#teamrayakl 2016

habis cerita seminggu beraya di kampung, weekend seterusnya sambung beraya rumah sedara mara di kajang / KL. rutin tahunan. tapi rare nye tahun ni buat julung2 kalinya di sertai oleh kakanda aku yang tercinta. aku baru sedar sejak dia kahwin belum berkesempatan dia bawak abang ipar aku beraya kat sini. sabajelah. so mmg buat appointment siap2 lah kat semua pakcik makcik aku yang available. gigih kan. aku mmg organized kalau bab2 berjalan ni. sebab bawak rombongan and nak make sure tempat dituju tu ada orang nye.

10 Syawal

hari jumaat. aku masih bekerja. plan asal nye nak beraya jugak malam tu cover lah rumah dekat2 so takde lah pack sangat sabtu and ahad tu. ok, kakak aku dari johor gerak sampai kat smart reader amik rafa dgn adel then amik kunci rumah aku masuk rumah dulu. rehat2. kot boleh rehat. memang tak lah kan. aku pulak last minute wan kena keje malam tu. ada apa tah lope. ok je. bini independent, dia tau boleh handle. hehehe.. aku pulak amik adik ipar aku kat stesen Setiawangsa sebab kitorg keje 1 kawasan kan. so jumpa kat rumah. plan asal beraya rumah pakcik jamal ke mak ngah ke dekat dengan area aku. ok la kan. sekali dekat pukul 6 tu adik aku call kata tukar plan raya rumah maknyah dulu sebab mak nak buka puasa rumah maknyah. rumah maknyah kat bandar tun razak uols! baru start nak beraya plan dah tunggang langgang. lek2. aku roger kakak aku, long siapkan anak2 aku, aku sampai je kita terus gerak gi rumah maknyah. maghrib kat sana. sampai je memang kelam kelibut macam apa je. nasib gak wan takde. dia tak leh kabut2 ni takut penyudah dia tak mau pergi. start kete terus jalan! sampai rumah maknyah pukul 8 kot. sempat lah aku dgn adik ipar aku yang puasa time tu buka puasa kat rumah maknyah gak. kakak aku dok pening, pening, pening... lagi pulak jalan jem teruk kan dah nama hari jumaat. lagi la dia pening. duduk kedah tak hadap jem2 ni. aku dah biasa.

10 Syawal
balik keje, terus buka kat sini. maknyah is the best! boleh masak within half an hour. yang jadi nak heran nye anak3 aku makan macam dah 2 tahun tak makan nasi. sama la dengan si kecik tu ha. 

beria maknyah menjamu cucu2nya. order telur goreng dapat telur goreng. mengada lah korang ye.

lepas tu mintak diri dari bandar tun razak, kitorg terus pegi cheras jaya rumah makngah. makan lagi anak2 ni ha. air teh dgn cicah sekut. feveret diorg ni.

pakngah yang sebelah ayah tu. tak bape sihat. sebab diabetes. tq pakngah kasi macam2... aufa ko buat apa ha??? makan oren letew

opah dah 5 orang cucunya. inshaAllah tahun depan tambah lagi sorang.

lepas ke cheras jaya, terus ke taman universiti rumah pakcik aku. adik ayah. ni sampai2 kena bebel. kata nak datang pukul 10 ni orang nak tido dah. hahaha.. lek la pakcik.. bawak rombongan ni. time ni dah nak pengsan kot semua orang. kakak aku dari johor, mak ayah aku dari perak, aku dgn anak2 keje / sekolah. gigih kan kami? raya punya pasal. aku mmg time raya je jumpa sedara mara. #confession

11 Syawal
#teamhajianuar ready nak gegar jalan. sebelum nak keluar mashaAllah paham je la kan. hahaha.. ni kurang sorang. paklang ainal takde. keje.dah moh keluar beraya.

rumah first rumah maksu kat puchong. breakfast kat sini. nasi lemak maksu memang meletop. kitorg tak leh lewa2 sebab banyak lagi rumah nak kena pegi. 

lepas tu pegi bangi ke rumah paklang. 

baru rumah kedua dah zzzzz.... mmg time dia tido. tu pasal kat sekolah banyak tido dari masuk kelas. sebab jenis tido lewat. sebab ikut mama, selagi mama tak tido dia tak mau tido.

lepas tu lajak sikit ke rumah pakteh. rumah pakteh dekat dgn rumah paklang tadi. ni sepupu mak aku.

sebab datang mengejut, dapat makan dominos. yeay! suka. hahahahah.. tq pakteh. susah2 aje.

gambar family raya ke-11. budak2 ni ngantuk la ni. cubaan sabotaj gambar..

amik gambar dengan semua family member. 2 keluarga je. tapi udah ramey gini. ye la, aku 6 beradik, pakteh 6 org anak. ini lah dia...

baru 3 rumah dah nak zuhur, solat kat bangi dulu. dah alang kat bangi, sebelum tu bawak family member aku gi tgk rumah. gitu gini nak siap dah. nanti aku jadi personal shopper korang ye kat bangi sentral. hahaha.. nanti2 lah cite pasal ni. tunggu dah siap dapat kunci seme.lepas tu solat zohor kat surau dkt dgn taman rumah aku ni. yang jamak, jamak. yang zuhur, zuhur.

dari bangi, nak ke shah alam. jelutong. mak punya kawan anaknye kahwin. dah alang nak ke shah alam memang terus ke sini dulu la. mashaAllah dia punya jem. sangat sangat sangat jem. siap hujan lagi. dugaan betul. semua pakat pegi open house. 

hujan pulak masa kat sini. sampai2 je masing2 cari toilet. then tgk ada tempat solat. solat asar dulu then baru makan. kenduri ni start petang citenye. tgk pengantin belakang tu, rilek je makan kat tempat sama dgn tetamu. sempoi habis. sedap makan kat sini. kawan mak aku mana satu pun aku tak tau. menjadikan alasan, korang kahwin haritu diorg turun perak tau. ye baiklah mak, mari kita pegi. 

lepas tu cepat pegi pulak batu 3 rumah uda. mmg sangat lah menduga. sekali boleh silap ikut jalan. waze ayah vs waze betul. ayah naik dgn kitorg. so mmg berlaga waze la. end up telajak la telepas la ikut jalan tah apa2. aunty masak mee jawa ke mee udang. wan kata ni no. 1 makan paling sedap. tu mmg keje dia lah. habis beraya mesti buat ranking makan mana paling sedap. khen! berlonggok sekali dgn family member lain. time ni nak maghrib dah.

lepas tu ke meru pulak rumah paktam. gigih weh gigih. maghrib kat sini. mee kari uols! meletop! kuih koci wajib. mmg heaven la. tq maktam. tak dapat sembang lama sebab rushing. terima kasih banyak sebab menjamu kami semua.

suka nya makan2 gini... #tetibe..

akhirnya sampai kat rumah pakcik aman. diorang buat open house haritu sebab mak ayah turun kl hari tu. tapi kitorg tetamu paling last yang sampai. dekat pukul 11 malam ko sampai. yang paling kesian yang 2 orang dah pengsan terbaring tu. jadi driver dari awal pagi sampai ke malam. dgn jem segala.

tetamu terakhir. makanan pun dah habis. dapat lah makan char kuey teow dgn kambing sikit. takpe, yang penting attendance. 

11 Syawal
ahad dah lemau tahap dewa. hahahaha.... semua tido rumah, awal pagi ayah keluar dgn akmal settlekan hal family kat kajang. along dah gerak dulu pegi beraya dgn kawan dia jap. 6 tahun sekali beraya kan. mana nak kira raya dgn family, dgn kenkawan. kitorg sambung beraya. pagi di rumah kawan mak kat bangi. menjamu habis ni..

dari bangi, lajak ke beranang rumah pakci poji dgn makcik liza. untuk hari ahad, food rumah makcik liza mendapat rating no. 1 muhamad ridzuan. sebab ada sambal udang petai!

mamat yang berdiri tu makan bertambah2. lepas tu lemau habis. nak kena pegi gombak pulak..

petang akhirnya sampai di gombak. kebetulan ada makyang dgn ayahyang sekali. jumpa terus kat sini.. ko dah kenapa tu rafa posing gitu?

makan makan dan makan lagi. makan nasi, makan mee kari. anak3 aku bagi makan siap, malam balik tido terus.. 

muka dah macam apa je kan. sekian lah sessi beraya untuk minggu tersebut. jangan ingat dah berakhir. ada lagi sambungan...

terima kasih daun keladi kepada sema family member yang sudi menjamu kami...

#rayakansebulan

1 comments:

Nad MamaZN said...

suka ar baca..! sama ar kita. masa raya je pun nak berjumpa sedara. tu sbb selamba soh atoknenekZN beraya kl, haha! weekend+raya+jem = berpisah tiada haha!

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in