Skip to main content

page 8 of 365 : GST, adakah kita semua bersedia?

assalamualaikum. akhirnya dapat peluang nak attend GST training. baru first day dah rasa penuh kepala otak dengan macam2 input dan semua benda yang kita kena prepare untuk GST. persoalan nya adakah kita semua dah bersedia? menurut pegawai kastam sendiri, diorang sendiri rasa berdebar2 nak mengahadapi dengan GST ni. apa lagi kita sebagai sebagai end consumer. info - info penting yang aku boleh kongsikan dengan korang untuk pemahaman korang :
  1. GST bermaksud Good & Service Tax menggantikan Sales Tax & Service Tax
  2. GST dikenakan kepada semua BUSINESSES / PENIAGA yang jualan tahunan melebihi RM500,000.00
  3. kenapa kena ada GST ? jawapan mudah nya adalah untuk menambah pendapatan negara. apa penting nya kepada kita yang rakyat marhaen ni ye? dengan pendapatan negara yang bertambah baik, in return rakyat akan sama- sama dapat menikmati nya. kekdahnye gitu lah sepatutnya.
  4. kena ke ada GST? kena. again same answer macam kat atas tu. dalam masa yang sama negara dapat detect mana2 yang so called PENIAGA UNDERGROUND ni untuk sama2 menyumbang kepada negara. ini bagus nya lah pada aku. and korang tau tak? kita adalah negara yang terakhir di south east asia yang apply GST ni. even indonesia pun dah ada GST.
  5. kenapa kita akan terima impak GST ni? semestinya lah weh. kita yang paling kesian. untuk peniaga, jika peniaga dikenakan GST oleh pembekal, kita sebagai peniaga boleh kenakan GST kepada pelanggan kita. so there's no additional cost to us, PENIAGA. kita kena bayar GST, then kita kenakan GST kat pelanggan. so kita yang jadi PELANGGAN? nampak tak double up disitu? 
  6. tapi jangan risau, barang2 asas tidak dikenakan GST. ia dinama kan zero rated GST. contoh? bahan mentah makan macam ayam segala tu tak dikenakan GST. so tidak ada kenaikan harga disitu.
  7. major concern on GST? semua benda akan haywire. hahahaha.. konsep dia very straight forward. tapi impact dia kat kita rakyat. bagi peniaga very straight forward. aku kena charge GST, aku charge GST kat klien. 
  8. at the end of the day?? ye kita akan terasa.
but believe me, kita memang kena laksanakan GST. menurut custom, GST dah ada dalam perbincangan / kajian sejak 20 tahun yang lalu. lagi pun cukai jualan & cukai perkhidmatan yang sedia ada zaman 70-an lagi dah wujud which dah tak suit dengan keadaan semasa. 

so nak tak nak kita kena hadap GST ni. kerisauan nya of course macam2. bila ada GST semua naik harga. zero rated GST je yang tak naik harga kan? so kita beli ayam kat pasar, kita masak sendiri kita makan. sebab kalau makan ayam kat KFC dah kena GST + service charge lagi. service charge is still there ye. sebab service kedai makan tu.

so aku bagi basic idea and konsep pasal GST ni. aku seram! hahahaha... sebab banyak kije.

 kalau company yang tak register lagi, kena buat segera lah and bayar siap2 penalti RM1,500 tu. lagi lewat register, penalti lagi banyak.

dah2 cite pasal hal2 negara, back to mom mode. nia dah cabut gigi sebatang uols. dah lama goyang and baru perasan gigi kekal dah keluar so kita cabut. ada lagi satu gigi yang dah goyang jugak cuma tak cabut serentak takut nia trauma. besaq dah nia. cabut kat klinik pergigian Qistina charge dia RM40.

till then...

Comments

Popular posts from this blog

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' me...

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

next year plan

setiap sabtu, aku ada 2 jam available time untuk aku bukak laptop and duduk melanguk menunggu nia adel rafa taekwondo. benor nye boleh je aku nak balik rumah tido ke. tapi nye since rafa pun join, aku kena lah tunggu. dah lah dia paling halus aku tengok. mujur gak dia boleh di terima join sekali. nak cite apa? hentah.. aku tengah busy merangka jadual anak3 tahun depan ni. apa yang aku tengah buat, aku tengah mencari home tutor untuk nia adel rafa. adel pun dah mintak tuisyen balik sebab dia kata asyik kena denda aje sebab buat karangan salah. kat sekolah tak cukup, kena supplement. reason diorg discontinue tuisyen entah, letih kot nak beranta beramik pastu keje sekolah makin menimbun. so rasa nye kitorg hire tutor lah datang rumah. rafa pun boleh quit teacher's yap punya tuition and join sekali home tuition ni. trial start october ni. dah kena prepare untuk next year punya activity. ok, tu aje lah ye? nanti update lagi. aku track balik peristiwa yang belum di capture kat s...