Skip to main content

Posts

hidup aku untuk anak-anak aku..

Dear Diary, pagi tadi aku bangun pukul 5.30 pagi, aku bersiram, lepas tu pegi iron baju sekolah nia dulu. perangai! mmg becinta nak iron baju secara pukal. aku tak suka iron baju. habis lah kalau adel dah sekolah esok nanti. lepas tu kejut niadel suruh mandi. lepas tu aku turun prepare breakfast and bento nia. wah bento kata kau! bekal der. roti tolor aje. lepas tu aku naik solat subuh, apak eh mandi kan rafa while aku siapkan niadel then keluar rumah pukul 6.50 pagi. hantar rafadel dulu then hantar nia then off to office. cam biasa snggah post office bawah petronas. 8.30 pagi sampai. jauh ye perjalanan nak menyampai ke office tu. kalau kata dengar CD siti nurhaliza tu mmg dan lah karok 1 album. tengah nak cari CD baru adele ni.  dah settle kat post office tu tiba2 boss call. dang problem! call officemate, call boss aku sorang lagi. kena marah sikit ok admit. lepas tu cucuk duit kat rhb kat pos office tu lepas lapar gile beli breakkie wrap kat sebelah poslaju tu. tak daya na...

kalau bukan RAFA...

Raaiq! hahahaha.... tah camne boleh tertukar ke rafa. sebab nak arman tu kot. raaiq arman tak kena rhyme dia. so rafa better. motif? aku tengah berusaha keras menyiapkan iso document ni. sesambil clear kan gambar kat icloud. dah full! tu nampak folder tu. gambar2 scan masa pregnantkan rafa. ok bye! berusaha untuk tidak membiarkan blog ni bersawang. wish me luck!

in house shell out

tak bagi salam tak bagi apa tiba2 kau terus macam nak update blog kan. tengah free. free sangat padahal depan mata tengah huru hara. lantak. janji tengah ada gesaan nak menulis tu tak leh ditahan- tahan.  cuti hari raya cina baru ni balik both kampung. kebetulan balik ni saje nak sambut birthday adel sekali yang bakal menjelang tidak lama lagi.  6 tahun dah dia. next year nak darjah 1 dah dia. makin besar makin banyak akal. pening.  so hasrat hati dah lama nak buat shell out kat rumah mak. nak buat kat rumah sendiri tidak lah. garam pun takde kat rumah ko. muhahahah...  so nama nak ber shell out kat kedai macam tak berbaloi pulak. aku rasa shell out ni bukan makan berat. dia macam light meal pada aku. sebab tara mana ko boleh ratah seafood sampai kenyang kan. untuk light meal yang berharga sampai 3-4 ratus aku rasa tak berbaloi sungguh lah weh. so kerah tenaga diorg utk beli bahan mentah untuk kita bershell out masa sambut bday adel nanti. tak cukup koru...

mak anak 3

terpanggil nak menulis lepas aku baca post yang korang share daripada nurulbadiah lai tu. pasal dia nampak mak anak 3 handle anak sendiri kat kedai makan ke R&R. huru hara kan.  kebetulan tadi masa aku menapau kat kfc aeon equine masa aku tengah beratur nak menapau. belakang aku ada sorang mak ni tgh duduk anak dia umur macam nak setahun then ada 2 orang anak dia lagi. anak hat 2 lelaki tetibe amukan macam protes nak something tapi mak dia tgh q nak menapau. tu tak kisah lah nangis. ini melalak ko siap baling selipar kat mak dia. siap tarik2 handbag mak dia ke pukul mak dia aku x sure sebab aku dok depan dia. lane sebelah dok perati je. kesian tgk nye. i feel u mak. paham apa ko rasa. kalau boleh piat telinga anak tu memang nak buat sebab malu kot. hahahah.. tapi tak selesai kalau ko piat telinga anak ko lagi kuat melalak gamaknya. tahan lah dia sambil orang keliling dok perati. kakak dia pun dah kabo ke adik dia 'adik ni diamlah. jangan lah mengamuk' . kakak tak cuku...

rania ayesha - berakhirnya darjah 1...

sendu gile blog aku ni. last update tah zaman bila. saje nak menulis sebab aku tgh rasa tak sedap perut, lemau segala. meh kita menulis. nak menulis ni bukan apa, sebab hari yang ditunggu- tunggu akhirnya tiba. iaitu hari ni. last day sekolah! dulu tak heran kan. sejak anak dah sekolah memang menunggu2 bila cuti sekolah.  akhirnya boleh rehat sekejap dari rushing hari2 nak balik amik nia sebelum bermula sessi persekolahan yang baru. bila diingat2 balik apa yang aku tempuh hari- hari, aku pun tak tau camne aku manage to do it. tah, mungkin korang nye jadual lebih pack dari aku, tapi aku rasa apa yang aku hadap sekarang ni pun dah cukup 'memenatkan'. saje letak dalam kurungan penat as in penat bukan mengeluh. penat as in, ya i'm tired tapi aku mmg pilih untuk buat macam ni macam ni, aku kena buat lah.  bila direwind2 daily rutin aku dari bangun pagi menyiapkan budak2, keluar rumah awal pagi, hantar adel dgn rafa kat smart reader, hantar pulak nia kat sekolah agama. k...

rafa first day at Smart Reader

tah bila start aku pun lupa tapi sekarang rafa dah tukar day care lagi. sekarang dah masuk smart reader. preparation nak masuk sekolah next year. next week umur dia pun dah masuk 2 tahun. kerisauan gak ni sebab dia masih lagi belum bercakap. dok guna bahasa baby's talk dia lah bila nak bercakap dengan kita. risau la jugak. by now patut dah boleh sebut dua perkataan macam 'nak susu' ke 'nak ikut'. orang kata ada anak yang lambat bercakap especially boy. so nak tunggu sampai bila baru nak bawak ke speech therapy ni? ke tunggu je cause the time will come? moga tiada apa2 yang merisaukan lah ye rafa.  so, knowing rafa ni dia kan memang drama king. dari first day masuk sekolah sampai sekarang ni masih berguling2 atas lantai smart reader. tanda protes. tu lah anak bujang aku. suka throw tantrum as and when. macam apak eh. eh! kebetulan masa rafa first day masuk tu SRK ada buat jamuan raya so budak2 kena pakai baju raya. dia pun nak jugak kan. pakai kan baju mel...

raya 2015 - dengan rakan taulan...

tak habis lagi cerita raya aku ni. raya aidilfitri ye. bukan aidil adha. aidil adha takde cite sebab tak balik kampung. so takde feel. so minggu selepas beraya ke rumah saudara mara, minggu seterusnya undangan tak putus rumah kawan2 pulak. tahun ni aku rasa best sebab dapat cover jumpa semua best2 buddy aku. kawan2 baik banyak kategori. semua dapat meet up masa raya. suka2. so, mmg aku takde slot nak buat open house pun sebab mmg takde intention nak buat this year. lagi pulak mmg full jemputan. next year lah ye. tak pun tahun satu lagi. hehehe.. jemputan dari officemate azan jon. sempena aqiqah anak bongsu dia and jamuan hari raya sekali. kambing masak kari. sedap bak hang. tambah 2 kali tanpa segan silu nye. bergambar dengan pengantin. aqeef syazwan tak silap aku nama anak bujak diorang.   anak3 mak jakun bila nampak buaian. harap maklum. seterusnya terus ke shah alam, rumah bed. tak ter ambik pulak gambar makanan. makan apa ke bed? mihun sup antara menu....