Skip to main content

Posts

rihana ADELia dah 2 bulan

harini 17/4/2010 adel genap lah berusia 2 bulan. pengalaman melahirkan adel 2 bulan yang lepas masih segar dalam ingatan. cepat nya masa berlalu kan? pagi tadi, kitorg dah bawak adel untuk imunisasi 2 bulan. selesai satu lagi tugas. berat adel : 5 kg (1 bulan - 4.5kg) tinggi adel : 61 cm (1 bulan - 54cm) lilit kepala adel : 39 cm (1 bulan - 38cm) apa perkembangan adel? sama je macam baby lain. cuma kalau dulu adel ni cool, skang dah tak bape cool. huhu... sebab dia dah mula ada perasaan. tak boleh ditinggalkan sorang. kalau tak, mengamuk sakan. nak orang hadap dia je. cikgu kat nursery dia pun cakap gitu. mujur la adel sorang je baby kat nursery tu. cikgu dia cakap adel kuat mengamuk banding dgn nia dulu. mmg pun. tak kisah lah asalkan adel sihat. yeay, saya dah 2 bulan! sekarang dah pandai nak main. nampak nia pun dia dah sengih- sengih. best je tgk. gambar baru amik lepas balik dari klinik tadi. suka tgk lesung pipit dia.

birthday celebration

ngantuk nya mata. padahal semalam sekali je adel bangun menyusu. aku ni kan sleeping beauty. tido kalau tak cukup 10 jam rasa berat je mata. haahaha.. bila dah lunch, tu yang mata jadi berat. baik la post entry untuk hilangkan ngantuk. kenduri kesyukuran yang diadakan kat entry bawah ni adalah pada 10/4/2010. kebetulan 11/4/2010 birthday adik kembar aku. selesai kenduri siang tu, petang nya aku suruh adik aku pegi beli kek. dekat maghrib jugak la dia balik beli kek. buat kek kot. rupanya dia beli pizza sekali. kalau tak, malam tu ayah aku nak belanja ikan bakar. ni acara tradisi tahunan la. birthday je ber ikan bakar. tapi sebab dah tapau pizza then lauk kenduri ada lagi kitorg buat kat rumah je la. buka ada sambutan apa pun. cuma ayah aku baca doa je then potong kek. tu je. tema acara potong kek tahun ni berjubah! sebab yang lelaki semua pakai jubah. nak tergelak pun ada. hhahahah... jom tgk gambar. the cake. birthday ainal & akmal - 11/4/1988. ina lak 13/3/1990. join sekali. nak ...

kenduri kesyukuran

yo'o je konon bole jadi blogger tegar bila dah masuk kerja. tak jugak! mmg tak sempat la. banyak benda kena catch up kan. nak mencuri tulang pun tak sempat. apa pun nak share kat korang pasal kenduri kesyukuran yang berlangsung di rumah parents aku 2 hari sebelum kitorg balik. sepatutnya kenduri kesykuran ni nak buat bulan may. masa tu, adik- adik aku tgh cuti sem. tapi disebabkan sekarang tgh study week, diorg pun balik sekejap untuk sama- sama join kenduri kesyukuran ni. sempena... kakak aku habis master haritu & dapat kerja tetap aku selamat melahirkan adel & meraikan cucu ke-2 dalam family 3 orang adik aku, ainal, akmal & ina akan ada final exam minggu depan. bacaan yasin mohon dipermudahkan. ( kalau tak study, tak mudah gak weh!) adik bongsu aku asyran dapat result yang cemerlang dalam SPM haritu. last but not least bersyukur kerana kami sekeluarga masih dapat menikmati rezeki yang diberi olehNya. seawal pagi semua orang dah bangun. aku mandi & siap kan adel d...

