Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2010

Sweet Cute Baby Smile Contest

1) terbuka kepada semua blogger  2) buat satu entry bertajuk  "Sweet Cute Baby Smile Contest" . tajuk lain tak diterima okeh... 3) letakkan kedua-dua banner di atas pada entry korang tu.dan letakkan juga kedua banner di atas pada sidebar korang sepanjang contest nie berlangsung. 4) add blog  intankuterpilih  dan  Baby Ku Cute Collections  di dalam bloglist/blogroll korang dan wajib menjadi follower bagi kedua-dua blog nie... 5) upload sekeping gambar simanja... tak kesahla gambar anak ker, anak sedara ker, adek ker... boleh hantar banyak kali untuk seorang blogger, tapi bukan simanja yang sama.dan sekeping gambar untuk satu entry. 6) make sure gambar tu menunjukkan si manja  tengah tersenyum memandang kamera. .. diulang yea, tersenyum memandang kamera...taknak pandang lain selain kamera...gambar tidak boleh di edit dan bukan gambar studio. 7) simanja hendaklah berusia 0 hingga 3 tahun. 8) di bawah gambar tersebut hendaklah disertakan  N...

MALAS

harini aku malas. jangan ditanya kenapa. malas nak bersosial. cuma buat kerja je harini. sebab aku banyak makan 'dadah' kot minggu ni. so ada rasa lemau sikit. aku dah sihat? ok la, tak la seteruk 2 hari lepas. tapi masih 'on drugs' lagi. wan ok? masih belum ok jugak lagi. masih dikuarantin tido dibilik lain. anak- anak ok? ok je. tgk gmbr diorg la eh sebagai penyeri entry ni. oh, esok dapat cuti, sepatutnya malam ni kena balik kedah sebab ada hal. tapi hal itu telah tak jadi pulak. bole la proceed dgn hal asal. so, nak cuti ke nak kerja esok eh? ok, sekian... peace versi nia. abaikan rambut dia tu. gmbr hari isnin malam adel teman mama lipat kain hari ahad

kami laki bini sakit

selalu kat blog aku ni cerita pasal anak- anak tak sihat kan. tapi kali ni, turn mama dgn papa diorg lak sakit. aku kalau dah sakit mmg la rasa tak selesa. ye la, sakit- sakit kita pun anak tetap kena diuruskan. diorg bukan faham pun kita sakit ke tak kan. kalau besar nia dgn adel tu la kan.  dari semalam aku dah rasa seram sejuk. tetiba wan lak sms cakap dia nak singgah klinik sebab demam. sama dengan la bini dia ni. aku bertahan kat ofis dengan 2 biji actifast (as usual). balik kerja terus wan bawak aku gi klinik nak amik ubat sebab aku dah rasa lembik sangat dah. i thought i was having fever. seperti selalunya. bila doktor cek tekak, tonsil aku membengkak. so it's not fever. virus yang tonsil aku bagi ni buat badan aku sakit. simptom macam demam tapi suhu badan normal. aku cite kat doktor yang setiap bulan mesti rasa gini. ingatkan demam biasa. doktor cakap tonsil ni kalau dia dah ada, dia tak duduk saja. mesti nak kacau antibodi badan kita. hai, sabajela kan. so doktor advise...

nia and her favorite cloth

sejak akhir- akhir ni nia dah pandai nak pilih pakai baju apa. start bila eh? last 2 weeks yang kitorg nak pegi bawak adel untuk injection 5 bulan tu. sebab adel aku pakai kan seluar putih, aku amik la jeans putih jugak untuk nia. naluri nak kasi sedondon tu mmg takleh lari la. ingatkan takde jadi gitu, mcm tu jugak aku ni. hehehe.. tapi, bole nia kata nanak..nanak. . maknanye dia tak mau pakai bila aku nak sarungkan seluar. kebetulan masa tu tgh pakai kan dia seluar tu kat depan wardrobe dia yang tengah terbukak. sekali dia amik skirt poney dia. ewah, dah pandai memilih rupanya. dah tak match dgn adel haritu. then nampak dia ni suka ber-skirt banding dengan ber-seluar.  kalau duduk rumah pulak, nia sekarang suka pakai baju dgn seluar ni. dari start beli, asal basuh je mesti nak pakai balik baju dengan seluar ni kalau dia nampak. tak dan lipat dia dah amik. bila dah pakai cakap cantik..cantik.. ish, tak malu tul anak mama ni puji diri sendiri. ni masa 1st time nia pakai baju de...

home alone with the kids on saturday

menjelang sabtu lepas aku agak suspen memandangkan aku sorang diri je kat rumah dgn nia & adel. kalau sejam 2 bole kugagah jugak, tapi hampir kepetang baru la papa diorg balik. ofis wan ade karnival sukan kat UNITEN, bangi. mujur jugak dekat je. kalau jadi apa- apa senang nak balik. sejak ade adel ni, aku rasa nak handle sorang diri agak susah, bukan agak, memang susah pada aku. kalau setakat papa diorg nak gi basuh kete ke, gi kedai beli susu ke, ok lagi. dan biasanya wan mesti bawak nia. tak kan biakan aku sorang- sorang dengan anak- anak.  kul 7 pagi wan dah keluar rumah sebab sebagai AJK, kena ada kat situ awal. event start pukul 7.30 pagi. seawal tu jugak la aku dgn anak- anak bangun. nak jadi cerita, dengan aku sorang diri yang handle, sampai papa diorg balik la budak- budak ni tak tido- tido. except for nia yang tido kejap pukul 3.00. tu pun wan balik kul 4 lebih. sudahnya, satu kerja pun tak dapat nak buat. angkat punggung sikit, yang ni nak ini, yg itu nak itu. yang...

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku r...

adel kami dah 5 bulan

pejam celik kan, masa cepat berlalu. adel dah pun 5 bulan. sampai entry ni ditulis, adel dah pun 5 bulan seminggu. alhamdulillah, selain dari serangan selsema dan batuk yang kerap menyerang adel, perkembangan adel sama seperti anak- anak normal yang lain. cuma dek selsema & batuk yang selalu adel kena, badan adel dah susut sikit. takpelah, asalkan aktif mcm biasa, aku dah gembira,  ahad lepas, dah bawak adel untuk 5 bulan punya imunisasi. kali ni lebih mencabar sikit sebab dia dah pandai tgk surrounding. yang paling kena jaga tangan dia. tangan dia begitu tangkas mencapai apa saja. mujur mama pakai shawl sebab hobi dia gigit shawl mama lepas tu tarik- tarik.  berat adel 6.7kg. panjang 65cm. ukur lilit kepala 43cm. dah boleh bergolek- golek dgn jayanya. kalau tak dibina kubu bak kata kak mas, mmg bole terlepas jauh. skang kena extra careful la. sebab makin laju menyusur sana sini. pernah terlepas bawah meja, pernah terlepas bawah kerusi. sabajela. minggu lepas jugak, mas...

unplanned sunday

ahad lepas, seppatutnya ada appointment untuk adel's 5 months check-up. sebab atuk nia dgn adel ada rumah, and also paksu diorg, kitorg tak kua awal la untuk check-up tu. so, gitu gini, lepas zuhur kitorg kua rumah lepas atuk dgn paksu diorg balik. unfortunately, klinik tu tutup dah. rehat dari kul 2 sampai kul 7. hai, ni kalau balik rumah balik, takut tak keluar je ni. mujur la, anak- anak dan mamanya berpakaian senonoh. so decided to go to alamanda. kalau gi jusco depan ni je apa nak dibuat sampai 5 jam kan. kot la nak ke floria pulak kan. tapi cuaca mcm mendung je, sure hujan. to be safe, tak pegi la. just pusing- pusing kang alamanda je. sebab nak beli groceries macam biasa. sape kata aku tak masak? aku masak la jugak kan. ok la ni kan. hehehe.. atuk yang datang kl pun penuh schedule nak jumpa org sana sini. yela, semua adik beradik ayah aku dok area kajang je. tu yg dah turun tu, mesti jumpa. le pusing- pusing cuci mata di carrefour. tersengih- sengih wan dapat mainan dia...

saturday night : bowling

lepas ita and her family balik, lepas maghrib kami bersiap siap nak ke Endah parade kat seri petaling. baru aku tau namanya Endah parade. selalu cakap carrefour seri petaling je. company wan ada buat bowling tournament antara unit. satu selangor kot. selaku presiden sukan unit gombak, haruslah hadirkan diri walaupun tak bermain.  meriah sangat malam tuh, kitorg sampai pun game baru je bermula. tapi, dok tgk org main je, tangan ni gatal jugak nak main, so riki riki kat kaunter kot ada lane kosong. memula takde. tapi bila jam dah kul 10 tuh, ade pulak kosong. ape lagi, lepas dinner kat kafe kat situ, terus mengasah skill yang berkarat ni. sangat lah horror bila main. strike nye sekali 2 jek, yg banyak ke longkang. last main pun masa baru kawen kot. lepas tu pregnant back to back. wah, back to back tuh. hahahah.... so, malam tu baru berkesempatan. apa pun, sangat enjoy!  sampai je mmg game baru je mula. ada 5 unit bertanding. unit gombak, unit langat, unit pantai, unit sha...