan opah nia. rambut belum touch up lagi tu..

macam ni la kalau nak ikat rambut nia. kena ada assistant. kalau tak, tak jadi la tocang 4 aku kat nia ni. uncle ainal tengah mengalih perhatian nia. kalau tak, dia tarik rambut dia tu. getting ready for photo session...

kami bertiga, happy dihari raya... :)

papa & nia...

mama & nia...

kami berenam. tahun ni lengkap berenam...

family portrait 2009 minus wan as he's the one who's taking the pics.

adegan bersalam- salam pun bermula. ni sebahagian gambar. kalau nak letak sume, korang tak larat tgk pulak. nia salam maklong sebab maklong bg duit raya. heheh...

along salam mak dgn ayah. kitorg yang da keje pun dapat duit raya dari ayah. wan pun dapat duit raya gak.

ainal salam dengan kitorg lak.

ina salam mak dgn ayah...

yan salam mak...

aku suka sangat tgk gambar ni. sebab tgk nia melopong masa aku bersalam dengan wan. hahaha

selesai adegan salam2. kitorg terus gerak ke rumah opah. tak sempat nak snap banyak gambar sebab kitorg da lambat sgt nak ke umah opah. sampai je umah opah, org lagi ramai. semua berebut nak dukung nia, nia pun menangis la kejap...

sebahagian dari saudara mara yang cuba nak bermesra dengan nia...

yang bukak kedai brooch pun ada. time ni pun laku sebab duit raya tengah banyak kan. heheh

aktiviti seterusnya jalan beraya dikeliling kampung rumah opah sedara. duduk berdekatan je so takyah naik kete, jalan kaki saja...

ni rumah yang ke-3 kitorg beraya. perut makin ketat, kain makin sendat. makan sampai buncit

kitorg cover 5 rumah haritu. bayangkan betapa penat nye kitorg especially nia. nia sampai tetido kat 2 rumah terakhir tu. setel dekat kul 4. kitorg terus balik rumah sebab malam diorg nak beraya & dinner umah kitorg lak. mmg penat tapi seronok dapat jumpa semua...

Comments

Norsyakiela said…
waaaaaaaaaaa,meriahnye raya taon nie,pink kaler lg,nia pon comeiii,smpai 5buah beraya???waaaa,happy gler,kila pon 3 buah umah jek pegi beraya,tue pon dh xlarat,hehe
LYaFRINA said…
waaa...dh ade n3 raya.. lya xsempat g nk publish... upload sket2 .. msti byk nia kutip duit raya erk.. comel rmbut nia toncang g2... or org trg kate.. ikt rambut pokok nyiur (pokok klapa)...
Jiey^Mien said…
huhuhuhu.. aku jeles!!!
takpe.. takpe.. tahun depan lak raya kat kampung aku..
mokcik posing habis2 nanti hokayy..
=)
ada. said…
wow.terer giler nia dok diam jerk.
salute la dengan mama dy.
pandai train bby;D
Ummi Nuhlan said…
wah...nia pakai baju kurng,,sangat shantekkk..
tomei...

alyyani..memang meriah kalo anak ramai...tapi tu la..org lani xleh anak ramai2..nanti xceluih kete..heheheheh
tapi sebenarnya adik badek ramai yang syiok...aku 7 beradik
Gieyana said…
Selamat Hari Raya Alyya..syoknya korang raya ramai2..hiks!

Comeyy jer si Nia pakai baju kurung tue..:)
Mrs. Simplicity said…
firsya : mmg flat la ari raya pertama tu. smpi ke tgh malam baru dpt rest. sengal2 badan. nia pun nmpk keletihan.

lya : jenuh gak nak select gambar lya. asyik edit post ni banyak kali je. waa.. tahun ni nia nye duit raya agak lumayan. cewah.. yela, tak mcm masa kite dulu. tmbh2 nia cucu sulung family kan :) nanti lya upload gmbr raya lya lak ek. nak tgk pulak!

jiey : aku pun cam terfikir, apsl kat umah sendiri je nak posing abis2an, kat umah mertua tak leh ke? adekah segan atau bukan tradisi family mertua bergambar cm gitu? sebab sama kes gak dgn aku ni ;)

ada : tu nasib dok diam. kalau tak, dia ikut tertonggeng sekali ala2, tgh bersujud. kalau buat gitu, mmg makan space la. hahaha... tapi dia takkan nangis la..

imah : suka gak aku tgk nia berbaju kurung. tp sian gak sebab raya pertama kan panas terik. berpeluh gak budak tu nak kena bertahan smpi ke petang...

p/s : ala imah, bole je nak anak ramai, la ni, org dok angkat mpv je. hehhe...

gie : selamat ari raya utk ko gak! ko raya tak beramai- ramai ke gie?

baju kurung buatan opah nia tu..
LYaFRINA said…
okehhh... on d way upload... Tension gak.. ade tdelete la mse nk edit.. hahaha... zaman kt dulu dpt duit raya rm 1.00 tu dh kira byk. Atleast duit raya ni blh la buat simpanan utk mse dpn ank2 kt..
Chik Na said…
Comelnya Nia pakai baju kurung ..
Alya... napo still xnampak perut lagi nieee...??????

confuse laks den... dah 5bulan da kan..???
Ryn said…
memg meriah...time ni pn nak jumpe sedara mara kan...best sgt2...

p/s : nia, cute bangat seh...mcm wanita melayu terakhir gitu...
Elyn Sani said…
ha hambik ko ketat perut hihih...... btw baju ko cantik la!! jeles haku hihihi
elani makrai said…
alya, btul la...dh masuk 5 bulan kan? mana pewot kamu itew... nurin dari dulu dok usha pewot alya jer...

ish, nia sama ngan auntie nurin la, berbaju cotton. selesa alya wlupon panas tau. hehee best nyer raya korang. habis meriah... sakannnn i jeles uuuu... hehe
Mrs. Simplicity said…
lya : betul tu, walau banyak or sikit ke, tetap bukan duit kita, sebab tu untuk masa depan anak kita :)

arissa : tu la kak, suka tgk dia berbaju kurung. tp takleh pakai lama la sebab susah dia nak melasak. heheh..

jue : ramai yg confuse jue. ticker kat sebelah tu dah 20weeks. siap org bole lupe yang alya ni pregnant.

kasih : ryn, mmg best bangat! penat pun tak terasa kalau da berkumpul ramai- ramai tu...

elyn : nasibla baju aku getah sumenye, kalau pakai cangkuk, confirm kena bukak cangkuk nye. hehehe.. ala, baju ko pun cantik jugak ok! siap sedondon anak beranak..

nurin : kalau pakai baju mmg tak nmpk lgsung nurin, tp kalau tak, paham2 la. heheh...

yup2, mmg mak alya carikan baju cotton so that dia tak la panas. cuma rimas je kot. tapi still bole bertahan smpi ke petang tau :)
wah meriahnyer...sonok tau beraya dgn keluarga dan sedara mara

aku jiles..aku sedih sbb beraya dgn MIL..hukhuk

nangis
Mrs. Simplicity said…
tinie : takpe tiie, kita yg da kawen ni, kena ingat. kalau tahun ni kat umah MIL, bayangkan tahun depan nye turn kita lak bergembira sebab dpt dekat dengan keluarga kite. aku buat camtu je. tapi tak la sedih sgt kalau berjauhan dgn family. lumrah dah berumah tangga kan... :)
azyyati anuar said…
first raye begitu memenatkan...tp enjoy la jugak...

yg best..dpt duit raye dr ayah...hehe...
Mrs. Simplicity said…
along : itu la pasal. yg tak tahan, wan pun dpt duit raya gak tu. hahaha..
elani makrai said…
alya, pape pon korang nyer raya mmg meriah sakan...my raya used to be like this...
Mrs. Simplicity said…
nurin : itu masa bujang kan nurin? takpe, i paham sgt... hopefully 1 day nurin dapat berhari raya pertama dgn family nurin sendiri...insyaAllah, mesti yakin ok!

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

HFMD dan Young Living Essential Oils

Sebelum tu nak bagitau, semua cerita pasal penggunaan produk Young Living Essential Oils  dalam ni adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Andai kata ada EO lain yang even aku tak pernah pakai sekali pun, adalah berdasarkan pengalaman support group team sendiri. No google2, no pinterest2. Yes boleh buat bahan rujukan, as EO works differently secara individu, tapi apa nak di tekankan kita cerita bila kita dah guna sendiri. Baru boleh gebang. Tidak lah hanya untuk berniaga semata. Sebelum decided to be independent distributor pun aku sendiri dah guna sendiri for almost 2 years. Lambat kan buat decision kalau tak, pioneer tu. takpe, rezeki ada dimana-mana. So sekian mukaddimah, nak share pasal rafa yang kena HFMD (hand, foot and mouth disease)  last year and aku managing his HFMD dengan menggunakan YLEO ni. Of course le kan.  Can't recall camne boleh berjangkit, aku rasa kawan sekolah kot. Start sorang kena lepas tu hantar jugak ke sekolah, rafa lah yang dapat. Huuu sedih!