Skip to main content

Posts

nescafe 'o' anyone?

dalam pekeliling dari syabas, kawasan seri kembangan tak terlibat. so memang tak terfikir pasal takde air ni. seharian kat ofis, macam2 hal masih tak terfikir pasal takde air jugak. tapi kat rumah standby simpan air siap2. yelah, knowing that semua notis2 yg diterima ni kadang ada side effectnye. so balik rumah mmg takde air. kering kontang. tapi tak lama lepas tu, dalam jam 8 lebih, bukak pili, dia bagi air nescafe 'o' dulu. siapa mau? free flow ni. nganga mulut aje. hahahaha... lama kot nak jernih. kembang tekak aku tgk nye. nak basuh bontot nia pun tak sanggup apa lagi nak basuh pinggan mangkuk. asal bukak dia keruh gini. bukan keruh dah ni, mcm letak serbuk nescafe je. hope harini takde lah air nescafe o ni lagi.

mintak maaf

mintak maaf! malam isnin aku balik kerja, pek2 pos ekspress terdampar kat atas lantai. banyak lak tu yang kena return. baru aku tau, tak leh hantar barang dalam pos ekpress size ni. patut lah, ramai jugak yang senyap sunyi tak mengkabarkan pada aku diorg dah dapat HK souvenir. kalau dah tak dapat takkan lah nak bertanya pada tuan nya ye tak? aku paham. hehehe... yang dah dapat mostly FM yg size leper. mintak maaf sekali lagi. aku akan arrange untuk pos kan korang nye souvenir ni by friday.  sebab sedang sangat- sangat sibuk. pakai poslaju dijamin sampai esok nya. yaAllah tak sukanya berhutang dgn orang. berhutang dgn bank takpe. mintak maaf!

tanam-tanam ubi, tak perlu dibaja...

soalan, kalau anak korang dapat pegang payung diorang ada nyanyi tak? kalau ada nyanyi lagu apa?  alkisah, kawan niadel bagi souvenir kat niadel. dapat 2 payung. suka betul diorg dapat main payung. selama ni kalau hujan mmg nia lah kelam kabut suruh amik payung. kalini ada payung saiz dia, lagi la suka. then lepas bukak kan payung tuh, aku pun terus lah mundar mandir macam biasa kemas apa yang patut sebab baru balik keje. then masa dok kesana sini tuh, telinga ni tangkap sesuatu bunyi. nia nyanyi lagu OST upin ipin gang the movie. part kak ros pegang payung tuh. dia nyanyi "tanam, tanam ubi, tak perlu dibaja.. orang berbudi, kita berbahasa" bila aku join nyanyi member dah terkedu. malu katanya. poyolah nia. hahahaha... tak sangka kot. kot dapat payung nyanyi lagu umbrella ke, komersil sikit. ini lagu 'tanam- tanam ubi, tak perlu dibaja.' hehehe... ingat diorg dengan benda2 yang kita pun tak terfikir diorg bole ingat ye dak?  suka korang ye dapat main payung. ater ...

house-site visit

progress work kat rumah, aku suruh wan visit hari- hari. sebab rumah dekat je kan. tapi masa hujan lama hari khamis lepas mmg takde orang buat keje lah. rugi lah sehari ye. so jumaat pun tidak lah pegi ke rumah. wan cakap tunggu progress banyak2 baru pegi balik.  tapi semalam ada appointment dengan orang kitchen cabinet. dia nak tgk rumah. so kena la pegi. tak expect lah ada major progress. sekali bila sampai, dah macam2 diorg buat. tangga dah takde. dah dicabut nya. diorg dah nak naik konkrit kat dapur. mmg messy lah rumah. cepat jugak diorg buat keje. esok lusa sure call soh bayor beberapa percent. hari khamis, no progress. jumaat tak dtg. sabtu pagi sampai dah separa hancur rumah. hahah.. tempat wan diri tu tempat tangga. sementara takde tangga, panjat lah tangga kayu nak naik tingkat atas. tangga kitorg tangga lubang, tu kena cabut tangga tukar. tangga yang dah dicabut letak kat bilik bawah. bilik bawah nak kena letak tiles lagi nanti. high hazard. and no PPE. bahaya- bahay...