hari pertama bekerja

harini hari pertama aku bekerja selepas cuti bersalin selama 60 hari. awal pagi dah menyiapkan diri untuk ke pejabat. wan siap perli aku, minggu pertama ok la. seminggu kemudian.... hahaha. no komen la bab tu. tapi semangat berkobar- kobar. rutin kitorg pun dah berubah. kalau dulu aku yang hantar nia ke nursery. kali ni papa nia pulak yang hantar nia. so nia kena bangun awal sikit la. tapi tak dapat la aku nak mandikan nia sebab mmg tak sempat. kalau nia tengah tido, panggil je nama dia then cakap "jom!" dia automatik bukak mata bangun then cakap "jom!" hahahaha... bab berjalan mmg no. 1. ye la, mama dah train dari dalam perut lagi. sama la dengan adel. dalam kereta elok je senyap. aku pulak, akan hantar adel. then masa balik pulak, 2 -3 bulan ni aku akan balik on time sebab nak mengelakkan amik diorg masa maghrib atau lepas maghrib. adel kecik lagi kan. aku akan tunggu wan balik keje then akan amik anak- anak sama- sama. buat masa ni la. kalau wan outstation, aku ...

update..update..

don't know where to start. so little time, so many things to do. salam korang. alhamdulillah kami sekeluarga selamat kembali ke rumah kami pada ahad lepas jam 2 petang. keadaan agak kucar kacir kejap sebab nak unloading barang yang melambak. apa- apa pun nia dgn adel kitorg uruskan dulu. lepas dah setel kemas semua barang dan baju baru la rasa lapang sikit. lepas tu pulak mana bole nak berehat- rehat lagi. kalau tak adel, nia yang nak kan perhatian. begitu la sebaliknya. apa- apa pun sekarang aku dgn wan je yang akan uruskan diorg sekarang. masa nak tinggalkan rumah haritu, hati ni tersangat lah hiba. ye la, 2 bulan duduk rumah kan. bila nak tinggalkan rumah rasa berat sangat hati ni. mak dgn ayah aku lagi la sedih sebab dah takde lagi bunyi nia kat rumah tu lagi. ish, tak nak drag lagi part sedih ni. kang begenang aku lagi. apa pun, that's how it goes kan? masa nya akan tiba dan telah tiba jugak. so far, wan is really helping me a lot. cakap apa je keje, semua dia buat. bukan ...

18 months check up

blogging time. masa sekarang 7.27am. kita tgk adakah entry ni akan terperam atau bole siap terus. isnin lepas 5/4/10 genap nia berumur 18 bulan. its time for her 18months immunization. takut sebab takut kalau nia demam lepas injection tu. nia kalau dah demam perlukan perhatian yang lebih. mana nak handle adel lg. tapi dalam masa sama nak seronok sebab imunisasi wajib seterusnya hanya bila nia berumur 6 / 7 tahun. lega....... lega jugak sebab nia tak demam. 2 bulan duduk rumah mmg sihat walafiat. kalau masuk nursery esok, paham je la ye. harap antibodi nia kuat la ye. amin... less talk, let see the pics. ondway to klinik yasmin. masa nak keluar rumah kemain panas lagi, lepas tu tetiba hujan turun dengan lebatnya. mujur la ada bawak cardigan nia. kalau tak, bole demam kot. dekat sejam la jugak menunggu giliran. mujur adel lena je dalam pangkuan aku. nia yang tgh tak tau apa yg bakal dihadapi nya nanti. lambat pulak doktor ni masuk. nia main stetoskop yang ada kat sini dulu la. insyaAllah...

meraikan keMERDEKAan

sebelum tu, kalau korang nak tau, aku dah peram entry ni dari hari ahad lepas lagi. banyak sungguh halangan nak online sekarang ni. apatah lagi blogging. 2 2 baru je tido. gagah kan mata update jugak. penat amik gambo kan. sempena meraikan hari keMERDEKAan aku pada 1 april lepas, aku dgn adik aku amalina & asyran telah berjimba- jimba di ipoh. oh, not to forget, my nia. adel aku tinggalkan dengan opah & atuk nya. bukan tak boleh nak bawak, tapi stroller dgn carrier takde la. aci tak alasan tu? hehhe.. takpe2, lepas ni adel takkan ditinggalkan kalau jalan dgn mama & papa ye. dalam pantang takleh nak melaram kan. so takde la gmbr aku almost 2 months kan. bila dah proper attire ni, nak la enterframe gambar tuan punya blog ni. bergambar sebelum gerak. sebelum keluar, aku da siap mandikan & feed adel. nia kalau bab berjalan sama la mcm mama nya, excited! destinasi pertama ke ipoh parade. kitorg sampai agak awal. so orang tak ramai & parking pun banyak lagi. niat dihati n...