orang- orang yang baik selalu 'pergi' dulu..

'pergi' tu letak dalam kurungan sebab bukan pergi as in pergi.. tapi berhenti. bila aku dengar ayat tu keluar dari pengasuh2 rafa pagi tadi, cam tersebak lah pulak. ingat nak biasa2 masa hantar tadi. salam2 say thank you and aku terus pegi keje. tapi bila pengasuh2 rafa cakap gitu kat aku tadi aku cam alaaahai... nak buat macam mana, aku tak mampu nak hantar 3-3 anak aku kat 3 tempat berbeza. semput weh turun naik tangga. memanglah bagus tapi kalau dah pagi2 buta kena buat senaman gitu, belum masuk office make up dah cair. kahhhh..

alkisah, haritu yang rafa masuk kat aman kids zone sejak bulan 2 itu hari, hari ni merupakan hari terakhir dia kat situ. aku memang puas hati dengan taska ni. sesuai lah dengan harga dia. tapi untuk bayar sebanyak tu dengan hanya ada taska je, aku better opt for better option for him.

so we have decided to send him to smart reader. duduk sekali dengan kakak adel dia. suruh kakak adel dia responsible sikit. kalau tak, hari2 aku dapat berita dia kena denda je. naughty sgt kata teacher. letih aku. main aje keje nye. bagi dia tanggungjawab sikit jaga adik dia. 

masuk smart reader??? bukan rafa kecik lagi ke?

yee... smart reader. bukan masuk sekolah pun. duduk transit. day care je. belah bagi gak lah. sebab situ kan tempat budak2 besar, tapi bincang2 dgn principal smart reader, she agree to accept rafa. reason being nak diorg dok 1 tempat je. senang hantar / amik kat 1 station.

nia pun kalau ikut kan plan nak suruh van amik hari2 balik dari sekolah and hantar kat smart reader. tapi bila call aunty van tu dia cakap dia akan hantar kat smart reader last sekali which pukul 7. pulak. kesian pulak lah kat nia. so sekarang ni kitorg masih amik hari. aku lah. pukul 5 mmg kena cabut. 

so isnin ni first day rafa masuk sekolah. hehehe.. masuk2 sekolah dah ada jamuan raya kena pakai baju melayu :D

fuhhh, bape hari je lagi nak masuk sekolah ni. cakap tak terror lagi. practice pegang pencil dulu lah. nanti teacher marah. hehehe..

kepada pengasuh2 rafa and also owner of aman kids zone, terima kasih banyak2 ikhlas dari kami suami isteri diatas kesudian korang menjaga anak kami. mintak maaf andai ada terasa hati atau bila time rafa susah nak dikawal. terlebih terkurang akak and suami mintak halalkan. kalau dah tertulis di loh mahfuz, ada additional anak lagi, confirm kitorg akan hantar ke situ lagi. eh!

4 comments:

lia ummiirfan said...

rajin dan tekunnya dia.. :))

Mirabeads azi said...

nak cari yang mudah dan terbaik memang susah...

Alin Marlini said...

memang susah nak cari yg baik...

hamizah che mat said...

tengak ambil feel contoh kerr
KULIT LEMBUT, GEBU DAN CERAH DENGAN ESP

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in