bawak anak3 melawat rumah anak yatim

assalamualaikum. tumblr ni nak update sikit2 boleh lah. rasa tak puas pulak. so, aku kembali. muahahaha.. tengah free ni saja nak share aktiviti kitorang sekeluarga hari ni. benda baru yang kitorang buat. lawatan ke rumah anak yatim. it was a last minute plan. tapi we manage to pull through. 

ni antara gang- gang parents classmate nia masa tadika dulu. pergh, punya close masih lagi keep in touch. in fact antara group yang paling active dalam whatsapp and macam2 boleh share dengan diorang. so group admin dia of course la the one and only teacher zai, suggest nak pay visit ke rumah anak yatim and dalam masa sama kita bawak barang2 untuk kita sumbangkan ke sana. dalam masa seminggu kitorang list out kan and dapat kan barang apa yang sesuai untuk disumbangkan. anak yatim yang ada kat rumah tu ada dalam 70 orang. 

so hari ni kitorang gather kat smart reader diorang dalam pukul 10.30 and from there kita gerak ke rumah anak yatim tu. dekat je. kat puchong.

antara barang- barang yang nak disumbangkan. 

CSR team junior. anak2 kitorang. amik gambar dgn principal smart reader, puan khasidah 

CSR team senior. nak gerak dah time ni. lead by teacher zai yang kat tengah sebelah aku tu.

dah sampai.

dah sampai. unload barang

pakcik ni dalam kereta dah tido. so tumpang babycot kat rumah anak yatim ni.

ustazah rumah ni yang diorang panggil 'mak' tengah cerita pasal anak2 dia kat sini. salute2!! dia pun ada ajar kita macam mana nak cam sindiket2 yang orang dok mintak derma ni. kata dia senang je, kalau budak mintak derma kita bagi dia barang makan. kalau dia amik, ok lah tu, kalau tak nak, nak duit jugak memang tak boleh dipercayai lah tu. siap ustazah tu kata ada yang family ni purposely buat rumah sendiri jadi rumah anak yatim. padahal yang duduk dalam tu anak2 diorang sendiri. and mmg banyak sindiket sekarang ni. senang je ye. semua amik jalan mudah. mak aku cakap ni betul ke rumah kebajikan. aku cakap kita nak sumbang ikhlas kerana Allah. kalau dia tipu itu antara dia dengan Allah.

dalam pukul 12 makanan yang kitorg order sampai. order nasi daging. order 100pax

makan time. anak2 kitorang dah jalan dulu padahal semua tak makan lagi. huhu.. anak oh anak. then sorang lead baca doa makan lepas tu the best part dia cakap 'mak, jemput makan, abang2 kakak2 jemput makan, makcik2 semua jemput makan' so polite... teringat anak2 aku punya pe'el. huhu..

ni dapur diorang.

masa kitorang sampai tu ada 1 group budak uitm course event management datang buat assignment la. diorang ada kan activity untuk budak2 ni. 

lepas solat zuhur berjemaah kitorang buat sessi potong kek. menurut kata ustazah ni, anak2 ni suka kalau ada birthday celebration. bila ada kek, diorang suruh 'mak' diorang simpan kek tu sebab nak bawak kat sekolah. nak tunjuk kat2 kawan2 sekolah diorang ada birthday cake. huhhu.. tersentuh. anak3 aku ni, lepas tiup lilin terus tak berminat. kek dok dalam peti sampai kejung. sangat2 excited anak2 ni bila nampak banyak kek atas meja. tak sabar2 masing2 nak terkam.

gang sejak tadika. masih keep in touch sebab mama2 yang selalu keep in touch. bawak anak2 datang ke rumah anak yatim ni dengan harapan diorang tengok sendiri keadaan anak2 yatim and lebih menghargai apa yang diorang ada rather than complain itu dan ini. 

selesai semua, kitorang pun mintak diri dulu. kasut kat luar tu anak2 dalam rumah tu yang susun kan. takde shoe rack pun. semua teratur. diorang kat dalam tu pun tau apa kena buat. time nak zuhur siap2 dah atas sejadah zikir dulu semua. lepas makan, clear kan semua, sapu lantai. 

insyaAllah kitorang akan repeat lagi sebelum puasa nanti. so nak kumpul baju2 yang elok, toys budak2 ni pun melambak boleh bagi kat sini. kat sini bukan saja ustazah tu tampung anak2 dalam ni, ada kadang tu anak2 yatim kat luar pun ustazah ni bagi makan. korang kalau nak dapat saham akhirat, kat signage atas tu ada nombor akaun rumah anak yatim ni.

bak kata ayah aku "wang yang kita belanja untuk anak2 yatim, Allah SWT akan ganti segera".

moga diberkati..

3 comments:

Iela Fazielah said...

bagus alya....akak leh buat aktiviti dgn budak bsmm....bantu membantu...n budak2 mmg bagus bwk n tunjuk mcm ni....mcm last 2 years bwk syfqah ke rmh org tua.....biar dia tau menghargai

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam yani,
waaaaaaa
xtvt yang bagus untuk anak2

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in