Skip to main content

hidup aku untuk anak-anak aku..

Dear Diary,

pagi tadi aku bangun pukul 5.30 pagi, aku bersiram, lepas tu pegi iron baju sekolah nia dulu. perangai! mmg becinta nak iron baju secara pukal. aku tak suka iron baju. habis lah kalau adel dah sekolah esok nanti. lepas tu kejut niadel suruh mandi. lepas tu aku turun prepare breakfast and bento nia. wah bento kata kau! bekal der. roti tolor aje. lepas tu aku naik solat subuh, apak eh mandi kan rafa while aku siapkan niadel then keluar rumah pukul 6.50 pagi. hantar rafadel dulu then hantar nia then off to office. cam biasa snggah post office bawah petronas. 8.30 pagi sampai. jauh ye perjalanan nak menyampai ke office tu. kalau kata dengar CD siti nurhaliza tu mmg dan lah karok 1 album. tengah nak cari CD baru adele ni. 

dah settle kat post office tu tiba2 boss call. dang problem! call officemate, call boss aku sorang lagi. kena marah sikit ok admit. lepas tu cucuk duit kat rhb kat pos office tu lepas lapar gile beli breakkie wrap kat sebelah poslaju tu. tak daya nak gi jauh2. rm4.95. lepas tu sampai office. hari ni ada audit iso.

HOD semua kena standby. ok lepas opening meeting buat keje. gile lupa nak declare GST semalam. tadi buat. lepas tu cam biasa la in between MR mintak document2 lepas tu in between macam biasa bossess menempel update apa yang patut. lunch time. gi makan nasi ayam kat food court. jahanam diet! yes i know. 1.30 sampai office sambung buat keje. takde masa nak buat keje tak berfaedah. time keje keje. nak mengaruk2 benti keje pegi buat benda2 mengaruk, menggatal ke pegi. 

in between mmg kena melayan orang2 yang tanya pasal minyak. 

5.30 keluar office meredah jem (kena berbunyi tragis sikit) balik tunggu kat smart reader. tunggu nia sampai van hantar. nia sampai wan call tanya nak makan apa. aku soh tapau kan utk bebudak nasi goreng cina. jumpa kat piano nia. mak kan dah lupa daratan makan nasi ayam tadi, terus insaf tak dinner.

sampai kat piano pukul 6.50 nia makan laju2 dalam kereta. pukul 7 piano start. adel pulak 7.30 tuisyen mandarin kat sebelah tu. baru enroll dia kat tuisyen mandarin. persediaan nak masuk darjah satu. silap percaturan sebab patut hantar dia awal boleh adjust time amik awal. next week kena keluar awal nak hantar adel awal. tak pe lah minggu ni buat gini dulu. 

adel dah gi tuisyen aku gi piano bayar yuran niadel music class. tunggu nia habis. sementara tu cikgu dia update pasal tgh prepare kan nia utk exam. cuma kena mintak dia practice. dia kata kalau nia practice kat rumah, seminggu dia boleh dapat 2 lagu baru. within a week dia boleh main. kalau tak practice lambat sikit. ye lah aku cuba lah ye. tak nak pressure dia. lite2 je. 7.45 habis piano. amik dia gi hantar kat tuisyen handal lagenda. start 8.15. 

lepas tu 8.30 aku melanguk balik kat tuisyen adel tunggu adel keluar. mana gaya arrangement gini. sementara setengah jam nunggu adel, scroll fb tgk2 resepi2 yang best yang tak pernah nak dipraktikkan. habis data plan kalau tiap minggu gini. pukul 9 adel habis, zass balik. laju2 prepare minyak lagi2 yang blend sebab orang nak datang rumah amik minyak. 

9.30 wan pulak keluar amik nia. naik moto senang rempits. kalau naik kete hazabedah la sikit. aku pulak terus je packing minyak tulis borang poslaju bungkus sesiap untuk pos esok pagi. ada pulak minyak tak cukup. adoi. mengundang stress sendiri. RC tu beli lebih 10 biji, begitu je habis. bagus2 kita cari natural remedy untuk anak2 kita. lepas settle tu, susun bag transit niadel. nia balik dia siap kan baki kerja sekolah dia. dia ulang kaji sikit. macam perpustakaan ko rumah aku. bunyi jarum jatuh pun bole dgr. dia tak bagi org bising dia tgh ulangkaji unit 1-8 bahasa melayu. kau! hahahahah... ok x baik demoralized anak. 

lepas tu aku susun bag sekolah nia sebab dia dah pancit. lepas tu settle. lepas tu baru teringat esok nak hantar dokumen darjah 1 adel kat sekolah kebangsaan yg dipohon. ni tgh on laptop tunggu printing haram boleh print. hangin je. adoi... photostat bole. 

sekian diari 1/3/2016. so moral of the story rutin harian aku i dont do nonsense thing yang tak memberi faedah kepada hidup aku. aktiviti harian aku dah cukup penuh untuk membuat kan aku sibuk dari siang sampai ke malam. aku takde masa senggang. sometime aku rasa tak nak buat part time niaga minyak sebab aku dilihat akan sibuk dengan hp 24jam. orang boleh salah erti kan kat situ. kau busy apa tu? meniaga ke menggatal ke menggosip ke. gitu lah. 

sila duduk di dalam 'kasut' aku untuk jadi aku. then u know... 

syok gak tulis diari gini, esok try lagi. konon!

Comments

Fyda Adim said…
chaiyok!!letih membaca diari alya..terasa kepenatannya..saya dapat rasakan sebab sekarang saya ibu tinggal...hari sekolah memang 100% urus anak2 sendiri...hujung minggu barulah asben balik itupun jumaat sabtu aje cutinya...
Iela Fazielah said…
means dr pg bgn ke mlm blk jam 9.00 mlm br balik rmh... akak yg sorang ni pun blk jam 7 dah penat... tp kuat budak2 tu leh than mata kan.... kalau anak akak..lelebih si irfan..8.30 dah xleh bukak mata dah..... kerja seklah ke mana..ulangkaji ke mana...
nad said…
dapat rasa penatnya.. sangat salute pd alya! sume makpak nak kan yg terbaik utk anak2 kan? moga diberkati dan diberi kesihatan yg baik buat kalian 1 famili
wanie md zain said…
hi alya..lama xkomen..huuuuuhuu mcm tula diari mak2..penat kan...semoga Allah terus memberi kita tenaga utk menguruskan rumahtangga dan anak2 dgn sempurna...we are superwomen..wah gitu....selamat kembali berblog..rindu zmn dulu2...
Akak Kembang said…
lumrah seorang ibu. demi anak2 dan keluarga sampai hilang dah penat tu
Gieyana said…
penat kan weh..aku salute ko psl sempat lg meniaga..aku dgn 3 org ni pon kelam kelibut..nasib baik hb take care nureen..

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber