#rayakansebulan 2016

disini aku sump um kan aktivit raya tahun 2016. nak pecah macam over sangat pulak. weekend seterusnya. masih lagi mood raya. tapi sebab wan keje hari sabtu, sessi beraya start lambat. pagi bawak budak2 pegi tuisyen cam biasa. lepas tusen, tunggu papa balik dari keje then mari pegi beraya. 

18 Syawal
memula ingatkan sesat. silap taman silap kawasan. sampai ke klang tu. dah risau. nasib lah betul. lorong rumah je silap. ni rumah downline i ni. heheheh

asalnya dia blog reader, lepas tu dia start beli young living essential oils dengan aku. lepas tu start jadi member, lepas tu start join acah2 nega jugak. hehehe..  ko tgk rafa tu, dah merembat lori besar anak aunty ni punya. tq eja sebab sudi jemput kitorg.  

sedap2 food dia. laksa johor paling best.

lepas tu dari klang, terus ke gombak. jalan tak jem tapi hujan pulak. sangat lebat. sampai2 je rumah officemate aku hujan turun selebat2. wan boleh pulak tido dalam kete dulu time ni. kitorg turun dulu masuk rumah. niadel makan..

bergambar dengan ruan rumah sebelum bergerak ke rumah seterusnya

lepas tu kitorg ke sentul. dah alang ke gombak kan. beraya rumah kyan. best gila rumah ni. toys dibenarkan untuk dipunggahkan di tgh laman. kata tuan rumah nanti bibik takde keje. hehehe.. maka meroyan dak2 ni..

dgn tuan rumah yang kasi toys sepah2. hehehehe

malam pulak bertembung semula dengan family aku yang again turun ke kl ni beraya. tah kenduri kahwin rasanya. malam jumpa kat sini. dinner kat restoran fizomawar kitchen. tah kenapa ending nye makan kat sini. layankan aje lah. 

gigih jugak nak dinner kat luar sebab nak celebrate bday ayah sekali. in advance gitu. haritu 23july. bday ayah 25july.

ayor nye dalam bag gitu. pelik2. layankan. sedap2 jugak food dia..

ayah dah 64 tahun. adik doakan ayah diberi kesihatan yang berpanjangan. amin...

19 Syawal
hari ahad tak kemana. sebab gang2 minyak aku nak datang beraya. konsep pot luck. aku tapau nasi arob ahmad albab. 

ni gang2 minyak. semua pengguna tegar minyak young living. sorang tu dah betul2 success dalam YL business ni. yang lain masih jauh perjalanan.. thank you korang menghuru hara kan rumah aku.

rumah sempit weh, dah takde ruang nak duduk. tak lama lepas tu anis pun datang. bukan open house ni. deme meng open house kan rumah aku. 

25 Syawal

minggu seterusnya we were supposed to go to kuantan, menghantar rombongan sepupu aku kahwin dgn org kuantan. dah excited2 dah nak gi sekali isnin ke selaa sebelum tu dapat tau dari principal sekolah adel yang center diorang terpilih untuk buat performance kat AEON equine. kira smart reader buat tour and pilih center terdekat untuk buat performance. and of course la pelajar2 senior kena masuk sekali buat performance. adeh.. rosak plan mama ko ni adel. tapi support punya pasal terpaksa cancel plan ke kuantang. so sabtu tu pagi2 dah kena bawak adel pegi center dulu nak final rehearsal dia punya part. 

makcik conductor buat final rehearsal dengan drummer untuk percussion performance

ready to perform. budak 5 tahun dgn budak 6 tahun kena buat performance. diorg buat 2 performance

they rocked it! terror teacher2 diorg ni train student2 ni. syabas teacher. vote for smart reader kids taman pinggiran putra!

