page 24 of 365 : lice ninja bandar baru bangi

assalamualaikum. sabtu hari yang ditunggu. kutu treament for niadel. memang aku looking forward lah hari tu. sebelum tu jumaat malam masa hantar nia pegi tuisyen kitorg pegi bawak adel dgn rafa gunting rambut, memang adel kena gunting rambut dulu. kalau tak mau setengah hari mengerjakan rambut dia je. so appointment was supposed at 9am tapinya lewat sudah. sebab drop by kat tuisyen nia hantar homework je tak dapat nak datang tuisyen then singgah makan jap lepas tu sapai dalam pukul 9.40 pagi. so lewat lah. 

sampai2 je tempat dah tersedia untuk niadel. ada 2 partition. 1 treatment area. 1 lagi ruang menunggu. terus je start.


2 orang penternak kutu berjaya

ni mesin yang digunakan untuk memecahkan telur2 kutu. memula dia pakai mesin ni. macam vakum. lepas tu diorang sapu cream and sikat yang macam kita selalu buat tu sampai lah habis keluar semua telur2 then sekali lagi diorang pakai vakum ni untuk clear kan semua.

pakcik ni mundar mandir lah.

nia bertabah hati sikit. adel dah start bunyi2 nak balik. padahal punca kutu tu dari dia lah. so takde diskaun clear kan semua.

adel tak settle lagi. all in dalam 3 jam lah untuk budak ber2 ni. aku nye appointment pulak next week. sebab kutu sudah pindah.

for the time being aku beli krim kutu ni so aku pakai kat diri sendiri dulu. apply hari2.

beli sikat ni sekali. terbaik lah sikat ni. keluar semua telur2.

to contact, please call this number. baik akak ke adik yang buat ni. memang teliti bukan ala kadar. kebas pungkok lah mak pak nak menunggu.

 hasil nya niadel dah bebas dari kutu. so balik rumah ganti semua bed sheet, basuh towel, basuh getah ikat rambut, basuh sikat, vakum rumah. nak basmi kutu. and as a reward, macam aku janji kan kat nia, kalau dia behave sepanjang minggu kat sekolah, kitorg ikut tempat makan yang dia nak hari sabtu dgn ahad. sebab weekdays memang tak kemana. so hari sabtu haritu dia nak beli banana cake kat ioi mall dia nak makan papparich. kembang tekak mama papa makan papparich nia. kitorg bukan suka sangat. hahaha.. tapi keranamu nak..

lepas tu nak ice cream pulak. layan kan.. 

alhamdulillah selesai kisah kutu..

till then..

1 comments:

Nad MamaZN said...

alhamdulillah.. harapnya pasni takde dah lagi..
tq jugak alya sbb share contact no. tmpt membasmi kutu tu :)

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in