Skip to main content

in house shell out

tak bagi salam tak bagi apa tiba2 kau terus macam nak update blog kan. tengah free. free sangat padahal depan mata tengah huru hara. lantak. janji tengah ada gesaan nak menulis tu tak leh ditahan- tahan. 

cuti hari raya cina baru ni balik both kampung. kebetulan balik ni saje nak sambut birthday adel sekali yang bakal menjelang tidak lama lagi.  6 tahun dah dia. next year nak darjah 1 dah dia. makin besar makin banyak akal. pening. 

so hasrat hati dah lama nak buat shell out kat rumah mak. nak buat kat rumah sendiri tidak lah. garam pun takde kat rumah ko. muhahahah... 

so nama nak ber shell out kat kedai macam tak berbaloi pulak. aku rasa shell out ni bukan makan berat. dia macam light meal pada aku. sebab tara mana ko boleh ratah seafood sampai kenyang kan. untuk light meal yang berharga sampai 3-4 ratus aku rasa tak berbaloi sungguh lah weh. so kerah tenaga diorg utk beli bahan mentah untuk kita bershell out masa sambut bday adel nanti. tak cukup korum sebab azyyati anuar tak balik. sendu lah niadel sebab aufa takde. kalau ada depan mata gaduh tak nak main pulak. budak2 kan. 

sebelum tu dah tempah kek dgn kawan mak aku. nak kek little poney castle katanya. gigih opah tempahkan dengan kawan opah. 

seperti yang diidamkan. nia terus sentap sebab bday kakak tak buat kek besar macam ni. kena save the date for this coming october nak kena celebrate gini gak bday dia.

shell out punya food dah tersedia. plastik pun dah bentang. nervous sebenarnye mana rupa nak tebar atas meja kang jatuh ke bawah haru biru dibuatnye. pitam cikgu rokiah nanti. 

lepas isyak berjemaah baca doa dulu. konsepnye orang doa selamat pakai tudung kau pakai crown rafa. ni paklang akmal dgn aunty pipah manjakan budak2 ni. semua dibeli.

family photo dulu sebelum punggah shell2 yang ada..

bapak aku tu perati je apa kitorg buat. apa benda ko buat ni? boleh bayangkan tak? hahahah... berhati2 menyusun. kuah tak yah letak dulu. 

kerusi semua alih kan. kang meleleh kena kerusi kayu jati cikgu rokiah kutip sorang sikit. hahaha.. almost done.

close up versi dslr. 

dah siap setting. nak menyediakan shell out ni mak ai renyah nye lah. dari nak membasuh sediakan bahan. paste lepas tu masak sesatu. adoi.. tu kena buat time ramai tenaga buruh ni. so tidak lah terasa sanagt. menjelang malam aku dah tak daya dah. nasib la ketam dia gemuk. 

dah setting cecantik propa untuk di uploadkan kat IG tapi end up tak daya nak letak kat IG pun apa lagi, kekah time lah.

budak be2 ni pun makan ketam gak

ko makan kek birthday je lah ye rafa. dok diam2 bawah tu.

yang tak makan seafood pun ada. so makan ayam panggang je lah. 

happy 6th birthday adel on this coming 17th! 

nak buat shell out lagi tak? nak repeat in-house ok je. nak makan luar kalau orang nak belanja ok jugak. nak gi sendiri tidak le. seriously kat mana shell out yang betul2 sedap?

Comments

Rizziela said…
bestnya.. kami x sempat lg nak buat
aly, adik pompuan aly tu keje kat mana? macam pernah tengok.

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber