Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2012

payah kalau penakut sangat ni...

masalah dari apartment ke double storey ni adalah letih turun naik tangga. minggu pertama pindah mmg tak boleh terima hakikat lagi. becinta nak turun naik. rasa macam, kenapala aku beli rumah 2 tingkat. tapi itu hanyalah kejutan budaya. sekarang ni dah biasa. dah boleh plan bila turun nak bawak apa bila naik kena amik apa supaya tidak berlaku turun naik tangga dalam masa selang 5 minit. niadel pun so far tak jakun dengan tangga lagi. orang dok risau bab tu. siap suruh beli safety gate. tapi so far diorang ok je.  kalau kitorg kat bawah tgh tgk tv, nia ok je bole duduk bilik dia buat ulangkaji ke memunggah ke main ke. takde la all the time diorang kena ada depan mata. macam semalam aku dengan wan sibuk DIY pasang cabinet diorang, dia elok je duduk bawah minum susu bila aku turun, eh tidur sudah. kalau adel toksah cakap la, 24/7 nak duduk kat mama. kalau bole nak masuk dalam perut balik.  berbalik kepada tajuk entry, aku sekarang tgh nak puasa ganti. sepatutnya hari...

mengukur ikea lagi

bukan takat ikea je. tapi kedai2 perabot yang ada. dimulakan dari puchong area. lepas tu macam sakit jiwa je tgk semua benda tak memenuhi cita rasa ajak wan ke ikea nak compare. then baru bole buat decision apa nak beli dan dimana. 2 benda major yang nak beli meja makan and katil niadel. kot ikea ada better choice ke. and nak beli study table nia tuh. walaupun katil nan ado lagi ye.   pe'el nia kalau pegi kedai2 dia akan pegi kat cashier amik pen and kertas yang ada kat situ and menulis. mmg sesuka hati je dia menulis. ini 1 of the thing yang teacher kat sekolah nia cakap lah. she get addicted to books. dimana sahaja mmg akan cari tempat menulis. that's where we thought that study table is a must have. lagi satu pe'el nya, kalau nampak swing chair ni memasing berebut nak panjat. tak berkenan aku tgk kerusi ni. makan ruang je. kat area puchong ni dah dapat lah apa yang berkenan. then terus je kat ikea kot ada better offer. punya lah jem bila dah sampai ke OU...

mickey mouse through out the years at midvalley

selesai pindah randah, aktiviti seterusnya memenuhkan ruang yang ada dalam rumah. survey macam- macam barang. tapi sabtu pagi tu, orang wiring datang betul kan plug water heater dengan kipas yang bergoyang kat dapur. and of course bayaran terakhir kepada mr jackie. pukul 12, ah sang plumber datang nak pasang sinki kat dapur. sejam jugak buat nya. wan sempat lari jap beli pili paip. sebab kitorg tak tau plumber nak tebuk dari bawah or dari dinding. dah tau, terus pegi beli. adel mengadap ahsang buat kerja. dah settle semua, kira KC aku ni dah complete la. apa tunggu lagi? boleh lah memasak. tapi wan ajak makan kat chillis sebab dia rindu kambing kat situ bukan rindu air tangan bini dia. kahhhhhhhhh... terus siap2, menghala ke midvalley.  dari luar MV dah nampak banner mickey mouse through out the years ni. ape ke benda lah ye. MV on weekend di tambah dengan cuti sekolah packed as usual. tapi kitorg kan jenis bertabah hati and selalu nasib menyebelahi kami. asal masuk ...

Bij-Ak bowling tornament 2012

sebab mak ayah aku kena balik awal sebab ofis aku organized bowling tournament haritu. wan dah bising2 aku ni dah la AJK, dah tau awak nak pindah lagi nak buat time ni. mmg penat badan tok sah cakap la. dah la laki bini kena main. heheheh.. dah lama planning kot. maka kena lah bagi komitmen. komited katanya! bertempat di sunway megalanes, sunway pyramid, kitorg sampai lewat sikit dari pukul 12. game start pukul 12 tp 11.30 baru kua rumah. mujurlah tak jem. aku hangkut sekali adik2 aku to replace budak2 office yang tak leh main. sebelum diorang balik johor, pekena bowling 2 game dulu. sampai je, tak start lagi, so setting kan balik group yang dah ditetapkan, then bermulalah game dgn jayanya. overall haritu sangat seronok dan happening.    game yang baru bermula. kitorg book 10 lane. ni group wan.  ni group aku. boss aku yang pakai tshirt merah tu lah paling terror. asal baling je strike. aku jadi tukang sorak je. hahahah.. aku main not bad jugak haritu...

malam pertama dirumah baru

owh, lupa cakap, hari kitorg pindah tu niadel aku hantar ke taska. petang dah settle semua baru aku amik. kebetulan parents aku turun KL ada 2 pupu aku kawen. kitorg mmg tak pegi lah, so alang ayah aku ada bole buat baca yasin doa selamat sama2 since kitorg semua dah mula nak duduk disitu. mmg sesuai la timing nya. tapi kitorg lah, yang kena clear kan rumah supaya tak le huru hara rumah kitorg nanti. bilik bawah, kitorg pasang katil siap2 senang opah nak tido nanti. oh opah aku a.k.a moyang niadel ikut sekali sebab wedding tu, cucu abang opah aku. by the time mak ayah sampai, kira tingkat bawah dah clear lah. naik tingkat atas mmg semua bilik penuh kotak lagi lah. at least main area kitorg dah clear. bahagian dapur lak, adik aku dgn mak aku tolong clearkan. aku rasa mcm tak cukup oksigen dah. pegi bawak2 mandi and baring jap. sebab kitchen cabinet punya table top tak pasang lagi, tak leh la nak rasmi KC aku tu. maka masak la mak dgn adik aku kat luar untuk makan malam. kit...

cerita pindah rumah

hari yang ditunggu dah pun tiba. hari rabu dgn khamis aku cuti tunggu rumah install itu ini. cuci rumah siap. jumaat pagi, badang2 aku pun tiba. dimulakan dgn yang ada dalam daerah, asyran. awal pagi dah terpacak kat rumah aku. patut haritu aku kerja tp orang astro pulak nak dtg pagi tu nak pindah astro. mmg dah kena mark la dgn boss aku. sudahnya, half day jugak aku.  yang tragis lagi kena cuci rumah lagi sekali sebab mcm berchop2 je lagi. nak panggil service cuci mcm tak sempat maka, sendiri bikin. dah separuh hari tu energy level dah tinggal 30% je la. dah tu, ofis dok tanya masuk ofis ke tidak. cuti ke. dengan kata lain, sila lah masuk ofis. masuk jugak dgn masam2 lepas cuci rumah tu. dalam kul 5 gitu adik2 aku dari johor pun sampai. diorg terus balik rumah and terus angkat barang yang fragile ke rumah baru. sebab ada beberapa buah kereta, bole angkat sekali je trip.  yang lelaki dok ulang alik angkat barang. aku lak incharge anak2. aku balik keje terus pegi...