Skip to main content

Posts

nursery anak aku bukak saloon

salah satu specialty nursery nia dgn adel kan, diorg bukak saloon. eh tipu di situ . diorg ni mmg suka mendandan budak. termasuk la anak- anak aku. rekod yang anak- anak aku pegang setakat ni adalah, diorg baby yang terawal yang rambut nye boleh diikat. baik nia mahupun adel. mmg keturunan rambut lebat. baik wan mahupun aku. maka, anak2 nye rambut jadi 2 kali ganda lebat. kadang ada org tgk kesian. sebab kesian budak lagi, cepat peluh. eh kesian ke? aku ok je. lain org lain pendapat kan.  semalam amik budak2 ni dari nursery, lmbt pulak diorg keluarkan anak- anak aku rupanya menyorok dibalik pintu. lepas tu tadaa!!! ha buat dah... tgk gmbr kat bawah ek. aksesori mmg sentiasa aku bekalkan. upon instruction ye. pengasuh diorg yang suruh. k ak, nanti beli getah lagi ye . gitu- gitu la.. aku ok je. budak2 ni pun dah macam2 adik2 aku. umpama mama- mama nia dgn adel gak sepanjang aku bekerja. ok, drag dah ni, tgk gmbr je la kan. ada 8 tocang ye kat rambut adel ni. gigih tul budak2 ni m...

"A.K.U.D.I.A & P.O.L.C.A.D.O.T.S.H.A.W.L.S" CONTEST

aku telah di tag oleh bed dan herda untuk menyertai contest diatas. sedia maklum la, tudung bawal, siakap dan kembung ariani mahupun alyyani telah lama dibungkus dalam almari. hanya shawl menjadi pilihan sekarang. so aku berterima kasih kepada bed dan herda kerana mengetag aku. dan aku berbesar hati untuk join contest ini sebagai tanda memberi sokongan kepada pemakai shawl tegar seperti aku ini. interested to join ? klik :  http://pupel.blogspot.com/2010/08/akudia-polca-dot-shawls_7860.html anjuran :  http://pupel.blogspot.com gambar pilihan :  kenapa aku suka memakai shawl polkadot? ni merupakan 3 helai koleksi terawal shawl aku. dan gmbr ni merupakan kali pertama aku bershawl. waktu ni, nak lilit pun belum mahir lagi. tapi tidak sesusah yang dilihat. aku mula jatuh cinta dgn shawl bila aku mula memakai shawl polkadot ini. senang diurus dan mudah dipakai. no more bad-tudung-day for me. bila pakai, terletak elok kat kepala. tak perlu risau tudung senget- senget....

semalam dan pagi ni yang menenangkan...

semalam masa berbuka, 1st time, aku dapat makan dengan tenang nye. sebab nia dgn adel dok busy main sama sendiri. ke sempena adel masuk 6 bulan, dia sudah tukar perangai? tak kisah la, janji aku dpt menikmati juadah dgn nikmatnya. time nak masak pun sama. kalau biasa adel meraung nak aku dukung. kali ni, steady jugak. siap nampak mama dia masuk dapur, dia pun ikut sekali. gigih tu bergerak. sian pun ade. nia, mcm biasa la, jadi assistant bila mama kat dapur. papa lak? jadi tukang amik gambar! hehehe...   elok nye 2 beradik ni main sama sendiri. sambil tu kena jenguk- jenguk gak. kang nia dok atas badan adel, tak ke haru?  bila aku sebut masak je, laju je dia ke dapur bukak fridge amik apa yang patut. wah, harap sampai ke besar la ye nia.. nampak tak dibelakang itu? dah nak sampai ke dapur dah tu sebab dah nampak mama dia... ye, sudah berjaya masuk dapur. tak sakit ke perut dia kena tu eh? ish, gigih sungguh si kecik ni.. nia pulak khusyuk meneyediakan bahan nak masak...

