Skip to main content

rania ayesha - berakhirnya darjah 1...

sendu gile blog aku ni. last update tah zaman bila. saje nak menulis sebab aku tgh rasa tak sedap perut, lemau segala. meh kita menulis. nak menulis ni bukan apa, sebab hari yang ditunggu- tunggu akhirnya tiba. iaitu hari ni. last day sekolah! dulu tak heran kan. sejak anak dah sekolah memang menunggu2 bila cuti sekolah. 

akhirnya boleh rehat sekejap dari rushing hari2 nak balik amik nia sebelum bermula sessi persekolahan yang baru. bila diingat2 balik apa yang aku tempuh hari- hari, aku pun tak tau camne aku manage to do it. tah, mungkin korang nye jadual lebih pack dari aku, tapi aku rasa apa yang aku hadap sekarang ni pun dah cukup 'memenatkan'. saje letak dalam kurungan penat as in penat bukan mengeluh. penat as in, ya i'm tired tapi aku mmg pilih untuk buat macam ni macam ni, aku kena buat lah. 

bila direwind2 daily rutin aku dari bangun pagi menyiapkan budak2, keluar rumah awal pagi, hantar adel dgn rafa kat smart reader, hantar pulak nia kat sekolah agama. kena make sure everything is in order, baju sekolah kebangsaan nya, bag nye mesti ikut jadual, amik baju sekolah agama semalam  bawak balik. ada lah tahun ni 10 kali or may be more barang nia tertinggal, kena patah balik rumah. kalau nasib wan ada lagi kat rumah, dia tolong hantar kan. kalau nasib dia dah gerak, patah balik rumah amik barang yg dia tertinggal. lepas tu rushing balik pegi office. sampai office dengan tak keluar lunch nye sebab aku kena balik pukul 5. i sacrifice my lunch hour sebab aku nak kena balik awal sejam. keluar pukul 5, mmg fas and furious nak kena make sure sampai ke sekolah kebangsaan pukul 6.10petang. sebab sekolah kebangsaan habis pukul 6.10pm. dengan mencari parking nye. dengan berjalan jauh nye. tapi nampak muka nia setiap kali balik sekolah adalah benda yang 'the best feeling ever'.

satu hari lagi, dia survive in school. macam tu lah rasa nya. the sentiment yang aku ada dari awal masuk sekolah slowly dah berubah bila by now dia dah banyak berubah dari segi pengurusan diri, responsibility, social life dia. iye, ada ketika dia cerita benda2 yg buat aku tekanan jiwa, tapi standard lah kan. aku telan je lah. contoh kena marah dgn pengawas atas sebab tah apa2, aku jawab je lah, biasa lah kak pengawas, seronok nak marah orang. layan kan aje. aku sentiasa educate dia kalau apa2, keep it cool. macam mama. cool sgt. hahaha...

kalau awal tahun dulu aku ada macam2 keraguan kesusah hati-an everytime dia pegi sekolah, sekarang benda tu dah tak rasa. yg aku rasa sama dari dulu sampai sekarang, hari2 bila aku nak amik dia aku mesti debar2, apa cerita hari ni. tapi bila dari jauh nampak dia tersengih2 muka sebijik macam bapak dia tu, aku tau she's doing fine in school today. 

macam tu lah weh. baru darjah 1 ye. balik sekolah dalam kereta kelam kabut tukar baju. seminggu ada 3 kali kena buat gitu sebab nak kena pegi tuisyen terus. habis 1 tuisyen sambung lagi 1 tuisyen. balik tuisyen kerja sekolah lagi. kesian anak aku kan. aku tak rasa korang kena kesian ke budak. korang kena kesian ke mak pak budak. hahaha.. again, 'penat' yang mmg diminta. bukan penat merungut. kau yang pilih nak hantar anak sekolah cina, kau kena extra hard lah. kau kena berusaha lebih sikit dari orang lain. 

