Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

bila hari rabu...

sejak niadel full day kat sekolah diorang ni, semua ok. semua aku puas hati. alhamdulillah mereka berada dalam environment dan jagaan yang baik. cuma.. cuma... cuma.... satu je. bila tiba hari rabu. kenapa? sebab ada pasar malam. sebelum2 ni mmg aku seronok lah bila hari rabu tiba sebab ada pasar malam. banyak lah selection of food kita boleh atuq.  pasar malam tu pulak betul2 kat jalan depan sekolah niadel ni. masalah banyak disitu bila time nak amik diorang. contoh macam tadi lah. hari tak hujan. confirm ramai orang. kita pulak nak kena lalu depan tu. agak mustahil aku nak park jauh and fetch them. sebabnya diorang kalau dah ramai2 mula lah takut. nak bedukung. kalau 2-2 nak bedukung, nak  kena menapak, nak kena hangkut bag, barang yg beli kat pasar lagi. camne ke gayanya nya. mmg tak lah.  so, selalunya aku jadi rasa tak best lah bila kena lalu jugak kan. dulu2, kalau aku pi pasar malam tiba2 ada kereta nak lalu lalang, mula lah aku memandang senget kan. dah l...

sepetang di rumah opah / moyang

dah pukul 12.30am. mata dah tekebil kebil tapi tak mau tido. sebab niadel tak tido2 lagi. kitorg sampai pukul 9malam tadi. lambat lah tu kiranya. gerak pukul 4petang. jem lah cam biasa. exit kat tanjung malim ikut jalan dalam. aku tido all the way. apa lagi niadel. 3 hari kat kampung tak reti dok diam. excited. masuk kereta terus tido sampai ke KL. tu jadi payah nak tido. semalam petang, takde benda nak buat kat rumah mak, ke rumah opah. lama tak jumpa opah. niadel keluar dulu dgn opah, paklang ainal & uncle akmal nye ke pasar titi gantung. then diorg ke rumah opah, sampai je, roger kitorg, kitorg gerak ke rumah opah. dekat je kan.  tgk opah tgh kopek2 kekabu. kopek ke namanya ntah. terus aku booking nak top up bantal busuk nia tuh. lepak2 kejap, dekat nak maghrib tu kitorang pun balik.  pokok betik yang rebah ke bumi. sebab hujan je 2-3 hari sebelum ni menyebabkan tanah lembut so akar pokok tak boleh nak grip. maka tumbang lah ia. banyak tu betik yang tak ...

Di kampung halaman...

Sepi tanpa berita aku ye. Otak jem lah nak mengarang. Aku muncul kembali. Ni pun sebab dah takde benda nak buat. Menengok niadel main duit dalam tabung. Kitorg kat perak. Lama dah tak balik. Alang ada cuti panjang ni kita balik la kampung. Nak adjust balik kampung sekarang payah banyak since wan keje hari sabtu. Gerak pukul 4 tadi. Asalnya nak singgah mines amik spek aku tapi jem pulak dari taman universiti terus gerak balik ikut guthrie. Traffic clear. Dari dalam rumah mintak nak pakai tudung. Kakak nye pun sama tapi kejap je lah. Color blocking tak? Baru nak mengumpul stok seluar niadel wana wani. Sendiri pun berminat tapi yg ada dipasaran semua stok melekat. Geli pulak awok nengoknye. Ke ada brand yg straight cut? Dalam kereta terus tido sebab tak tido2 dari siang. Pun bertudung litup. Kakak dia pun sama. Pengsan sudah. Sampai tapah gak la tido nya. Bangun2 2-2 nak pee. Mujur gak ada tandas awam kat exit tapah tuh. Tidak kalu, sarung pampers je lah. Per...

kembali menggunakan twin stroller

kesinambungan dari entry sebelum ni, kitorg mendapati, bila 2-2 anak nak tido, mulalah rasa kelecehan kat situ. akhirnya aku decide utk pakai balik  twin stroller kawan aku tuh. i bought from her. rasa maca guna tak lama. tapi aku rasa macam akan guna lama sebab every week mmg kitorg akan outing. mengukur mall. niadel pun makin besar. nama nak bedukung je mmg tak lah kan. mau stress dibuatnya. elok keluar nak beli barang ke terus tak jadi nak beli barang. boleh bikin spoil mood. nia pulak bukan jenis nak berjalan. ni lah sebab dah di train dari lahir duduk dalam stroller sampai ke besar malas nak jalan. disadvantage disitu. aku tgk anak org lain elok je bejalan kalau kemana2. anak2 aku mengempap aje. takpe lah, kecik lagi. kot kalau nak duduk dalam stroller sampai ke besar pun duduk lah. mak tak kisah nak.  tapi.... twin stroller bulky gila. sape lagi yang suka menyumpah stroller tu kalau bukan papa diorg. ater dia yang kena fold, unfold, kena angkat naik escalator. m...

