bekas mainan #niarafadel beli kat ikea cheras & mytown mall

tajuk tak menjana minda. layan kan. yang paling disasthur dalam rumah ni adalah mainan budak nertiga ni. lagi banyak yang dibuang, lagi banyak yang bertambah. never ending masalah ni. kadang bukan nak beli sangat. beli benda kecik2 lama2 dia jadi serabut rumah. rafa belum lagi paham nak mengemas, tu jadi lagi tunggang terbalik rumah. jangan kata rafa, adel tu pun kemain payah nak mengemas. kakak nye takde masalah. mmg mudah nak mengemas kalau lepas main.

so tadi, ajak wan pegi ikea sebab nak beli storage box. tak tau nak imagine camne rupa storage box tu, yang hat lembik ke, yang hat keras ke doesn't matter, janji ada tempat simpan mainan. ye orang cakap, jadikan satu dedicated area untuk anak2 punya play area. rumah sekangkang semut, situ lah main, situ lah buat keje sekolah, situ lah melepak. situ lah. takde nye diorang nak duduk atas main mainan. semua mengikut buntut mak pak eh. makanya sebab tak tahan tgk keserabutan rumah, ke ikea kita.

ni apa ni apa ni? macam tempat pemunggahan sampah. ni lah rupa rumah yang ditinggalkan sebelum keluar rumah tadi. kitorang beli 3 storage box tu berharga rm29.90 each. memilih kaler pun boleh bergaduh anak beranak. last2, amik semua color. ada color putih jugak. sampai rumah takdan bukak tudung, terus operasi memunggah, buang mana yang tak perlu dan susun ikut kategori. yang hijau, mainan universal, yang pink mainan niadel, yang biru kereta rafa.

baru nampak carpet rumah. dah susun dan tutup dengan harapan deme tak kumbah dah. yang biru tu sampai tak boleh tutup sebanyak2 kereta rafa. lepas tu papa nya filter balik sebab aku nak buang kete anak bujang nye kang salah buang, mama yang kena. padahal tidak leh aku ingat mana satu kete rafa. apak nye je ingat. tu pun katanya banyak lagi yang MIA. silalah korek bawah katil ke sofa ke adalah dia. moga bertahan lah sampai hujung minggu. kereta mana yang dia nak main, dah dikeluarkan siap atas rak tv tu. kakak nye kat atas masa ni buat revision. wah revision ko.

ikea cheras attached dgn mytown so singgah lah tadi. boleh lah. gitu lah shopping mall. sebesar2 mall nye. ko mampu dgn tak mampu je berjalan. oh ada MPH so singgah beli buku kat situ.

kali ni diorang memilih beli buku cerita bahasa cina. dalam buku nilam kurang buku cerita cina katanya. 

ok dah tu je. bai! esok koje..

0 comments:

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in