as for nia, aku awal2 dah buat indication, aku akan bagi dia peluang tahun ni. tengok dia boleh pegi ke tak kat SJKC. so mid term exam is coming. mid term memang aku tak suruh beria dia revision segala sebab aku sebenarnye tak tau camne nak suruh dia ulang kaji. dengan homework melambak dengan tuisyen berderet2, aku tak tau. so aku kata, takpe lah buat aje lah. sampai lah last day exam aku baru realised yang cikgu tuisyen dia ada bekal kan exam papers yang diorg amik tiap2 bulan kat tuisyen bawak balik utk ulang kaji. deng! aku dah rasa guilty gila sebab x tau benda tu ada kat dalam bag and knowing nia dia tak tau lah kan apa fungsi bawak balik kertas2 soalan tu. so kesilapan besar jugak lah pada aku kalau aku dapat revision sekali dgn dia masa exam tu, aku rasa she could perform better. 

gitu lah, aku mmg akui aku tak mampu nak cek bag anak2 aku setiap hari macam korang buat. once in a while ye aku buat. masa tu jumpa lah segala khazanah harta karun baru lah kemas2. once in a while. mana nak cek bag sekolah kebangsaan, bag sekolah agama, bag tuisyen handal lagenda, bag tuisyen kumon, bag piano. cuma hari2 aku memang akan pesan kemas buku hari apa, apa yang sepatutnya. tu je. itu pun aram ber-cek. tak cukup kudrat weh. 

so, bila dah start dapat result mid term tu, alhamdulillah walaupun tanpa revision dia boleh dapat semua A kecuali both subjek bahasa cina dgn matematik. matematik yang buat aku terduduk sikit sebab markah nye jauh kebelakang dari semua subjek lain which makes me thinking ye, nia mmg strong kat  semua  bahasa, BM, BI, Arab or even Bahasa Cina. tapi matematik memang dia lemah sikit tambah lagi matematik tu dalam bahasa cina. dapat 64 kot. tapi peratusan masih tinggi 88% ke apa masa tu. tambah pulak bila amik result periksa dia dapat no 25. again, dgn kedudukan dalam kelas macam tu dengan peratusan yang masih dalam kategori A aku tau dia kena bersaing lebih lagi kalau nak jadi antara yang terbaik dalam kelas. 

masuh pertengahan kedua... aku mengambil pendekatan setiap hari at least mesti ada 1 - 2 page dia buat exercise untuk semua subjek. aku letak semua buku latihan tu dalam 1 bekas yg macam tupperware tu dan the least that i can do is to make sure yang dia ada buat revision kat rumah. tak nak by the time nak dekat exam baru kelam kabut nak revision. aku tak mampu nak hadap gitu. so ok lah, apa yang aku plan tu berjalan lancar except for matematik. bila time matematik mmg dia slow sikit. so i was thinking aku kena re-enroll her back masuk kumon. dulu aku quit kan bila dia masuk sekolah sebab aku takut dia tak boleh cope. bila aku nampak dia balik tuisyen energy tak habis2, aku decided utk sambung semula kumon. on top of that tuisyen mandarin subjek matematik masih aku teruskan atas nasihat teacher kumon so that dia familiar dgn bentuk soalan kat silibus sekolah. 

whatever it takes, aku buat. cuma benda yg aku x mampu nak buat, aku x mampu nak mengajar sendiri dia sebab semua benda in mandarin. berhantar berambik dah balik keje, keluar balik hantar dia, lepas tu amik. bapak dia lah dapat lelap kejap pun jadi lah lepas tu nak kena keluar semula amik dia. itu jalan yang kita pilih. nak ikut penat, mak pak lagi penat compare to anak. 

jangan cakap pasal kesian kat anak aku, anak aku penat. anak aku tak penat2. tambah dia dah biasa dengan rutin ni. dia pukul 12 malam pun boleh tahan lagi mata kalau aku tak tido2 lagi. advantage dia tuisyen, balik rumah aku x push dia sangat nak belajar. sebab kat rumah main aje kejenye janji buat 1-2 page kat exercise book utk semua subjek tu, then ok lah, main lah. 

so bila menjelang final exam, ada a bit pressure bukan sebab fikir aku nak anak aku pekse no. 1. idaman aku, aku nak nia dapat semua A dalam semua subjek. time exam kali ni serious sikit lah. indication aku, tak dapat semua A tak boleh beli bag sekolah baru. senang je kan. so bila time dah habis exam 1 demi 1 exam paper dapat. even tgh exam pun dah start dapat exam paper apekah kan. tak dan debar habis exam, debar dapat result plak. so ok lah, as expected. and happy sebab dia boleh dapat A utk subjek bahasa cina. cuma, again, matematik terkandas lagi. masih lagi B. tengah fikir ni nak beli bag sekolah baru ke tak nak ni. hahahaaha...

so, bila time dapat report card, ok lah ada peningkatan dari no 25 jadi no 20. hahaha.. peratusan masih maintain 80 bape aku tak ingat. 80 lebih lah. aku tau, dia selalu cakap, mama best tak jadi pengawas, mama masa jadi pengawas best tak. mama best tak jadi ketua kelas. mama best tak dapat hadiah bila naik atas stage. ko rasa apa aku rasa bila dia cakap macam tu. aku jawab nada berseloroh aje sebab aku tak nak put pressure on her. best lah kot kak dapat no 1 kan. tapi nasib baik dia jenis yang tak faham lagi or tak amik port kau kena top scorer utk di-recognized. 

aku tak tau aku kena jadi mak yang macam mana. layan kan aje kalau anak jenis macam tu ke. pressure gile2 untuk make sure ko dapat no 1 dalam kelas ke. or just let them play sebab baru darjah 1. aku tak tau. yang aku tau, untuk bersaing dalam sekolah cina perlukan pressure yang lebih sikit. unless kalau anak kau memang bangsa genius. Which are not. genetik kan. mak pak average aje. so aku tak tau. apa yang aku selalu terapkan kat anak2 aku especially nia yang jenis sentiasa ber-emosi aku selalu cakap dont take things too hard. hidup ni senang je kak. jangan serabut2. kalau ikut yang kakak dapat, itu refleks mak bapak punya performance jugak. so aku nak marah dia buat apa kan. 

bila dikenang2 sepanjang tahun ni, memang amat2 mencabar. dengan aku keje jauh nye dengan anak dah sekolah nye, mana nak mengejar arus kepandaian budak2 sekarang ni lagi. bila aku nak mengambil pendekatan sederhana pun dipandang senget jugak. aku nak anak2 aku survive bila dah besar nanti. aku bukan apa, sentimental sikit dah last day ni, tambah pulak timeline penuh dengan anak2 korang naik pentas dapat anugerah kecemerlangan. pandai2 anak korang. korang share sikit resepi anak2 berjaya ni. ye lah, aku admit aku ajar anak tak tara mana. balik rumah hp tak boleh nak berenggang. melayan macam2 hal sendiri, bila anak suruh itu ini kau layan penat kau. memang penat weh. tapi tu lah, aku bukan mak yang hebat macam korang lah. aku dapat anak aku siapkan kerja sekolah dapat anak aku solat 5 waktu aku rasa dah ok dah. nak buat more than that aku x mampu.

bila laki aku baca ni kang mula dia suruh aku benti keje. benti keje pun it wont solve the problem. income makin kurang. aku tetap tak boleh mengajar anak2 aku mcm korang buat, aku masih kena rely on tuisyen. nak tuisyen kena pakai duit lebih. nak duit lebih kena kerja. nampak kan. 

apa yang aku boleh buat, aku kena berubah. in fact dah mula dah utk 2 hari ni. yang dato terlajak laris tu share macam mana dia besar kan anak2 dia aku kagum. main thing is connection with gadget. aku kena disconnect. from there aku slowly ada contact dgn anak2 aku. tapi anak2 aku bukan ngadap hp pun. diorg main aje. tapi tu lah, communication between parents and kids tu kurang kat rumah aku. 

nia dah banyak kali sound mama ni bila kakak cakap mesti mama tak dengar. mesti mama hmm hmmm ha ha tapi tak tgk kakak. mata tgk hp. hati ku menangis bila terkenang apa yang aku buat selama lama ni tgh anak2 nak membesar ni. moga nya bila rafa besar sikit dah next year everything will be in place, dia pun takde nak bangun mintak susu, aku dapat tido lena. rehat cukup. 

