London 2016 - the arrangement

assalamualaikum. kembali bersiaran di pool anak. aku dapati ini je masa yang sesuai untuk aku blogging. 2jam. waktu lain mmg tak nampak kemampuan utk berblogging nye. so setelah aku scroll2, next event yang aku tak cite lagi adalah london trip. last trip keluar negara adalah masa ber-4 lagi. sejak ber-5 belum kesempatan lagi nak keluar negara. sessi pengumpulan duit dan rafa still baby. dalam masa tu jugak dok tgk adik beradik ayah aku dok berjalan ke luar negara. tak terfikir pun dalam hati 1 hari nanti akan join. sebab kot ingat trip warga emas berjalan. hahaha..
.
tapi, sampai lah this 1 fine day. i still remember that day. masa tu sabtu kot, sabtu wan keje while aku uruskan anak3. then mak aku call / whatsapp bagitau makcik kitorg kata ticket london tgh murah. dalam 2k. normal ticket surely lah boleh cecah more than that. so kena decide time2 tu jugak lah nak ke idak.
.
aku rasa masa tu aku kan car porch tgh turun barang dalam kete kot then aku call wan masa tu aku cakap, ticket london murah 2k nak join mak pakcik aman maksu semua tak? ha begitu! dia mcm haaa??? kekdah ko paksa2 laki ko buat decision dan2 tu. ending dia akan jawab 'apa2 lah, bolehlah bolehlah' hahahah... ye cenggitu situasi mendecide nak pegi london. that was on april kot. 

mimpi jadi nyata...

pehtu, bermula lah plan to london trip. london kau! gile kalau tak teruja. we had meeting after meeting, discussions afrer discussions. emails flying around nak settlekan london trip ni.


HARGA TIKET MASA KITORG BELI TU. KITORG NAIK FLIGHT MAS DIRECT FROM KL TO LONDON (HEATHROW AIRPORT)
ADULT - RM 2,801
CHILDREN - RM 2,101
TOTAL BERLIMA - RM 11,900
.
gile bapak baru ticket! hahahah... ni deme kata murah dah ni. date yang kami pilih adalah 27 November 2016 - 2 December 2016. musim masa kitorg datang ni masih lagi winter, suhu paling sejuk dalam 8degree paling panas pun belas2 gitu. so most of the time mmg pakai thermal wear and winter jacket. kekonon tahan la tak bersarung tangan, tak tahan ko, sarung jugak all the time, siap salam beli sarung tangan, jenis bulu2 tetap tembus tembus kesejukan.


team berbungkus all the time. sarung tangan aku tu fail tak leh pakai, korang nak beli, beli macam wan tu, tapi jenuh nak cabut lah bila nak amik gambar. sarung tangan aku tu konon boleh pakai utk pakai phone, beli kat universal traveller. mmg function tapi tetap lah tak rasa warm pun.

ok, next pasal penginapan sepanjang kami di london pulak, kitorg stay kat Grand Plaza Services Apartment. walking distance dengan bayswater station (ada underground station bayswater berhampiran). Grand Plaza Service Apartment ni adalah dimiliki dan kendalikan oleh Felda Malaysia tempat najib ni. hehehe..  walking distance dengan Malaysia Hall dan restoran nye juga adalah halal.. pakej yang di offer oleh Grand Plaza Services Apartment masa tu adalah seperti berikut. price might be change lah kan dah bape tahun..

ni masa jalan kaki nak gi naik train, memang lalu depan Malaysia Hall ni.

hotel entrance.

konsep hotel dia adalah apartment style. ada 2 option:
- 1 unit x 2 bilik tidur : RM 1,400.00 / night (1 bilik mandi) - inclusive 4 breakfast per unit
- 1 unit x 3 bilik tidur : RM 2,400.00/night (2 bilik mandi) - inclusive 6 breakfast per unit

kami amik penginapan selama 6 malam. dan memilih apartment yang ada 2 bilik tidur. so kalau dah 6 malam to total untuk accomodation adalah RM 8,400.00 per unit. 1 unit aku dgn mak aku, 1 unit lagi, maksu dgn pakcik aman. hotel dia selesa. breakfast dia pun best. ada nasi lemak ko! gile ko nak kata tak best bila dapat makan nasi lemak hari2 kat london.

lobi hotel


hotel ni ada je lift, tapi bila dah reach kat level kitorg tu, nak naik ke bilik, kena naik tangga halus cenggini. antara yang aku boleh highlight just in case korang nak guidance. mujur lah ada laki aku yg sado tolong hangkut semua barang kitorg. hahaha.. nak sampai barang penuh makanan, nak pulang barang penuh dgn hasil shopingan. kahhhh... ni view dari pintu bilik kitorg,

masuk bilik, nampak walkway nak ke ruang dapur, dan bilik. kalau lintangkan luggage memang nyempang, maka nya kena lah pandai adjust. aku dgn mak ayah aku kat sini. 

ni area dapur, ada meja makan.. 

 wifi jugak terletak di kawasan dapur ni. wifi wajibulghunnah. gile bayau mahal takde wifi kan.

ruang dapur yang di conquer oleh cikgu rokiah. penuh cabinet dengan barang2 makan mak aku bawak

tv pun ada kat area dapur ni. tapi rasanya tak tgk tv pun kitorg. 

kat dapur ni jugak terletak satu sofa bed yang boleh di convert jadi katil. ni tempat nia adel dgn cik ina diorg tido. 

 kitorg request housekeeping untuk convertkan sofa bed ni kepada tempat tido. tu ha depan tu dapur kau. hahaha... tapi kitorg alih kan ke belah hujung lah, tidak lah betul2 ngadap dapur tu.

ni salah satu bilik kat hotel ni. 

bilik air sini ada heater makanya, kalau nak basuh baju, sidai aje kat heater tu kering the next day.

ok, settle bab accomodation. apa lagi? ok ground arrangement pulak. at first kita nak amik 1 private coach yang boleh cater kitorg sekeluarga sepanjang trip. kiranya instead of naik train berbandung2 tu, kitorg naik transport and ada org yg akan bawak kitorg. tapi nye, memandankan the cost is extremely pricey, so we decided utk split the trip.

kat sini, muhamad ridzuan punya watak adalah sangat penting bila kitorg telah decide untuk pakai kawan sekolah dia dulu yang sekarang menetap di UK dan bekerja disana. Redza nama dia. his ex-KYS mate telah sudi memjadi tourist guide kitorg untuk 2 hari pertama dan kos dia adalah sangatlah murah. kalau korang nak contact dia, later boleh buzz aku. dan korang boleh check it out dengan dia. and for the rest of the trip kitorg jalan2 naik underground train, bus hop on hop off and jalan kaki aje. 

tabah lah si redza ni melayan kerenah 17 orang dalam rombongan ni... ni masa hari kitorg naik public transport, tengah mengumpul jemaah depan hotel untuk berjalan. 

2 hari pertama kitorg naik 3 bijik mercedes wagon ni sebab kitorg berjalan kat luar dari kawasan bandar. hat depan sekali tu kawan wan punya. umur 36 sebijik mercedes. bila tah nak migrate london jugak ni. muahahah... dah dok sana nanti sibuk kan nak balik nak dekat dengan family.

kitorg naik bus...

naik feri

banyak jalan kaki jugak..

naik underground train, of course lah kan, wajib!

ok, ini intro... dari arrangement...sampai lah nak dekat dengan date kitorg nak berlepas tu, ada insiden berlaku kat family kitorg dimana, salah sorang pakcik kitorg terpaksa menjalani pembedahan yang menyebabkan dia tak leh join trip ni. mmg agak panic jugak sebab he was supposed to guide us during the trip sebab dia yang familiar dengan kota london. kitorg siap tanya agent kalau boleh kita tunda sikit tarikh so that he and his wife can join us. mmg murung lah jugak. tapi disebabkan semua arrangement dah pun dibuat, kitorg sebulat suara untuk proceed jugak. anak2 diorang pun join kami. 

ni gambar sehari sebelum berlepas.. kitorg melawat pakcik kitorg. dalam sakit2 tu sempat melawak lagi. alhamdulillah sihat walafiat beliau sampai sekarang. 

 ni baru sebelum kejadian....kejadian hari sebenar next post. stay tuned...

0 comments:

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in