Rafa, ikut jejak kakak2 eh success dok smart reader. inshaAllah..

lepas dah settle performance tu, lajak ke office jap. iols beli iron yg tgh glamour tu uols. nanti iols buat review sket. pendek kata berbaloi! panjang kata? berbaloi baloi! sila beli. ni dtg office amik iron board kat office. org amway hantar direct ke office. so haritu kete tak muat kena tinggal mai dtg amik balik. yang tukang angkat tu apa lagi, membebel la. jgn beli la benda pelek2 ni..

lepas dah amik iron board tu pegi gombak ada open house office mate. dia kabo pukul 4, rupanya lepas asar. org tu tgh menyiap kan lagi. dia yang salah bg timing. tapi semua siap dah tinggal hidang je. jadilah kitorg tetamu pertama..makan mihun sup dgn laksa dgn nasi impit.

lepas dah ke gombak, patah balik ke kajang. ini dia punya jem tak tau nak cakap la. siap aku yang drive. member tak larat. pakej siap kena benti masing2 nak pegi toilet lagi. punya jem nye. macam balik kampung pulak dah kan. so singgah beraya amik bowerhaus duckscarves sekali dekat member sekolah aku ni. lama tak jumpa. 2-2 ni ex-school mate kat convet kajang. 1 of YL user jugak. spread the love of young living katanya. thanks babe for your help! mendapatkan duckscarvs pertama kut. and thank you for the lontong. sodap!

lepas ke kajang, terus je ke young living punya event. group touch of oil ada anjurkan jamuan raya untuk semua touch of oils member. memang meriah gile. dari pukul 4-10 malam. so korang kalau nak join jadi member young living, pilih group kitorg tau! hehehe... kita menyediakan platform and insyaAllah proper guidline untuk semua member. ada close group untuk share apa2 issue kat group tu. so selama ni dok sembang2 kat telegram, haritu dapat jumpa lah kebanyakan member. aku dapat shift malam. sebab jadi mc untuk event malam nye. ni gang2 leaders. yang tudung kaler mustard tu our upline from singapore. came all the way from SG to attend this event. tq shida!

leaders and team member. tah camne lah aku boleh terjebak dengan YL ni in the first place. asal nak guna sendiri. bila orang dah tanya2 and accidentally beli dgn kita, kita pun dah jadi indenpendent distributor. rezeki.. ni dah lewat malam time ni.

AJK raya raya raya also YL leaders. top leaders ni. aku ikan bilis punya leader. diorg ni the best lah. tiba ada new circle of friends yang baru.

CKT yang aku datangkan khas ke event raya gathering ni. yang aku makan kat rumah pakcik aku. dah beberapa kali amik dgn uncle ni. korang kalau buat open house makan2 ke amik CKT stall dgn uncle ni. saya sangat recommend! 

menjelang malam, muka semua dah melekit lekit. tabah laki aku tunggu teman aku sampai habis event. hehehee... niadel rafa gembira melompat2 kat rumah aunty nurul ni. ni buat kat rumah 1 of the YL member. sekian 25 Syawal kami yang happening!

26 Syawal
raya lagi! kali ni ainal anuar join. untuk pertama kalinya tahun ni. kalau tak memang tak sempat je dia sebab sabtu keje full day. kita pegi beraya rumah kawan ayah kat cheras jaya

anak3 gembira main dalam rumah. lagi2 pakcik ni nampak ada moto besar. walaupun kaler pink.

dari cheras jaya kitorg bergerak ke banting. ok tak lesson learn dari lesson sebelum ni, waze ayah vs waze betul dari dekat jadi jauh. rasa nak nangis. ahahahaaa... tgk jam dah zohor siap benti kat rnr banting solat zohor dulu. wan dah berbulu2. dah kata tak nak pegi puncak alam. bini eh dah moncong.

akhirnya sampai jugak kat banting ni. ex-office mate aku kahwin. lawa hoi tenggelam terus duckscarves ratus2 aku. kahhhhhh

maka untuk menjaga hati kesemua pihak sampai banting tadi aku terus turun jumpa pengantin amik gambar kasi hadiah then mintak diri. terus je ke puncak alam. banting ke puncak alam sekian gak tu kan. memenuhi jemputan. 

selamat sampai ke puncak alam. cousin kitorg buat housewarming and jamuan raya sekali. tq tati for the invites. 

ok sekian cite raya! habis dah!!!! bai!

2 comments:

Nad MamaZN said...

best giler citer raya famili alya! penat tp seronok kan? duit raya pun mahsyukkkk hahaha! sampai meru, klang dah tu.. bleh singgah umah..

Iela Fazielah said...

meriah sakan beraya n jln2....

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in