Skip to main content

venue for the next family day...

lepas kejayaan hari keluarga yang pertama company aku telah adakan pada bulan 2 lalu, rujuk entry nih. kelab rekreasi, backers club sekali lagi duduk semeja untuk membincangkan hari keluarga untuk kali ke-2.
.
mencari tarikh pun da masing2 pening kepala. disebabkan 1st family day kitorg dah buat tahun ni, so, the 2nd kena la buat pada 2010. perancangan awal, event akan diadakan pada bulan 2 sama seperti 1st family day.
.
tapi, kita hanya merancang, perkara2 berbangkit pulak telah timbul. 2 org officemate, wife diorg due bulan january. confinement 2 bulan, so drag ke bulan 4. aku pulak punya turn bulan 2. lepas confinement, drag lg bulan 5. mana bole committee tak join aktiviti kan? kitorg punya mission, kalo bole nak dapatkan participation dari sume ahli keluarga. dan president cakap kalau nak tunggu sampai bulan 6, it's too late.
.
disebabkan, kalau nak tunggu semua abis pantang terlalu lambat, dan takut org lain pulak menyusul termengandung, kitorg memutuskan utnuk mengadakan hari keluarga pada bulan disember tahun ini, again, short notice lagi, sebab ade hanya 6 bulan. yang pregnant2 ni, dok tepi je la bukak booth nursery.
.
isu disini, kami sedang buntu memikirkan lokasi hari keluarga seterusnya. MD mencadangkan ke Pulau pangkor? haa?? tak berkenan la aku. disebabkan musim tengkujuh pada hujung tahun, pantai timur takleh jd tmpt family day, kena fokus kat pantai barat je. top 4 yang masuk dalam senarai perbincangan..




  • pulau pangkor - pulau pangkor ni sangat dekat dengan umah aku. bole kata tmpt bapak aku beli ikan bilis la. hahaha.. tak mo!
  • genting highland - ok jugak, tp ta rasa nak berhari keluarga. dah nama kota keriangan. kang semua nak ke game- game yg ade kt situ.
  • A famosa world Resort - adeh, dekat sgt dgn umah la. nak gi arini pun bole...
  • pulau sibu - got problem on logistic. diberitahu, kalau naik feri, agak jauh distance dia. bawak ramai ibu mengandung lak tuh!

takde satu pun pilihan dihati. huhu.... korang ade suggestion lain tak? next meeting is on next friday. so feel free to drop your comment. kalau ade sape2 yg selalu travel dan merasakan tmpt tu sesuai utk adakan family day. tq!

note : our family day will be hold for 3 days and 2 nights...

Comments

Gieyana said…
Alya...pulau Pinang..kekekeke
Leen Die said…
ermm..mana ek ly..sebab bulan 12 tengkujuh kan..klu p pulau takut tak bestnay takleh mandi..pastu klu mainya ujan lagilah semua tergendala..p summer set kat rompin lah ly..mcm2 aktiviti korang leh buat...
Ummi Nuhlan said…
apa kata mai HOSBA VALLEY jitra,kedah..syiok sini..siap ada dusun lagi...ada swimming pool..ada tempat BBQ ada indoor game..allyani..aku cadangkan ko bagi cadangan buat kat sini..tenang je..
shida said…
Summerset Colonial Hotel pun ok gak...kt Rompin Pahang...baru jer pi family day kt saner...
noreen-bulan said…
p bukit merah tempat dia besar n lg satu hot spring kat slim river perak nie pun bet sebelah air panas sebelah air sejuk...

awk tinggal kat melaka ker?
suhida said…
alya,gi fraser hill la kot.takyah travel jauh2,lgipun environment kat sana pun mcm ok.
Mrs. Simplicity said…
gie : location need to be more specific. penang tang mana tu ceq? penang besaq la.. :D

tinie : bos aku x bg approval kat luar malaysia rasanya. kang kalo nak gi bali gak, mau kena tarik bonus nih. huhuh...

leen die : summer set rompin ek? kitorg pnh ade projek kt situ, tk pnh bebudak ni bgtau ade tmpt menarik kat situ. nanti aku cek. tq weh!

imah : ha, kedah ade tmpt menarik ek? hosba valley ek? ok imah, nanti aku surf pasal tmpt ni. nm pun cam menarik nih..

shida : oo shida family day situ ek? 2 org da cadangkan kt situ. ok shida. tq!

noreen-bulan : hot spring kt slim river ek? ade pakej family day jugak? ok2 tq noreen. aku buat search.

tak, alya dok seri kembangan..

suhida : memula diorg suggest fraser hill gak, tp takde org vote. so tak masuk dlm top 4. aku tak tau ape yg menarik & tak menarik kt sana. aku kene cek balik la ni..

jiey : ko tau, budak ofis aku, kalau kawen je, gi honeymoon kt langkawi. tak masuk list terus. huhu...
Jiey^Mien said…
hehehe.. okeh.. okeh.. noted.. termasuk la ko kan? =)

hmm.. ape kata, gi johor.. danga bay ke.. tak pun penang, lone pine hotel.. cantik tau.. relaks jer..
sunway lagoon pun best gak..
aku baca blog sapa tah..company laki dia wat family day kat sunway lagoonn...
ada hotel..boleh mandi2...ada banyak theme park..surf la dulu..
ada pakej kot..x silap la..
azyyati anuar said…
tengok cam ner condition ko...klau pulau2 ni...takut ko muntah2....so a famosa atau genting je la...pastu tgk gak bajet wei...
Ryn said…
langkawi? redang? penang? cameron? wahhh banyak nyer aku suggest...hahahaha...
elani makrai said…
diorg kata redang n pulau perhentian best...sama tmpt ker? x kn? hehee geografi fail sgt okay.. heheee tp tringin g sana.
r|nA @ ja|j|na said…
comp rina pon nak wat family day bulan 7 ni..tapi kitaorg pegi pulau langkawi jek..
fazilzura said…
WAHHH besh nye family day ..

meh dtg GAnu .. tp kalau ujung2 thn ni harap maap ler yek .. tengkujuh...

*8 daku nye opis family dy kat PD. ok ler dari xdak kan
Mrs. Simplicity said…
jiey : termasuk la aku weh. org sponsor pegi langkawi. hehehe..

johor aku jarang pegi. bole la dipertimbangkan..

strawberi : 3 ari 2 malam, x kan nak dok sunway lagoon kot weh. heheh... bg la yg jauh2 sikit kena bayar toll puluh2 ringgit. tapi cadangan ko maybe bole consider utk 1 day activity. :D

along : takut aku muntah2 ? kalo naik feri besar tak mabuk laut sgt kot. tak semesti nya kat 2 tmpt tuh. bole ko cadangkan tmpt lain gak weh..

ryn : sume suggestion ko aku akan look into consideration.. tq!

nurin : geografi alya pun fail gak. gagal teruk. tp penah dgr member gi perhentian. mmg bes la tgk gambar2 dia. maybe leh cadangkan..

rina : oh yeke? langkawi pun ok kalo yg tak biasa pegi kan?

zura : ganu 1st family day da pegi. ni nak pegi pantai barat pulak.

PD pun ok, ade banyak company yg tak buat family day pun...

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber