page 23 of 365 : tough week for nia

assalamualaikum. aku cuba cerita. sebelum drag lagi. so kisah nya jumaat ada kisah tragis juga pasal nia. takde yang tak tragis. mmg tough lah. alkisah jumaat ada pendidikan jasmani and kena bawak baju PJ lah orang kata kan. so kisahnya aku terlupa nak masuk kan baju PJ nia dalam bag sekolah and masa tu dah sampai sekolah agama pun. so call wan mintak dia hantar kan baju PJ nia. nak cari memang impossible. mujur lah dalam almari bawah tu ada seluar track nia sehelai dgn tshirt putih adel terletak antara kat atas tu. mintak wan hantar kan itu je.

dalam masa sama aku whatsapp ustazah mintak dia try kan nia tshirt adel tu muat ke tak. kot senteng nampak pusat ke. tapi aku rasa ok. cuma fit lah. ustazah kata ok muat and tak yah risau. so memang tak risau lah. tak terfikir aku malam tu nak pesan ke nia soh pakai tshirt PJ sebelum sarung baju kurung. memang tak teringat lah citer nye. so i was hoping msg yg aku bagi kat wan and ustazah clear lah. 

so petang aku amik nia berdebar lah jugak. ok ke dia PJ kan. boleh ke tukar baju. kisah nya pulak hari jumaat tu jem luar biasa lah pulak. kena call parents sorang lg cakap kalau nampak nia mintak dia tunggu kat kantin sampai aku datang. syukur aku boleh sampai on time. mmg loceng dah bunyi. cuma memang kelas nia ni bunyi loceng baru keluar beratur and beredar dia amik masa. kira antara yang paling lambat lah. ok lah tu kan. tak lah rushing. tapi rushing gak lah.

then tgk nia dari jauh apekah ko pakai baju kurung ni nia? hadoi... nia kata takde baju PJ dalam bag. mama tak masuk kan. arghhh masa tu punya geram tak yah cakap lah. of course nia dapat tempias sebab asalnya aku memang letak je baju PJ tu dalam bag. then nia yang keluarkan and campak keluar so aku lak terus campak dalam timbunan baju yang tak berlipat which impossible lah wan nak cari.

ok, aku salahkan nia gak dalam hal ni and aku pun salah sebab tak ingat. masa tu sepanjang jalan lah dia bersendu sebab frust kat diri sendiri kenapa dia keluarkan baju PJ tu. aku paham. aku tak marah pun. aku just pesan apa yang mama pesan and suruh tu mesti bersebab. serious aku takde marah pun. aku bebel dengan nada tegas. tapi tu lah, benda nak jadi.

terus lah pegi sekolah agama amik baju sekolah agama and aku tanya ustazah lupa masuk kan aju PJ nia dalam bag sek keb eh. ustazah macam blur2. dia cakap takde pulak suruh tadi. aku cam haaa apekah? then dia cakap yang ada baju PJ untuk sekolah agama je. untuk sekolah kebangsaan takde pulak. 

aku cam haaaaa???? apekah????????????? hadoi... ok, kali ni memang lah salah aku sebab aku tak tau menau pun ada aktviti kat luar setiap hari jumaat. tak tau nak kata apa. geram kat diri sendiri. and it was indeed a tough week for me and rania. 

masih nak tune in. hang in there kakak, mama ada dengan kakak. kita susah senang sama2 ok. mama sayang kakak!

my bff

2 comments:

Nad MamaZN said...

sedihnya..! in shaa Allah pasni keadaan akan lebih smooth..

Asmanira Ramli said...

aku rs mn mak yg ank masuk drjh 1 mmg cenggini kott.... huhu..

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in