kita tgh cite pasal nia kan...apa pun nia, kalau nia baca ni bila nia besar nanti, mama nak nia tau yang mama bangga dengan nia. nak survive kat sekolah cina adalah bukan perkara yang mudah. to be among the malay student yang excel kat dalam kelas pun mama dah happy. mama tak mintak bulan dan bintang. mama nak kakak happy bila pegi sekolah, happy bila pegi tuisyen, happy bila buat sesuatu perkara. do it with passion. mama tau kakak tak suka matematik. tapi mama nak kakak have fun in mathematic. thats why mama hantar kakak pegi kumon nak kakak have fun in mathematic. kita kalau nak buat 1-1 benda kita kena suka. kalau tak suka camne nak jatuh cinta. gile ajar anak kau bercinta kau kecik2. hahaha... at least hari2 dia dapat buat exercise mathematic dia boleh ada interest in math. kumon kan style hari2 ada 1 worksheet kena buat. mathematic kan is all about practice. 

akhir kalam, aku bangga dengan apa yang nia dah achieve. to be able to cope dengan subjek2 sekolah agama ditambah dengan extra bahasa kat sekolah kebangsaan lagi, ditambah lagi dengan good progress in piano lesson, solat tak tinggal, mengaji dah banyak surah, apa lagi aku nak kalau bukan aku kena bersyukur dengan apa yang aku ada. cuma aku kena ubah diri aku utk upgrade sikit anak2 aku ke arah yang lebih baik. 

2015 banyak benda yang aku pelajari... moga 2016 akan lebih organized dan aku nak jadi mak yang sempurna dimata anak2 aku. 

kepada teknologi, sumpah aku benci kau!! 

my baby girl. Rania Ayesha Binti Muhamad Ridzuan. dia main star dalam blog nayville aku ni kan? hehehee.. photo was taken last 2 days. tgh kemaruk makan dominos pizza beef pepperoni dgn chicken pepperoni. 

Comments

ada. said…
Be strong kak ngah u did a great job! Congrats nia happy holiday ajak mama gi jenjalan hehehe
eynda said…
Teknologi tak bersalah... yg bersalah manusia sebab terlalu menjadi hamba teknologi... teknologi penting jugak sebab zaman sekarang nak keje pun kena celik teknologi... yg penting pantau... bersederhana..

Anak baru darjah satu kan... akak ni anak dah besar lagi banyak dugaan especially yg sekolah menengah... kita pun tak paham apa diaorg belajar... memang perlukan tuisyen jugak huhu...
Rizziela said…
Kejap aja kakak dah besar kan
Azirahman said…
Bila baca entry ni teringat masa mula2 struggle dengan anak yang sulung. Sekarang dah 4..masih struggle tapi lebih organize. Jgn risau or stress...akak dah nearly 11 years mengharung situasi ni....bila nampak perubahan pada anak2 ...u will be proud of yourself....
Anis said…
bila baca tang... anak aku x sepandai anak korg, terima anugerah itu ini... rasa nk sepuk ko pun ada. hahahah

jadual nia gile pack and still dia excel, dh terlebih bagus tu. kalau aku la, sure dh rebel. Anyway, insyaAllah ok la dia in maths nnt tu. Allah itu maha adil, dia x bg ko semua apa yg ko nak, bila ko nak... sbb manusia mana penah puas. Kang nia dh terer segala, lg ko rajin mata kat hp je. Dia dh terer kan, xyah susah2 nk guide lg.

Ada minyak apa in stock sis. PM pls! hahahahahah
airisnaufal said…
deep😢😢
Chik Na said…
cepatnya masa berlalu..Rania dah pun habis sesi persekolahan darjah 1. kenal rania dr baby lagi, dah besar panjang dan comel. Chik Na doakan agar Alyyani dipermudahkan segala urusan dgn menghadapi segala cabaran hidup yg serba mencabar ini.
Iela Fazielah said…
allayi....ini pun dah hebat....jgn stress2...anak2 ni ikut kemampuan dia sendri..akak pun xpernah merasa lg syafqah naik pentas..huhu..tp xpe..kita buat yg terbaik utk dorang ye.....sekurang2nyer kita dah buat..bkn sekadar asal buat....insyaallah....nia mmg hebat

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber