Live Your Passion Rally with #Oilybuddies team!

Assalamualaikum, Hai korang! lepas our 3rd live your passion rally kali diadakan pada tahun ni terus bukak blog nak buang sawang, we just got to know that carian tertinggi untuk orang membeli adalah melalui google, bukan facebook. hence, nayville's blog ada new post lah.
.
so whats up with live your passion rally (LYPR) ni? starting this year, sebagai salah satu cara untuk mengembangkan YongLiving punya nama di Malaysia terutamanya, YoungLiving telah membuat program rally pada setiap 4 bulan. caranya, setiap distributor boleh memilih untuk menjadi host untuk menganjurkan program LYPR ni.
.
ini merupakan kali ke-3 aku menyertai LYPR, tetapi ini kali pertama bersama alliance #Oilybuddies! gile tak excited. having other teams who willing to share their success stories, their struggles, their journey in doing YoungLiving Business.

berobjektifkan sharing from the heart, event berlangsung seharian di Hotel Everly, Putrajaya

 logo rasmi LYPR 

tentative kami yang super padat dan sarat dengan perkongsian ilmu dari otai2 YoungLiving. nampak macam tak realistic. iyelah, back2back slot kot dari awal pagi sampai ke malam, doable meh? jom kita tengok apa yang berlaku di hari kejadian

barisan committee yang dah sampai seawal kam 8 pagi. sempat last minute kita order tshirt utk team #oilybuddies ni. tak, tak, bukan kena ada duck utk jadi committee ni, takde duck pun boleh je jadi committee, kami kan sejenis sakan bergambar, makanya, lagi lawa kalau diseragamkan team committee untuk memakai team tudung yang sama. siap subsidi pada yang takde. itu dah macam tradisi pulak kalau ada LYPR event ni. hahaha. these are #Oilybuddies humble leaders, dari kiri munirah hanim, penasihat oilybuddies Diamond leader, ada kak sham, Gold leader, ada Jiey yang  juga sudi jadi penasihat #Oilybuddies, ada nurul, platinum leader. bila dapat bersama2 dengan diorang mmg rasa kecik aje diri. 

para peserta dah mula memenuhkan kelas 

event bermula dengan pembukaan ucapan dari Gold leader daripada #jomoiling yang menceritakan bagaimana tercetusnya #Oilybuddies. gabungan team jomoiling, team oilyjolydoly, team touchofoils dan team oilrangers (my team) telah bersepakat untuk berkolaborasi mewujudkan Oilybuddies. kak sham share macam mana dia approach team2 kami dan jugak minta nasihat 2 top leader kami munirah dan jiey untuk mengadakan kolaborasi ini. Alhamdulillah, dengan mengambil kira beberapa concern, kriteria, maka pakatan oilybuddies berjaya diwujudkan. 

pada hari itu jugak, selain dari 30 orang yang register untuk menyertai team building ini, kita jugak adakan live sharing secara online melalui aplikasi zoom. ini untuk membolehkan kepada sesiapa yang tidak dapat hadir menyertai beberapa slot pada hari itu. sebab biasanya kalau event2 macam ni, YoungLiving akan adakan on-site promo yang mana ada offer menarik kepada peserta2 yang hadir secara langsung dan jugak virtual untuk membuat pembelian. online zoomers yang ada pada hari itu adalah seramai lebih 50 orang. sayang sebab slot yang di allocate oleh kami adalah 30 orang aje, sebab ini team building punya session kan. 

sessi kedua diteruskan, iaitu perkongsian perjalanan menuju rank diamond oleh munirah hanim. glamour makcik ni dalam dunia pem-blog-an. idola pun ye tengok life dia, tapi kita tak tau the other side of her story yang mana dia struggle dalam nak membesarkan anak2 dia especially anak no. 3 dia, uzair yang ada masalah autism. apa pun, semua berlaku ada hikmah dia kan? she tried YoungLiving, dan dari menggunakan terus boleh generate income. antara yang dia tekankan adalah the power of giving. redha dan ikhlas. walau sikit mana pun dia ada masa tu, tapi kalau dia nampak yang lebih memerlukan, dia akan bantu sesikit mana yang dia mampu. dia pegang prinsip itu. tak dinafikan dia seorang yang tak lokek dan akan dulukan semua pasal YL stuff especially kalau ada issue. Allah reward dia dengan kesenangan sekarang sampai dia mampu bagi mak dia sebuah kereta BMW. tapi the journey to get there, mmg kena all out, kena ada strong BIG WHY kenapa kita nak serious dalam business ni.

dah macam MLM session pulak dah. hahahah.. but seriously, kalau ada perkara yang boleh bantu untuk kukuhkan pendapatan kita, why not? in fact semua leaders yang kat atas tu tadi kalau yang bekerja mmg berenti keje sekarang. inshaAllah aku pun akan ikut jejak diorang 1 fine day.

serious kami dalam mendengar perkongsian oleh munirah hanim. bermacam perasaan, bercampur baur. terus berlgar dalam kepala, ok, what should we do next, cemana kita nak pasang strategi dalam meningkatkan diri. cemana cemana cemana... vision board kita kena realistic. kita boleh tulis seribu satu impian, tapi kita kena ada plan towards the vision. an inspiring story from our diamond leader.

program terus menerus diteruskan dengan next slot yang mana 5 orang silver leaders berkongsi kisah mereka tentang the touch and the struggle in doing YoungLiving business. faktanya, kelima lima panel ni sudah mempunya pekerjaan yang stabil, 3 di oil&gas company dan 2 government servant. a mom, some ada special needs children. tapi disitu diorang doing really good in business as well. siap menang Hawaii trip lagi. kagum dengan kisah benar yang mereka kongsikan dan senjata yang diorang gunakan dalam juggling dgn kehidupan harian dan jugak dalam memastikan business YoungLiving mereka jugak success.

yang paling best aku rasa dalam slot ni adalah, kita adalah dari berbeza group, tapi semua orang tak lokek untuk berkongsi recipe kejayaan group masing2. suka aku dengan dari salah sorang OJD's team, yuyue yang bagitau, at the end of the day, kita letak pada rezeki, if Allah says its your, then its yours. kalau dah usaha macam mana pun, kalau Allah kata bukan kita punya, then bukan kita punya. what an awesome forum! terima kasih korang atas perkongsian yang sangat bermanfaat ini. dia jadi nervous sebab semua benda kena adjust semula. semangat!

selepas bertubi2 session separuh hari kami, kami dah lapar teruk, kami lunch break. sebelum meneruskan sessi seterusnya. makan pun kena laju2. masa itu emas!

sesudah lunch, kami meneruskan acara kami dengan sharing ringkas dan padat oleh jiey, diamond leader kami tentang tajuk cemana nak spice up your sharing session & keeping your spirit high with emotional freedom technique. halangan kebanyakan kami adalah mengadakan sharing session. kami lack of confidence sebab kami tak tau apa kami nak buat during sharing session. so jiey share tips dan demo session yang wajib kita semua buat kalau kita menganjurkan sharing session kelak so that audience tak bosan dengan sharing tu nanti. bercakap aje, orang pun tak larat nak dengar, so ada beberapa cara yang kami belajar untuk lebih menampakkan keberkesanan YoungLiving Essential oils secara langsung dan seterusnya objektif sharing session kita itu sampai. emotional freedom technique (EFT) jugak turut diajar dalam sessi tersebut.

jiey tengah menyanyi rap back up dancers kiri kanan sedang bersedia. hahahaha.. tak lah, ni jiey cek each of us buat teknik yang diajar untuk kita practice kan pada sharing kita nanti. padat sungguh slot ini. 

habis, dah slot ni, kitorang break kejap untuk check in pada yang stay in. solat dan datang semula ke kelas. tak dan baring lah orang kata. mmg berenti solat break aje, bila masuk kelas, kami didatangi oleh YoungLiving manager dan staff yang membuat spotcheck untuk host2 rally.


yang best nye, organizer rally dapat new launch product yang mula dijual pada hari itu. gile excited semua orang dapat tgk lantern diffuser live.

product baru yang launch pada rally ada di depan mata. ada lantern diffuser (gile lawa kau!), ada journey EO, kunzea EO dan einkorn flakes cereal. rezeki kepada kami dapat rasa einkorn cereal tu. macam cereal lain tetapi, kita tau ianya lebih sihat!

lepas tu kita teruskan slot dengan indoor game bertajuk work in team setting your vision and mission bersama platinum leader OJD, nurul hayati. gamat kejap kelas sebab masa indoor game, ada 2 biji gelas yang pecah. hahahah... cukup bekerjasama ke idak tu korang? sorg dalam ahli kumpulan kena tutup mata lepas tu jalan menuju ke team mate diorang, dalam masa sama team lain akan datang ganggu. ha macam tu.

selepas itu nurul suruh kita semua tulis visi dan misi in young living. apa yang kami semua nak capai. kemudian nurul tanya randomly peserta2 apa misi dan visi diorang. ia bukan hanya tulisan dalam kertas ye, nurul tanya cemana nak menuju kepada target itu? mmg kena tanya sehingga ketitisan terkahir lah buat kekami ni kecut perut. tapi! 1 yang aku dapat adalah, angan2 mat jenin kita tinggi, tapi kita takde drive utk work towards that dreams. apa yang nurul ajar adalah untuk kita semua bukan hanya menulis vision sahaja, kita kena memikirkan apa cara kita boleh buat untuk kita usaha menuju kepada target kita. key point is untuk usaha, buktikan dan buat! thanks nurul untuk indoor game yang simple ni tapi membuka mata semua. sis sendiri insof.

kami berenti lagi untuk solat asar break sebelum kita sambung semula kepada finale punya session. gila pack kau!

final session adalah bersama cikgu faizul hafiz (korang pegi follow dia kat facebook). siapa dia ni? entah aku pun no idea memula. tapi dia punya advertisement di google adalah terletak paling atas sekali di carian google masuk tahun ke-3. cemana caranya? ha, slot ni yang kami stay sampai sampai hampir pukul 10malam! permulaan yang agak suram tapi bila dah masuk di tengah dan towards the end semua orang jadi bersemangat untuk bangkit!

key point yang cikgu faizul kongsikan adalah pembeli yang serious akan membuat carian di google, manakala jika orang nak shop around jalan2 cuci mata, mereka akan pegi ke facebook. oleh itu, cikgu faizul bagi kami kerja sekolah untuk membuat website masing2, dan jumpa dia dalam masa sebulan untuk dia kongsikan bagaimana caranya untuk website kita tu berada di carian tertinggi di google.

and here i am, cuci sawang di blog untuk menghidupkan semula blog ini. terima kasih banyak kepada cikgu faizul atas ilmu yang banyak, tak lokek pulak tu, all in dia cerita. ayat dia 'ni aku dah habis telanjangkan semua ni' hahahah damn! dia nak jumpa kitorg semula, sebab dia kata saya dah share tips, kalau kamu tak buat, kerugian adalah dipihak kamu, bukan saya. orang tak kenal Young Living Essential Oils lagi sebagaimana orang kenal produk2 yang lain, so jangan bazirkan masa, get yourself established as an independent distributor. 

team #Oilybuddies yang seharian menuntut ilmu. yea badan kita penat, tapi otak kita ligat, apa kita nak buat first thing in the morning tomorrow. 

team mate yang sangat committed (missing munirah here sebab dia kena balik awal, anak dia sakit). aku sangat lah appreciate atas segala kerjasama, perkongsian yang korang berikan. sayang korang! and thank you so much to korang semua atas perkongsian wang ringgit, tenaga, ilmu, masa dan segalanya! 

moga kita semua tak hanyut dengan negativity di sekeliling kita..

moga kita peroleh manfaat yang banyak dalam sessi rally kali ni...

bak kata jiey, jalan terus! walau apa pun halangan yang datang..

usaha, usaha, usaha!


note : siapa sangka alyyani anuar yang pernah berazam takkan buat benda2 similar with MLM ni, dah berada disini selama hampir 3 tahun. aku ingat hangat2 taik ayam, tapi, damn, this is real man! 

2 comments:

Puteri Nuur said...

Masya Allah lama weh aku tak komen kat blog post orang. Nak cakap, aku takde gambar dengan Nurul. So nak amik dari sini. Saje je comment ni sebab nak suh rating naik. Hahhahaha.

Unknown said...

put! banyak ku belajar dari mu put. thank you so much for sharing everything. pelok put! dah update blog roger2, sis nak dtg! muah!!

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in