Page 21 of 365 : macam - macam hal niarafadel

Assalamualaikum. Macam2 hal anak3 aku harini.

Nia :

Aku dah tahap stress and kesian gila kat nia, tak tau sape punca. Dia cakap kat kelas music tadi dia duduk belakang sekali. Dia malu dia cakap semua orang tgk dia lepas tu dia tunduk je pandang bawah baca buku. Mujur 1 subjek je. Kalau sepanjang hari tak tau nak kata. Tabah nye nia. Tak tau mama nak cakap macam mana. Rasa bersalah pun ada sebab tak take serious dan bertindak segera dalam hal  ni. 


Nampak ada kakak aku yang baik hati ni komen try klinik dr hamid arshad kat bangsar. Rasa kalau bukak pukul 10 malam ni nak pegi je. So dah book appointment sabtu ni kat bangsar. Kat bangi, sabtu ahad tak bukak lah pulak. 1 kepala rm100. With 1 treatment dah cukup kata orang tu. dia cakap sekali datang habis sekali dgn telur2 dia. Baik lah. Nia guna duit bantuan khas yang dapat itu hari ye. 

Adel :

Siang tadi panjang lebar teacher dia bagitau kat aku yang adel sejak2 naik kelas ni asyik main je dalam kelas. Tak focus macam dulu. Semua teacher komplen pulak tu. Principal risau cakap dia kena downgrade kelas je kalau x perform. Sebab smart reader dia tak go by age. Tapi by level. Adel oh adel. Kena gerak gempur gak lah dgn dia ni. Sbb dia all the time main je kan korang tgk. Soh baca buku tak mau. Salah aku gak sebab exercise books dia semua dah habis. Haritu ada mintak nak buat tapi nan ado buku. Weekend ni kita restock exercise book adel ye.

Ni baru lepas kena marah lah ni sebab main2 dalam kelas. Kat sekolah lagi dia ni manja. Ramai tukang pujuk. Tu makin menjadi. Panjang lebar sembang dgn teacher dia tadi perihal si adel ni. Tq tch sebab bagitau.

Rafa :

A bit  upset dgn taska hari ni sebab pipi dia lebam weh. 

Tak larat nak story aku tepek je. Aku dah semiggu 2 ni kuat instinct nak tukarkan taska rafa tapi aku x tau taska mana yang ada konsep playschool utk besar rafa. Aku x de masa nak google nak round2. So feeling hopeless lah skang ni. Tapi lepas jadi ni rasa kena amik tindakan segera. Tapi rafa pun boleh tahan lasak gak. Mentor2 dia kuat gaduh kan. Tu mengikut. Rafa rafa...

Nampk tak actions to be taken kat masalah2 anak3 aku ni kena dengan kadar segera. 

Tarik napas... Lepas... Semput...

Till then...

4 comments:

Ilyani said...

kak, sy dulu pernah beli sikat kutu dr hamid arshat tu...mmg berkesan...pos je ke rumah...

zue said...

try le playschool sinar bistari ceria
cer tgk facebook depa
memang byk aktiviti
anak awok pon anto ctu gak

Nad MamaZN said...

moga dipermudahkan segalanya..
hal rafa tu, aritu ada kawan dok puncak jalil anta anak playschool..kot alya nak tau tmpt tu, nnt kite tag alya kt fb.. bleh? tgk2 la dulu tmptnya..nmpk mcm seronok je tmpt tu.

Roselin Rashid said...

Aahh lah aku rasa sinar bestari ceria memang bagus kot..kawan2 aku antar anak kat sana.dari anak dia yg sulung kecik sampai anak dia darjah dua dah sekarang. Pastu kawan aku sorang lagi dulu duk area umah kau tapi sekarang duk semenyih still antar kat situ jugak

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in