my independent girls

over exaggerate. cam biasa. kesinambungan adel dapat bag sekolah castrol baru. masih lagi moode 'chewi' dapat barang baru. amik diorg dari taska last friday. was alone sebab jumaat malam papa ada futsal. so jumaat kena balik awal lah. bila dah dah parking kereta. nak turun sendiri pakai bag ye. nak ikut kakak nye. tak nak mama dukung dah. wah wah, besar dah anak2 mak ni. senang nak memanjat tangga. oh pada yg tak tau, rumah sewa kitorg tingkat 2, hujung sekali. i wont take the lift sebab takut naik lift. hahaha.. so moh la anak2, kita panjat tangga. nak menunggu adel naik tangga dengan bag ni, mmg boleh snap 50 keping gambar lah. dah tu tak bagi kita pegi bag tu. siap cakap "mama tak payah lah" bole? kakak dah naik atas, adik, tak naik2 lagi.. kakak nya turun balik sambil becakap "adel ni, hegeh-hegeh lah" port baru amik gambar ke ni? kalau mama pakai DSLR mesti cantik tangga ni kan? :p sampai rumah, menonong sampai kedepan baru nak bukak kasut. inga...

mode : rindu anak

aku tengah stress ni. kalau buat stress test mmg graf tak cantik lah. stress dgn workload. alahai poyo, ko je lah banyak keje kan. but seriously i do. pernah tak ko rang rasa tgh macam2 benda nak buat kat ofis. tetiba ko MIA for a week. teringin nak buat. bagi lah alasan, boss kena pegi oversea ada personal matter. hahaha... mengong. mmg tgh mengong. ada ke kerja takde masalah? takde kot eh. yang tak buat kerja pun boleh jadi masalah, apa lagi yang ada kerja. apa aku mengaruk ni? so, bila stress, sampai satu tahap tak boleh tgk pun kerja even banyak benda nak buat so amik hp, tgk gambar anak2, sengih2 sikit. lepas tu edit2 sikit. jadilah seperti dibawah. :D korang tau tak kepantangan aku? bila orang dok cakap bab2 muka anak ni. i hate comparison. 2-2 anak aku kot. tak kisah lah muka cam siapa macam mama ke papa ke. yang penting binti nye muhamad ridzuan, keluar dari perut aku. kadang boring bila "eh, adel ni putih lain macam. ikut sape eh? macam muka sape eh? wan pun bukan, ko ...

adel dah ready nak pegi sekolah

tajuk mesti over exaggerate ye. seperti biasa lah nak menarik pembaca. oh, tak boleh blah! hahahaa.. sejak akhir2 ni rasa dah besar dah anak2 aku. nia makin besar makin paham bahasa. yang tak paham bahasa tu standard lah. budak lagi. tapi kalau dulu aku dok bising payahnya nak suruh nia buat homework. kini tidak lagi. kalau dulu bila disuruh, bercinta. mmg macam sessi mendera lah nak suruh buat homework. sekarang dalam kereta dah tanya siap2 "nia, u got homework or not" yes or no lah jawabnya. tak kan jawab nehi (bahasa hindi) pulak kan. then balik rumah dia sendiri amik and tepis semua mainan ketepi (dasar rumah tak penah berkemas), then dia pun buat sendiri. tulis 1 huruf, tunjuk kat mama, tulis 1 huruf tunjuk kat mama. dah tak tau apa compliment nak bagi. jenuh peluk lah. tak kisah, janji takde drama air mata masa buat homework and homework pun siap. adel pun sekarang dah show interest to books. dah mula pegang pencil. dah mula menconteng. tak nak kalah, nak jugak buku l...