mak anak 3

terpanggil nak menulis lepas aku baca post yang korang share daripada nurulbadiah lai tu. pasal dia nampak mak anak 3 handle anak sendiri kat kedai makan ke R&R. huru hara kan. 

kebetulan tadi masa aku menapau kat kfc aeon equine masa aku tengah beratur nak menapau. belakang aku ada sorang mak ni tgh duduk anak dia umur macam nak setahun then ada 2 orang anak dia lagi. anak hat 2 lelaki tetibe amukan macam protes nak something tapi mak dia tgh q nak menapau. tu tak kisah lah nangis. ini melalak ko siap baling selipar kat mak dia. siap tarik2 handbag mak dia ke pukul mak dia aku x sure sebab aku dok depan dia. lane sebelah dok perati je. kesian tgk nye. i feel u mak. paham apa ko rasa. kalau boleh piat telinga anak tu memang nak buat sebab malu kot. hahahah.. tapi tak selesai kalau ko piat telinga anak ko lagi kuat melalak gamaknya. tahan lah dia sambil orang keliling dok perati. kakak dia pun dah kabo ke adik dia 'adik ni diamlah. jangan lah mengamuk'. kakak tak cukup power lah. tu lah kakak sulung ye. cover selagi boleh tapi tak mampu gak.

aku sebab tak leh dengar budak menangis bukan sebab menyampah sebab aku letak diri aku kat mak tu aku cakap, takpe awak order dulu. saya tak rushing. dia tak nak kekdah boleh handle. beberapa kali aku suruh lepas tu aku tarik tangan anak dia yang mengamuk tu aku cakap 'jangan lah nangis. kenapa? nak apa? kesian kat ibu. tunggu kejap eh? good boy kan?' macam 6 tahun ke atas. darjah 1 pun boleh jadi kot. lepas tu baru dia mau ke mak dia x bertarik2 teresak2 depan mak dia. mak dia muka kecik besar je perati ke anak dia nampak dalam mata tu 'siap kau balik nanti!' hahahaha... aku selalu je rasa macam tu. kalau lah aku boleh pukul kan, lama dah buat. tapi ending tak terbuat. different parents different approach.

ending dia budak tu boleh bertenang masa mak dia tgh order lepas mak dia suruh kakak dia bawak adik dia gi amik tempat duduk nak makan dah. sian eh? paham apa mak dia rasa. lepas dah order dia cakap kat aku 'terima kasih banyak ye dik'

adik kau! nak je cakap saya anak 3 gak macam awak. tapi nampak muka tense mak dia masa tu dan berlalu pergi makan kfc. gitu lah weh. susah nye most of anak2 kita ni nak mengempeng kat mak je. kebetulan sungguh nengok insiden mak anak 3 handle anak3 diorg depan mata aku. 

bukan senang. tapi takkan susah kalau kita tau anak3 kita camne. of course la tau kan. biasa boleh predict kan anak3 kita ni. aku biasa je keluar sendiri dengan budak3 ni especially bila weekend wan keje aku kena hantar anak tuisyen. mmg kadang adeh menung tapi kau kena redah dan siap kan segala kelengkapan supaya anak3 ko dalam keadaan terkawal. aku mmg glamour kat tuisyen2 anak2 aku handle anak3 sendiri. mengah. especially hat bujang. adel pulak kena time dia mendiva jadi lah macam budak yang mengamuk kat mak dia tadi. 

salah satu masa antara banyak2 masa aku handle the kids alone while papa diorg keje. 

memang bukan senang. tapi kita sebagai orang luar don't judge. apa yang kita boleh bantu kita bantu untuk mudahkan diorg punya urusan. 

1 comments:

- dieyana - said...

uhuk, kite pun baca yang org viral kat fb ttg ank 3 tu..kite pulak ada ank 4..mmng haru biru...paham sgt kalau tgk situasi family yang haru biru kt kedai mkn.

tak tau nak komen apa sebenarnya, sbb kite selalu terkena dgn keadaan mcm tu, antara yang kite buat kalau berlaku gitu, mula lah kite angkat kaki tk jadi membeli/mkn sbb risau org mesti tgk/menyampah/apa saja... itu cara kite lah..org lain tk tau la mcm mn cr dia buat kan...:-((

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in