17/2/2010 - today 17/8/2010 : she turn 6months!

hari ini genap lah usia adel setengah tahun. setengah tahun dah kan? besar dah anak mama ni. kalau nak ikut ketepatan waktu nya adalah pada 7.32pm. masa aku melahirkan adel dulu. tak la dulu, baru je 6 bulan kan. tp kalau orang tanya sakit tak bersalin adel? sakit lagi bersalinkan nia kot. ye la, nia kan ceaserian. serba serbi rasa. even though melahirkan adel ni 12jam jugak menahan contraction, tapi manageable lagi.  perangai pun dah macam- macam. macam- macam tu la menceriakan dan menghiburkan hati mama, papa mahupun nia. bukan kami je, malah bila dibawa kemana- mana banyak pitstop sebab orang suka tgk adel. suka korang ye, time berjalan mmg elok je dia. tapi kalau kat rumah, nampak je kelibat mama dia, mmg meraung la mintak diangkat. takpe lah, sekurang- kurang nye dia kenal mama dia. hehehe.. semoga adel membesar dengan sihat ye sayang! we love u! jom tgk wajah- wajah adel diusia 6bulan. gambar diambil malam tadi dan sahur  tadi. anak- anak kitorg kan join sahur seka...

puasa dan anak- anak...

salam. kejap je dah masuk 6 Ramadhan kan? sejak- sejak masuk bulan Ramadhan ni, aku nye mood blogging mmg ikut puasa sama. apsl tah. sebenarnye lebih pada letih dan tak cukup masa. so nak tgk blog sendiri pun tak lalu.  kat ofis, bulan puasa pun kerja tetap bertimbun. bila sampai rumah, energy tu takleh kurang bila kena handle nia dgn adel. nak siapkan juadah berbuka lagi. tak la aku masak. tapi weekend aku masak la. kalau korang tgk kitorg berbuka dgn bersahur mmg kesian kot. kesian kat diri sendiri pun ye gak. tp tu la, part of the challenge puasa dgn 2 anak kecik.  sampai satu tahap aku tanya wan, next year bulan puasa, budak2 ni dah besar tak agak- agak? hahaha... punya la haru. mana tak nye, makan sambil berpangku adel. mujur jugakla nia pandai bawak diri. bukan time buka je, time sahur pun sama tau. kalau korang nak tau adel skang ni dah makin manja. tak boleh nak diletak. sentiasa nak berdukung. tanya kat nursery adel cmtu gak ke? pengasuh cakap tak pun kak . bergo...

papa's birthday celebration

salam. sorry banyak benda tertangguh kat blog ni yang belum aku buat. slow- slow la eh. semalam kitorg berbuka kat Palm Garden Hotel sebagai meraikan birthday wan. 1st time jugak la berbuka dgn anak 2, dan outing. outcome nye? tidak la mau dibuat lagi berbuka kat luar unless ada event yang perlu untuk berbuka diluar.  kelam kabut gak la. kitorg sampai dalam kul 6.50 pm. sebab kena make sure nia kenyang dulu. kalau tak, nak hadap dia makan pulak. tapi sebelum tu gak, kat rumah dah feed adel sebab nak mengelakkan adel ngamuk time kitorg buka nanti. tapi, bila berbuka je, agak havoc la meja kitorg dengan budak2 ni. adel bila dah kenyang nak tido pulak. kena tido kan dia jap. nia pulak bila dah kenyang nak lari sana sini pulak. so kesimpulannya kita buka kat rumah je la lepas ni ye kalau takde keperluan nak keluar. how was the food? the food was great. semua dish sangat sedap dan best. tp semua food malay cuisine. so nak cari pasta pun takde. takpe lah, ok je bila perut dah lapar ka...

majlis doa selamat menyambut kedatangan Ramadhan

jumaat lepas, ofis aku buat majlis bacaan doa selamat. bersempena dengan penubuham subsidiari baru kami dan penambahan bangunan ofis. dalam masa sama jugak sempenan nak menyambut kedatangan Ramadhan. aku yang dipertanggungjawabkan untuk handle majlis ni telah melaksankan tugas yang diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab.  alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan sempurna. cuma drag sikit la sebab guest keep on coming. kitorg jemput customers, suppliers, jiran- jiran ofis, family yang bole datang dan tak lupa the bankers. seronok sangat bila dapat berjumpa secara informal. yang jauh terasa rapat.  kami seisi ofis bertemakan pakaian kebangsaan mmg terasa mcm nak raya pun ada. tu yg rasa happening,. majlis bermula dengan solat Asar dan bacaan doa selamat dan diikuti dengan jamuan minum petang selesai bila jam menghampiri 8 malam. sebab tetamu syok kot lepak ofis kitorg.  maka, sempena menyambut kedatangan Ramadhan esok hari, aku dengan rasa rendah diri ingin ...