feeling dissapointed

assalamualaikum. oleh kerana medium pelepasan perasaan aku iaitu kek coklat dah siap, maka aku ada rasa lapang sikit nak bercerita. even benda ni tak tau apa kesudahan nya. 

kita mulakan...

taska rafa ada wujudkan satu whatsapp group dimana parents yang hantar anak kat situ termasuk cikgu2 lah ahli group ni. tapi gang2 taska ni jarang dihighlight kan. banyak budak tadika je. sebab situ ada tadika jugak. ok aku tak kisah pun. anything pasal rafa aku prefer whatsapp personal je rather than blast kat group.

then hari apa ye kejadian ni, monday. siang tu adalah cikgu taska rafa tepek gambar reminder dekat parents untuk menjelaskan yuran selewat2nya 10/2/2015. aku baca lewat sikit tapi once dah baca aku cepat2 reply cakap "dah bayar. tq." sambil buat sign peace. ok lah, then petang aku balik keje nak gi amik nia kat sekolah, kan ke jauh office ke serdang kan. mmg dan lah mengelamun bagai. teringat lah pasal yang tak bayar yuran dah 9hb kan masa tu. aku bermonolog dalam hati, ha amik kau bermonolog dalam hati katanya. 

sape lah yang tak bayar yuran lagi ni dah berapa haribulan. dah lah anak kau orang jaga lepas tu yuran ko lambat2 bayar pulak. macam tu lah lebih kurang. then tak lama lepas tu, pengasuh rafa ni whatsapp aku, aku cam ha apecer kan. sekali dia boleh tanya "salam..akak nak tanya sikit. akak dah bayar yuran bulan 2 ni yea?" 

aku masa tu kan tengah driving, aku reply seringkas mungkin je lah. tapi dalam hati bermonolog lagi. apekah tanya soalan itu. reminder yang dia tunjuk tu ditujukan ke aku ke apa? then i quickly replied "dah." then dia tanya lagi "dengan sape and kad yuran ada bagi tak". aku reply "bagi kat M letak dalam folder yang ada kad kuning". dia tanya "bila". aku dah syak, tak sampai lah ni yuran ke dia ni. aku jawab balik "tak ingat. mungkin minggu lepas or a week before that". then aku tanya "aik, takkan takde?" dia tanya "aku dapat resit tak". aku cakap takde. dalam bag pun tak nampak. aku suruh cek dgn M and aku add lagi aku bayar sekali OT RM5. then dia cakap dia takde terima apa2. 

aku cakap please cek dgn M and update aku. then aku cakap next month aku kena bagi kat ko je lah bukan dengan orang lain. dia cakap itu yang terbaik. susah nak percaya lah kak. katanya. ok, aku dalam hati memang dah rasa tak sedap lah kan. then tak lama lepas tu dia cakap lagi "akak confirm ke dah bayar sebab memang takde" aku cakap "M kata apa?" biasanya kalau parents bayar bagi kad sekali M akan bagi terus. then aku cakap aku dah amik anak aku kat sekolah kejap lagi aku singgah.

dalam hati dah membara- bara lah. tapi ligat fikir, bila masa pulak aku belum bayar nya. aku ni bangsa kalau masuk gaji, the next day dah settle segala especially yuran anak3 ni. yang kena bayar cash. tak pernah umur lah aku purposely melambat2kan bayar. ok takpe, kita orang bijak pandai ni kena rasional ye tak? 

so i straight away went to taska rafa. masa tu rafa dah balik. aku nampak lah penyelia si D dgn si M tu keluar nak jumpa aku. then M beria2 mengatakan yang aku tak bagi kad and also fee tu kat dia. aku cakap ok camni. korang pun tau sekarang akak tak amik rafa. papa dia yang amik. so haritu akak masih ingat lagi, petang akak drop by kat taska nak balik rumah akak tergocoh2 masuk then cakap nak bayar yuran then sorang pengasuh yang kat luar tu panggil kau, M yang ada kat dalam masa tu then kau pun keluar amik folder tu dengan duit dalam tu. then terus akak balik. si M masa tu takde kak, mana ada.. bla bla bla...

kenapa aku tak amik resit terus? sebab selalu yang issue resit si D. yang mula2 dok tanya aku dah bayar yuran ke belum. and kehidupan aku sejak nia masuk sekolah ni adalah FAST AND FURIOUS. sentiasa rushing. nanti lah aku cerita jadual harian aku. ke aku dah cite. tah. so aku mmg main passing2 je. then diorang akan letak dalam bag anak3 aku. memang normal practice gitu. aku takde luxury of time nak duduk hadap korang issue resit then amik resit semua. kadang2 je. 

ok, aku dah cuba explain on aku punya side unfortunately si M kata takde2. maknanya depa nak kata aku tak bayar lagi lah. ok, aku pun takde masa nak panjangkan benda ni sebab aku nak kena berkejar balik nia nak tuisyen nak masak segala. aku cakap M please check again, kot ko tersalah letak and D akak rasa tak sedap hati kat sini. 

then nia dah nampak aku dah lain macam dia pun macam yang menurut perintah je.

sampai je rumah aku terus meroyan kat wan. rasa nak nangis pun ada masa tu. marah sampai nak nangis. sengkek sangat ke aku ni sampai aku mampu kata aku dah bayar yuran padahal nye aku tak bayar? korang yang jaga anak3 aku korang lah aku punya top priority list yang aku akan bayar monthly. baru sebulan 2 ke aku dengan korang? dari rafa 2 bulan kot. sekarang rafa dah setahun 4 bulan dah. kuat aku mengatakan macam M tu mengambil kesempatan kat aku. ye lah, takde lah aku kata aku ni golongan orang baik2, tapi every week i never failed bagi macam2 makanan kat diorang.dan macam2 lagi lah. aku tak nak mentioned lah benda2 tu semua.

so tak lama lepas tu si M whatsapp aku  nak confirm kan balik. aku straight forward je tak nak emotional. straight forward je aku cakap. dalam masa yang sama aku dah nekad, that's it. camne2 pun aku nak hantar rafa kat taska lain sebab aku tak tahan dah dengan macam2 kerenah kat taska dia dari aku mula masuk kan rafa sampai sekarang. after one another. sampai lah bab duit ni aku pulak jadi mangsa keadaan. aku letih nak mengirakan hal2 pengasuh2 kat taska rafa ni. apa je cite yang aku tak tau. macam2. so aku back off.

malam tu jugak ligat aku aku cari alternatif lain untuk day care rafa sampai lah aku jumpa dengan 1 taska ni..


 so ni antara snapshopt whatsapp conversation antara aku dengan dayah penyelia dia. panjang lagi tapi ni antara nya lah. yg dengan M malas nak tepek.




so malam tu 1 of parents kat smart reader ni share contact 1 day care ni yang kalau korang perasan kat building deret genius aulad tu nama dia aman kids zone. aku ingat tempat tu montessori rupanya taska. so, aku terus text owner dia and terus close deal. esok pagi aku terus hantar rafa kat situ. so rafa akan dok sini sementara nak masuk smart reader bulan june. aku nak tempat kan dia sama dengan adel cuma dia tak boleh masuk awal even day care pun sebab smart reader tak accept baby2. and aman kids zone ni mahal kot!

 so pagi semalam, pengasuh dia whatsapp tanya rafa hantar mana, aku straight forward je cakap kalau M dah berenti akak hantar balik. ni dia hantar gambar bff rafa kat taska tu.
 
so, malam kejadian tu, aku tiba2 terasa nak buat chocolate cake. buat tau. wan kata kalau tu boleh kurangkan stress buatlah tapi ada ke bahan nya? mmg lah takde. semalam baru dapat belik bahan and taraa ini hasilnya. walau rasa nya tak seberapa tapi rupa kena A look. muhaahahaha..

akhir kata, konsep hidup aku senang je, aku buat baik dengan orang, dengan harapan orang akan benda yang sama dengan aku. aku punya repo dengan pengasuh2 anak3 aku dari zaman nia lahir lagi sampai sekarang kitorang keep in touch. just imagine betapa rapat nya aku dengan pengasuh2 anak3 aku. sebab diorang yang aku percayai untuk jaga anak3 aku lepas aku. tapi bila benda2 ni jadi aku sedih, aku frust. dan of course aku akan dilihat sebagai yang bersalah. tak bayar yuran lepas tu tak hantar anak kat situ. macam aku cakap, duit boleh cari, tapi sekali org dah accuse macam ni, sabar aku jangan dicabar ada limit dia...

till then,,

6 comments:

Nad MamaZN said...

AllahuAkbar... dugaan alya..
banyakkan bersabar ye..
mmg berat mata memandang berat lagi bahu yg pikul..
tp sekurang2nya, alya dah buat yg terbaik utk anak2..
in shaa Allah ada hikmah disebalik semua ni..
take care k!

Anonymous said...

aman kids zone tu mmg mhl.. try survey taska indah permai corner lot dekat LEP 1.. alhamdulillah, anak jiran sethn 5bln hantar situ ok..lgpn dekat dgn rmh..

Anonymous said...

sy boleh rasai ape yg alya rasai sekrg coz anak2 sy slalu aje tukar2 taska...kdang smpai menangis dibuatnye..inilah dugaan ibu2 bkerja...smpaila jumpa pengasuh last year... pengasuh ank pn tgh cri bdk kalu de yg nak hantar coz yg paling kecik tu sudah sethn..tp jauh jgklah dari LEP rmh alya... di tmn sri serdang...alhamdulillah, setakat ni anak ok je duk situ..de 4org dia jaga..hsbnd & wife yg jaga..

shark said...

biaselah kes mcm ni, aku ni pun walopun jiran sebelah umah je jaga anak aku tp dah berapa kali kot aku gaduh dgn dia pasal dia suka sgt dok jaga budak ramai2..

ada sekali tu sampai 11 orang dia sorang je kot jaga kan, ko agak2 la nak tamak kan..selamba je aku gaduh dgn jiran aku..peduli apa aku, anak aku, aku mahu yg terbaik kot..

tp hg mayb baik skit dari aku hahahha..x mo emo2 kan..x baik tuk kesihatan jantung kekdahnya..:)

all the best for rafa and takecare!

Iela Fazielah said...

sabar ye alya... akak dgn sbc dr syfqah 3bln smpai ke legasi imran dah nak 3 thn rekod tip top... harap tempat br kamu cuba ni ok la hendaknyer....

a3lina said...

sabar ye rafa.. banyakk dah taska awak gi..
oo taska sederet ngan genius aulad la yg gmbr tu eh... cntik n bersih taska die.. berapa sebulan tu aly?

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in