patung the cars.

ina, kat instagram kau tanya the cars tu beli ke tak? ye aku beli. terpaksa beli. rewind.... pada suatu hari tah bila tak ingat. rasa masa cuti new year kot. pegi midvalley cam biasa. lepas tu beli barang sikit kat jusco. adel dok menuntut super ring. takde pulak kat jusco tuh. nia masa tu tgh elok je tido dalam stroller. adel dok dalam troli. tetibe dia dah ngamuk2 nak tido.  gembira sangat kan time ni. tgh lunch sebelum pegi jusco. lepas tu ngantuk. no choice, dalam troli la landing nya. tapi tak tido pun. mengada je lebih. dah sampai kat kaunter bayaran dia dah drama, nak gak super ring. so terpaksa split. papa singgah farmasi caring care dgn nia, mama bawak adel dalam troli masuk carrefour pulak cari super ring. beria nak beli super ring kan? anak2 aku dah addicted dgn super ring. tau2, tak bagus. tapi aku tak lah feed hari2. mana aku boleh elak, aku cuba lah elak. this time around, tak kuasa nak melayan lalakan adel, layan kan je lah. dari jusco ke c4 midvalle...

Kena sound dengan nia

Naluri seorang yang aktif dalam laman sosial baik blog, facebook, twitter mahupun instagram, asal ada smartphone, semua benda nak snap. Samalah macam aku. Sejak ada blog mmg semua benda nak snap. Dia bukan niat nak menunjuk. Ada perasaan nak kongsi insiden itu dengan pembaca. Gitu lah. Kena kutuk kalu nanti, belakang kira lah kan. Nak2 skang ada instragram, sejak ada instagram, tiap2 hari ada je lah benda bukan2 aku nak tunjuk. Aku tak terfikir pun nak kena tegur dgn nia. Selalu kena sound dgn wan je. Tapi tadi, masa aku nak amik gambar ni... Masa nak makan kek ni, dtg lah naluri nak amik gambar kan. Kelam kabut amik hp yg bateri tinggal 4% tu, untuk di instagram kan sebelum kena terkam dengan nia. Bole pulak dia sound , 'mama ni asyik2 nak amik gambar'. Gelak je la kitorg. Tp ayat seterusnya tu lg x menahan bila dia   'bukan ada orang nak balas pun!' Balas??? Facebook! Kenalah ceramah free dgn mama, 'nia, mama amik gambar ni bukan nak menunjuk. ...

Serabut

Serabut harini. Banyak benda jadi. Dah balik rumah tu serabut lagi. Rasa macam apa yang aku buat tak betul je. Go with the flow je lah kan. Opss aku dah kena tegur aku sepatutnya tulis 100% in... Eh silap. Kena sepatutnya tulis 100% dalam bahasa melayu. Ok saya ikut. Sebab? Haruslah sebab tatabahasa inggeris aku sangat teruk. Baik! Ok je. Korang tegur aku buat. Pasal status johnny's tu mmg aku baru je tau bila dapat komen kat cerita sebelum ni. Tanya kakak aku dia pun tak tau pasal hal ni. So... Jadi, kitorg akan pastikan ianya takkan berulang lagi. Terima kasih kepada yang menegur. Dah semak kat jakim, takde johnny's dalam senarai. Sebenarnye mmg aku ni jarang meng google nak tambah ilmu. Korang2 yang bagitau baru lah aku tau. Oooo... Ok, tengah tgk bola ke kome? Tetibe lak aku layan bola. Nampak na JK. Jaga diri! Kocik ke bosa gambar yang keluar ni nanti. Gambar hiasan sekadar nak test (cuba). Peace no war! Cakap BM apekah?? - Posted using BlogPress from my iPhone

random update

aku cuba. aku cuba untuk menulis. kita tengok apa yang keluar. here we go... apa khabar semua? ok tak? ok je kot kan. seriously aku dah takde momentum nak ber blogging. aku sekarang tgh kemaruk balik ber instagram. kalau korang nak tau latest update pasal aku, type nama aku, aku ada kat situ. tu pun sebab ada application terbaru iaitu instaplace. mak jakun lah kan. tu yg semua benda nak snap. buat masa ni lah. pernah suatu ketika aku lesap seketika. sebab sibuk kot. skang terketar ketar asyik nak meng haplod je kan. layan. so, my latest update mmg disana buat masa ni.  nak blogging skang masa sangat2 limited. kat office sekarang takleh suka suki nak online. do it at leisure time sahaja. masalah nya takde leisure time langsung kat office. so aku nak cite apa eh? korang nak tau apa? takde benda menarik nak story. sama je macam ayat entry2 sebelum2 ni eh. nak cite pasal anak masuk sekolah, anak2 aku pelajar tua. so takde yang excited nak story. diorg cuti pun pegi sekolah. so the...